View: 2865|Reply: 8
|
[Jenayah]
Kena Geget Kat Bahagian Bontot, Kesian Acik Jadi Mangsa Kambing!
[Copy link]
|
|
Gambar hiasan.
Korang pernah nampak tak kambing makan baju?
Ya, itulah terjadi kepada seorang wartawan yang menjadi mangsa kambing aneh di kandang kambing Temasek Agro
Izzati yang merupakan wartawan rancangan dokumentari Majalah 3 mengalami gangguan aneh oleh dua ekor kambing semasa melakukan penggambaran.
Dia telah berkongsi kejadian tersebut melalui akaun Facebook miliknya.
Menerusi temu bual bersama, kejadian itu berlaku ketika dia sedang menemu bual salah seorang pekerja di kandang tersebut.
Namun, tanpa dia sedari ada dua ekor kambing yang menghampirinya dan telah mengunyah baju miliknya seperti mengunyah rumput.
Habis koyak semua baju dibuatnya
Setelah menyedari perkara tersebut, Izzati pun membiarkan saja kambing itu membuat kerja kerana bajunya telah pun rompong. Bukan setakat baju, malah tali kasut, seluar dan tudung juga digigit kambing itu. Namun, dia berjaya menyelamatkannya.
"Awal-awal tak perasan, senyap-senyap saja dia buat kerja, tapi jadi perasan sebab rasa baru ditarik-tarik, sebab dia dah kunyah sampai ke atas. Last-last pasrah je", kata Izati.
Tambah Izzati lagi, dua ekor kambing itu dinamakan sebagai Wasim dan Alia. Kambing yang bernama Wasim itu digelar Si Ropol oleh pengikutnya. Hal tersebut disebabkan perangai kambing itu yang suka menggigit.
"Risau jadi trend untuk fesyen raya tahun 2024, ala-ala Tarzan! Adui Wasimmmmm!" - Netizen
Kelihatan netizen turut terhibur dengan kejadian aneh itu.
|
|
|
|
|
|
|
|
CARI-Author replied at 12-11-2023 01:08 PM
Takkan tak prasan ada menda geget kat blakang tu?
Baju kaler ijo, kamben ingat dedaun kot.. |
|
|
|
|
|
|
|
Haha fesyen baru. Nanti balenciaga tiru lah tu. |
|
|
|
|
|
|
|
So, camera crew tu siap merakam sambil ketawa senyap ke tu? Tak reti2 nak bagitau wartawan tu kambeng kat belakang tgh kunyah baju??? |
|
|
|
|
|
|
| |
|