CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3653|Reply: 0

Medan pelumba negara pamer aksi terbaik di Sepang

[Copy link]
Post time 9-11-2023 05:48 PM | Show all posts |Read mode

(Dari kiri) Azroy Hakeem Anuar, Syarifuddin Azman dan Helmi Azman pada sesi Beramah Mesra dan Bertemu Peminat Pelumba MotoGP di Dewan Filharmonik PETRONAS, Kuala Lumpur hari ini. - BERNAMA

SEPANG: Grand Prix (GP) Malaysia kembali menggegarkan Litar Antarabangsa Sepang hujung minggu ini dengan pelumba Moto3 negara, Syarifuddin Azman sudah siap sedia mengharungi 'medan pertarungan' dengan membawa status pelumba sepenuh masa.

Syarifuddin menemui penamat di tempat ke-16 pada penampilannya musim lalu di atas tiket wildcard di Sepang sebelum mewakili pasukan MT Helmets MSI secara sepenuh masa pada tahun ini.

Pelumba yang dikenali sebagai Damok ini menemui rintangan penuh liku pada penampilan sulung secara sepenuh masa di Kejuaraan Motosikal Dunia 2023 dengan keputusan terbaiknya adalah berada di tempat ke-11 di GP Argentina, April lalu.

Sejak itu, prestasi Damok menurun dan tidak menentu terutama selepas mengalami kemalangan di GP Itali pada Jun sehingga memerlukan tempoh masa panjang untuk pulih.



Apapun, perlumbaan GP Malaysia kali ini mungkin menjadi pentas untuknya kembali bangkit meraih mata berharga tatkala kempen 2023 kini hanya berbaki tiga pusingan sahaja lagi iaitu di Sepang, GP Qatar (17-19 November) dan GP Valencia (24-26 November).

"Seminggu berehat (selepas GP Thailand) adalah peluang yang baik sebelum kembali untuk tiga perlumbaan berturut-turut bermula di Sepang minggu ini," kata Damok yang kini berada di kedudukan ke-27 keseluruhan dalam carta Moto3.

"Tentunya saya teruja dan tidak sabar untuk beraksi di laman sendiri, di hadapan peminat dan juga keluarga. Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang adalah salah satu litar yang saya biasa dan faham.

"Jadi saya harap dapat memberikan yang terbaik dan menggunakan peluang ini dengan sebaik mungkin."

Selain Damok, turut bakal beraksi di GP Malaysia kali ini adalah dua pelumba negara yang beraksi atas tiket wildcard bersama pasukan PETRONAS MIE Racing Honda Team dalam kelas Moto2 iaitu Azroy Hakeem Anuar dan Helmi Azman.
https://www.bharian.com.my/sukan ... i-terbaik-di-sepang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 09:18 PM GMT+8 , Processed in 0.061954 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list