CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 878|Reply: 0

Pengunjung diminta patuh peraturan keselamatan sepanjang GP Malaysia 2023

[Copy link]
Post time 11-11-2023 12:06 PM | Show all posts |Read mode

LITAR Antarabangsa Sepang. FOTO arkib NSTP

Putrajaya: Pengunjung perlumbaan Grand Prix (GP) Malaysia 2023 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) yang akan berlangsung esok hingga Ahad ini dinasihatkan agar mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh pihak polis dan penganjur acara berkenaan.

Ketua Polis Daerah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Asisten Komisioner Imran Abd Rahman dalam kenyataan hari ini berkata pengunjung digalakkan datang lebih awal serta merancang perjalanan bagi mengelak kesesakan jalan raya.

"Patuhi arahan papan tanda di sepanjang jalan dan tidak berhenti atau menghalang laluan kenderaan lain dan kenderaan hendaklah diletakkan di kawasan yang telah ditetapkan dalam keadaan berkunci.

"Kenderaan yang diletak di bahu jalan akan ditarik dan dikompaun," katanya dan menambah sebanyak 627 anggota dan pegawai polis akan ditugaskan selama tiga hari bagi memastikan kelancaran acara berkenaan.


Beliau berkata pengunjung juga tidak dibenarkan membawa senjata atau barang-barang berbahaya ke dalam kawasan SIC atau tindakan tegas akan diambil bagi kesalahan itu.

Selain itu, beliau berkata pengunjung diingatkan supaya tidak meninggalkan barang berharga di dalam kenderaan bagi mengelakkan kecurian.

"Pengunjung diminta tidak melakukan sebarang tindakan bersifat provokatif yang boleh menjejaskan ketenteraman awam dan perjalanan acara," katanya.

Imran berkata kawasan SIC juga merupakan kawasan larangan merokok yang hanya boleh dilakukan di tempat yang dibenarkan, dan jika tidak dipatuhi boleh dikompaun oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

Beliau menasihati pengunjung untuk melaporkan kepada pihak polis dengan segera jika berlaku sebarang kejadian tidak diingini supaya tindakan awal dapat diambil.

https://b.cari.com.my/forum.php?mod=forumdisplay&fid=61
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 07:32 AM GMT+8 , Processed in 0.424786 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list