CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 898|Reply: 0

Hafizh bakal umum sesuatu

[Copy link]
Post time 11-11-2023 12:27 PM | Show all posts |Read mode

HAFIZH berkata pihaknya masih berada dalam proses untuk memuktamadkan projek kariernya. FOTO SUKHAIRI THANI

Sepang: Pelumba negara Hafizh Syahrin Abdullah dijadual mengumumkan sesuatu dalam tempoh terdekat mengenai perancangan masa depannya bersama pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) Racing.

Hafizh yang dijadual menyertai pasukan dari selatan tanah air di Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) musim depan itu berkata, buat masa ini, pihaknya masih berada dalam proses untuk memuktamadkan projek kariernya.

"Bukanlah pengumuman begitu besar. Tetapi ia mengenai apa yang kita buat tahun depan. Saya tahu ramai media menunggu perkembangan mengenai pasukan, diri saya dan JDT.

"Jadi mungkin saya boleh mengesahkan langkah seterusnya mengenai projek karier saya," katanya, ketika ditemui selepas majlis pelancaran produk RCB bersempena Grand Prix (GP) Malaysia, sebentar tadi.


Ketika ditanya sekiranya Hafizh akan turut membawa RCB untuk bersama dengan pasukan JDT Racing, pelumba berpengalaman negara itu menjelaskan akan mengadakan perbincangan terdahulu bersama pihak berkaitan.

"Saya akan berbincang dengan RCB. Saya juga sudah menerangkan projek saya semuanya cuma ia belum secara serius.

"Mereka gembira untuk menghulurkan sokongan terutama kepada pelumba tempatan untuk membangunkan peralatan motosikal dari RCB," katanya.

Pada Oktober lalu, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim membuat kejutan apabila mengesahkan perancangan untuk memperluaskan lagi jenama JDT apabila bakal menceburi arena sukan permotoran pada tahun depan dengan menyertai saingan ARRC terlebih dulu bersama Hafizh.

JDT turut menyatakan hasrat mereka untuk melangkah lebih jauh dalam sukan permotoran dan meletakkan sasaran berlumba di Kejohanan Superbike Dunia (WSBK) selepas ini.

https://www.hmetro.com.my/arena/ ... -bakal-umum-sesuatu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 09:50 PM GMT+8 , Processed in 0.058939 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list