CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 10435|Reply: 22

[Dunia] Malaysia jadi sasaran 5 negara untuk 'job scam', mangsa dikurung serta dibelasah macam hamba abdi

[Copy link]
Post time 12-11-2023 08:44 AM | Show all posts |Read mode
Edited by JoyahMengayah at 13-11-2023 03:10 AM

KUALA LUMPUR: Kemboja, Myanmar, Laos, Filipina dan Emiriah Arab Bersatu (UAE), dikesan menjadi destinasi sasaran sindiket penipuan tawaran kerja dan pemerdagangan manusia membawa rakyat Malaysia mangsa penipuan mereka.

Difahamkan, daripada lima negara berkenaan, mangsa dari Malaysia dipercayai paling ramai terperangkap di Myanmar dan Kemboja.

Maklumat mengenai sindiket menyasarkan rakyat Malaysia dikatakan mula diterima Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejak September 2021 dan semakin aktif memerangkap mereka yang mahu mencari kerja konon bergaji lumayan di luar negara.

Mengulas perkembangan berkenaan, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata trend terbaharu dikesan PDRM adalah mereka yang tertipu dengan tawaran kerja kemudian dipaksa menjadi scammer di negara luar.

"Modus operandi sindiket adalah menawarkan pekerjaan di luar negara melalui iklan laman media sosial dan laman web pencarian pekerjaan.

"Mereka yang menerima tawaran kerja itu sebaliknya dipaksa menjadi scammer di negara luar.

"Ini trend baharu aktiviti pemerdagangan orang yang dikesan di negara kita. Mangsa dibawa ke negara seperti Kemboja, Myanmar, Laos, Filipina dan UAE (Dubai). Yang terjebak bukan sahaja tidak dibayar gaji, malah dikurung dan turut dicederakan.

"Antara jenayahnya adalah love scam dan pelaburan palsu, juga sindiket judi dalam talian haram yang memaksa mangsa bekerja. Ada dakwaan gaji diterima tak sama seperti dijanjikan," katanya kepada BH.

BH melaporkan hampir 2,000 rakyat Malaysia yang dipercayai menjadi mangsa sindiket pemerdagangan manusia, masih terperangkap di beberapa negara jiran sejak setahun lalu dan tidak mampu menyelamatkan diri.

Tunggu untuk diseludup

Di Myanmar sahaja, difahamkan lebih 1,200 mangsa berselerak di beberapa daerah menjadi buruh paksa melakukan pelbagai kerja. Ratusan lagi dikesan berada di Thailand, menunggu untuk diseludup keluar, selebihnya di Laos, Kemboja dan Filipina.

BH juga memetik Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Besar Malaysia di Yangon, Johan Razak, berkata sindiket pemerdagangan manusia turut mengubah taktik apabila tidak lagi mencari sasaran secara rawak, sebaliknya rakyat Sarawak di pedalaman.

Mencari anak muda ingin mendapat kerja berpendapatan tinggi, mereka memperdaya ramai anak Sarawak di kawasan terpencil, lokasi yang masyarakatnya belum terdedah kepada risiko jadi mangsa pemerdagangan manusia dan sindiket penipuan pekerjaan.

Sementara itu, Razarudin memaklumkan, setakat 31 Oktober lalu, PDRM mengesan 424 rakyat Malaysia, termasuk 73 wanita terperangkap di luar negara dengan 170 berada di Myanmar, Kemboja (147), Laos (54) dan lain-lain negara (53).

"Setakat ini, 321 laporan polis babit keseluruhan 424 rakyat Malaysia itu dibuat orang awam. Seramai 266 berjaya diselamatkan, 158 lagi masih terkandas. Bagi kes terperangkap di Myanmar, 119 laporan polis membabitkan 170 mangsa diterima.

"Daripada jumlah itu, 75 berjaya diselamatkan dan sudah pulang ke tanah air, manakala 95 lagi masih terkandas di negara itu," katanya.


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-11-2023 09:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Paling ramai dari Malaysia? Apa orang kita bodoh2 blaka ka sis?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-11-2023 11:11 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2023 02:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Bacalah CF….
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2023 08:48 AM From the mobile phone | Show all posts
...sindiket pemerdagangan manusia turut mengubah taktik apabila tidak lagi mencari sasaran secara rawak, sebaliknya rakyat Sarawak di pedalaman...
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2023 09:08 AM From the mobile phone | Show all posts
manopBKK replied at 14-11-2023 02:46 AM
Bacalah CF….

CF tu apa sis?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-11-2023 10:20 AM | Show all posts
Pernah tengok coverage al Jazeera on this kat Youtube.
Masa tengok tu, ramai warga China yang kena scam..
Diorang ni setiap warganegara pun ada.. sebab market scam ikut pekerja dia tu.
Kalau dapat org Malaysia, boleh lah dia scam orang Malaysia..
mesti diorang ada statistic dari negara mana diorang boleh generate duit paling banyak, so diorang akan concentrate utk dptkan pekerja dari negara tu la..

