CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 914|Reply: 0

Alex Marquez, Martin pamer tunggangan mantap

[Copy link]
Post time 11-11-2023 12:29 PM | Show all posts |Read mode

MARQUEZ kuasai sesi latihan bebas di sebelah petang. FOTO OSMAN ADNAN

Sepang: Selepas muncul tempat kedua terbaik dalam sesi Latihan Bebas 1 (FP1) , pelumba MotoGP Gresini Racing, Alex Marquez memperbaiki catatan masanya dengan merekodkan masa terpantas dalam sesi latihan petang di Litar Antarabangsa Sepang, di sini hari ini.

Marquez mencatat masa satu minit 57.823 saat (s) untuk merampas tempat teratas daripada pelumba terpantas dalam FP1, Jorge Martin daripada Prima Pramac Racing yang merekodkan 1:57.997s.

Walaupun tidak dapat mempertahankan kedudukan teratas, Martin yang sebelum ini mendahului dengan catatan 1:59.513s dalam FP1 awal hari ini tetap gembira kerana dapat memperbaiki catatan masanya pada sesi petang.

"Ia satu sesi yang kompetitif dan saya gembira untuk merekodkan catatan masa yang baik dalam latihan sesi petang," katanya kepada wartawan ketika ditemui selepas selesai sesi latihan petang.


Pada masa sama, Jack Miller daripada Red Bull KTM Factory Racing merekodkan masa 1:58.232s untuk tempat pelumba ketiga terpantas dalam sesi latihan petang.

Dalam aksi Moto2, pelumba Jepun Ai Ogura daripada IDEMITSU Honda Team Asia mempamerkan prestasi yang membanggakan dalam latihan kedua dengan mendahului pelumba-pelumba lain dengan catatan masa 2:06.093s.

Pelumba Sepanyol Aron Canet daripada Pons Wegow Los40 di tempat kedua dengan masa 2:06.193s sementara Jake Dixon daripada GASGAS Aspar Team di tempat ketiga dengan masa 2:06.246s.

Dua pelumba peluang khas tempatan mewakili Petronas MIE Racing RW Azroy Anuar dan Helmi Azman gagal memperbaiki kedudukan masing-masing dan kedua-duanya kekal di kedudukan dua terakhir.

Azroy mengakhiri sesi itu dengan masa 2:10.084s sementara Helmi kekal di kedudukan terbawah dengan 2:10.807s.

Sementara itu, pelumba Honda Team Asia Taiyo Furusato menguasai sesi latihan kedua Moto3 dengan catatan masa 2:12.518s mendahului David Alonso daripada GASGAS Aspar Team (2:12.555s) dan Matteo Bertelle daripada Rivacold Snipers Team di tempat ketiga dengan masa 2:12.570s.

Sesi ini juga menyaksikan tunggangan mengecewakan daripada seorang lagi pelumba tempatan, Syarifuddin Azman atau lebih dikenali sebagai Damok daripada MT Helmets - MSI yang turun ke tangga 26 dengan masa 2:14.598s daripada kedudukan ke-23 dengan masa 2:14.258s. dalam sesi sebelum ini.

MotoGP Malaysia akan bersambung esok dengan sesi kelayakan dan hari perlumbaan pada Ahad.

https://www.hmetro.com.my/arena/ ... r-tunggangan-mantap
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 03:04 AM GMT+8 , Processed in 0.048878 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list