CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1049|Reply: 0

MotoGP: Hasrat Jorge Martin belum terpadam

[Copy link]
Post time 11-11-2023 12:37 PM | Show all posts |Read mode

MARTIN mengakui sangat teruja sekiranya diberi peluang untuk menyertai pasukan utama Ducati selepas aksi cemerlang dipamer bersama Pramac Racing. - AFP

SEPANG – Sejak akhir-akhir ini timbul khabar angin bahawa Jorge Martin kemungkinan bakal dinaikkan pangkat untuk menyertai pasukan utama Ducati sekiranya dia mampu bergelar juara dunia.

Ketika ini, Martin yang bernaung di bawah pasukan Pramac Racing itu bersaing hebat untuk merebut gelaran dunia MotoGP selepas hanya dipisahkan 13 mata dengan Francesco Bagnaia (Ducati).

Kemenangan berganda Martin sewaktu di Thailand baru-baru ini menguatkan spekulasi perpindahan tersebut untuk menggantikan tempat Enea Bastianini di Ducati selepas pelumba Itali itu bergelut untuk bangkit selepas terpalit beberapa siri insiden kemalangan.

Bagaimanapun, Martin menegaskan dia berbangga jika dapat terus kekal bersama Pramac tahun depan tetapi gembira jika Ducati menginginkan khidmatnya.

“Saya tidak boleh berkata banyak. Saya boleh katakan saya akan berbangga jika saya terus di Pramac musim depan.

“Tetapi, yang pasti jika Ducati mahu saya menyertai mereka dengan jentera berwarna merah, saya juga akan sangat gembira,” katanya pada sidang media kelmarin.

Dalam pada itu, pelumba yang terkenal dengan gelaran Martinator berharap mampu membawa momentum kemenangan di Thailand ke Malaysia.

“Saya sangat gembira dapat cuti seminggu dan perasaan itu (untuk menang) pastinya saya tidak sabar untuk berlumba,” kata Martin..

Pada tahun lalu, Martin memulakan perlumbaan di petak utama di Sepang bagaimanapun dia menamatkan perlumbaan selepas terbabas pada pusingan ketujuh ketika mendahului saingan. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2023/11 ... tin-belum-terpadam/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:05 AM GMT+8 , Processed in 0.054543 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list