Masalah dia bukan satu agensi scammer aje, ada banyak, dan dia boleh jual orang2 ni dari stu scammer ke scammer yang lain. kalau nak keluar kena bayar kat diorang, mahal kot. Pastu diorang ni duduk mcm dlm penjara.. block of apartments tapi keliling semua pagar dengan kawat duri.

Dan agensi2 scammer ni dah kautim dengan local authority, so mmg susah lah kalau nak buat operasi.. bukan saja local authority tapi sampai ke menteri dan mcm2 lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2023 10:25 AM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 12-11-2023 09:18 AM
Paling ramai dari Malaysia? Apa orang kita bodoh2 blaka ka sis?

Akak terpaksa akui yg msians new generation now ramai yg bodoh bengap belaka and takde common sense
Tak pasti la sbb salah sist pendidikan atau ajaran dr rumah ke apa ke
Tp tgk bbnu dan gen Z skang, kebodohan diorg tu mcm tiada limit
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-11-2023 10:36 AM From the mobile phone | Show all posts
cmf_premierleag replied at 14-11-2023 10:25 AM
Akak terpaksa akui yg msians new generation now ramai yg bodoh bengap belaka and takde common sens ...

agree sis..semalam iols tegur (marah) sorang staff kat opis, gen z la jugak duk tanya soklan bodoh2..iols cakap je benda common sense takkan nak kena ajar jugak..geram aku, hidup serba serbi terbukak, social media ada semua takkan tak boleh nak belajar
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2023 01:14 PM | Show all posts
Edited by _blackbird at 14-11-2023 01:15 PM

technically, dalam game of generation, no gen better than the other vice versa. the older gen mmg akan rasa new gen entitled, lazy, privileged etc. this cycle never end. siapa yg skang gen X & millennials, baby boomers & silent gen pon rasa these 2 gen pemalas, bodoh & tak reti buat kerja, irresponsible sebagaimana mana x & mills terpaksa hadap  gen z & alpha skang ni & in future. each gen actually didnt understand each other cause diff upbringing and how the world shape us. dari salahkan next gen tak reti buat kerja, cuba tanya diri sendiri siapa yg lahirkan mereka ni & how u shape them ahhgittewww
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2024 12:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Kemboja, Filipina, Vietnam. Org negara sana pun dtg sini nak keje apa ko bodoh sgt nak pg sana keje?

Logik lah sikit.
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2024 12:47 PM | Show all posts
Karma .... dahulu suka tipu-tipu... sekarang giliran ditipu .... Hehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2024 12:48 PM From the mobile phone | Show all posts
_blackbird replied at 14-11-2023 01:14 PM
technically, dalam game of generation, no gen better than the other vice versa. the older gen mmg ak ...

Tuk cari solusi..pendapat hang amat menarik sekali...benda camni la nek2,tuk2 menteri kita kena fikir.
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2024 01:08 PM | Show all posts
orang Malaysia mudah kena scam, tengok saja kepimpinan politik tempat anda
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2024 01:23 PM | Show all posts
shamsadis replied at 17-4-2024 01:08 PM
orang Malaysia mudah kena scam, tengok saja kepimpinan politik tempat anda

Aneh betol jika anda baru tahu bahwa anda semua bodoh kerana selama ini mentah-mentah ditipu dengan propaganda dan dongeng-dongeng yang dibuat oleh pemimpin parti-parti melayu yang isinya penuh dengan kepalsuan dan kebohongan  ?


Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2024 03:57 PM | Show all posts
tak tau la bangang ke apa sampai bole percaya..atau actually percaya bulat2 sebab tgh terdesak..mcm member aku aritu dok tanya pendapat aku nak kerja korea tapi illegal..mmg kena sekolah ngn aku sbb da le tak buat research detail..balik balik asyik cakap dengar cite orang dengar cite orang tak abis2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2024 04:07 PM From the mobile phone | Show all posts
I pernah dpt wasap ni... senang je aku jawab...aku dah kaya
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2024 05:08 PM | Show all posts
otai_g replied at 17-4-2024 12:35 PM
Kemboja, Filipina, Vietnam. Org negara sana pun dtg sini nak keje apa ko bodoh sgt nak pg sana keje? ...

masa offer tak mention keja kat sana, dia kata oversea je... gaji besar, dah masuk perangkap dia bawak ke country macam tu dimana diaorang boleh bribe authority untuk tutup mata
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2024 05:10 PM | Show all posts
Kemboja, Myanmar, Laos, Filipina?? Langsung x ambitious dekk

Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2024 07:05 PM From the mobile phone | Show all posts
malarky replied at 17-4-2024 05:08 PM
masa offer tak mention keja kat sana, dia kata oversea je... gaji besar, dah masuk perangkap dia b ...

Jual orang is real. Kalo dpt agent yg bersubahat tu Kasi hukuman ala2 John Crammer.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:54 AM GMT+8 , Processed in 0.180013 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list