CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8979|Reply: 7

Penyondol Seronok Dapat Lebih 'Attention' Banding Isteri Tapi Akhirnya Pilih Undur Diri

[Copy link]
Post time 12-11-2023 04:09 PM | Show all posts |Read mode
Dalam satu perkongsian di laman X, pengakuan seorang wanita yang merupakan bekas 'penyondol' mencuri tumpuan ramai.


Wanita yang tidak mendedahkan identiti itu berkongsi cerita mengenai kisah percintaannya dengan seorang lelaki berstatus suami orang yang begitu 'terjaga' sehingga tidak berjaya langsung dihidu oleh si isteri.


Menurut wanita berkenaan, sebagai 'kekasih gelap', dia sudah terbiasa dengan jadual giliran untuk meluangkan masa bersama lelaki berkenaan, sama ada berjumpa, berhubung menerusi WhatsApp atau panggilan telefon.






"Boleh text office hour je, weekend hanya kalau dia yang contact dulu. Kalau weekend tu long weekend, tunggulah sampai hari yang working days.


"Selalunya dia akan balik lewat pukul 10 malam macam tu sebab memang workaholic, so kadang-kadang aku teman dia dinner atau coffee sebelum dia balik ke pangkuan keluarga," ceritanya.


Tambahnya, tidak pernah langsung timbul perasaan cemburu di hatinya meskipun lelaki berkenaan melebihkan masa bersama isteri dan keluarganya.


"Tak rasa cemburu sebab aku rasa dia lebih banyak bercerita dekat aku daripada wife dia. Lagi banyak masa spend dengan aku walaupun online je.


"Lebih dapat banyak attention daripada wife dia. Banyak benda pasal dia yang aku lebih tahu daripada wife dia," ceritanya.


Tidak mendedahkan berapa lama tempoh percintaan terlarang itu, wanita berkenaan berkata dia bagaimanapun akhirnya mengambil keputusan untuk mengundur diri.


Ujarnya, keputusan tersebut didorong apabila timbulnya kesedaran dalam diri dan tidak mahu menanggung kifarah di kemudian hari sekiranya berterusan menjadi 'penyondol'.


"Aku tak nak pun laki orang tu, aku cuma nak companionship which laki bujang luar sana boleh provide and aku tak nak rasa restricted.


"erasaan jadi kekasih gelap tu macam tak best so aku tinggalkan dia.


"Lelaki tu meroyan gila sampai cari aku dekat semua tempat. Datang apartment aku, call aku banyak kali suruh turun... aku sampai ke sudah tak turun dan ghost dia macam tu je," kongsinya.


Pada akhir coretan, wanita tersebut menitipkan pesanan buat kaum Hawa agar tidak menjadi seperti dirinya dan mengambil iktibar daripada kisahnya.


Kisahnya yang dikongsikan di laman @meinmokhtar mengundang perhatian warga maya yang rata-ratanya meluahkan rasa simpati terhadap isteri lelaki berkenaan.




Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-11-2023 11:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Actually pempuan penyondol ni la rugi. Setakat jadi kaunselor x bertauliah free, bazir masa n energy

Seronok mmg la seronok, sbb dpt attention dr manusia lelaki lain utk beberapa tahun je. Lepas  tu nothing and nothing kan. Rugilah, pempuan ni dah la cepat menopous. And also lepas umur 40 - 50 tahun, apa lagi yg nk dicari selain companion. Kalau sempat jumpa, oklah…if not masa berlalu gitu je.

Hidup ni singkat je. SG percaya cerita2 dia ni nak sedap kan hati betapa beruntung nya dpt perhatian makhluk lain. Tapi in the end, berbaloi ke?
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2023 12:22 PM | Show all posts
Macamana dia boleh konfiden sangat dia lagi tau & lagi kenal jantan tu berbanding bini jantan tu eh?
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2023 06:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Bagus la awl2 dah sedar diri. kesian wife laki tu dpermainkn. jntan slgi xkantoi agknya lps ni cri mngsa bru pula
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2023 12:23 PM | Show all posts
aku single dan aku rasa memang betul, ada beberapa kenalan lelaki aku ni diorang kekdg ada jugak meluah kt aku pasal bini diorang.  the thing is kalau meluah pada lelaki lain macam tak kena also lelaki sembang sesama lelaki ni diorg takkan sembang pasal hal peribadi, byk sembang merapu je. sbb tu kalau lelaki bersahabat ni kekadang bertahun2 kenal pun tak tau birthday die ape, die lahir kat mana, adik beradik brape. walaupun bestie gitu

anyhoo aku anggap mcm ni jelah ni versi dia, versi bini dia kita tak tau, unless la berlaku depan mata. dan selalunye aku suruh dia slow talk ngan bini die jelah kalau ada apa yg tak puas hati.  kalau btul salah die contohla die cakap bini dia kepam tak mandi aku tiaw balik kot la bini tu terlampau busy jaga anak korang sampai tak mandi.  lepas tu takde dah diorang nk meluah ke ape ke
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2023 12:25 PM | Show all posts
same jugak kpd poremer dlm ni yg jd bini, korang jgn hingat laki korang membukak aib korang kt orang luar.  ade jah, kalau tak pada kawan-kawan, pada adik beradik dia.  sebab tu kekdg aku menyampah bila geng lelaki ckp isteri suka bukak aib bini kt socmed.  lelaki pun ada bergosip jugak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-11-2023 11:40 AM | Show all posts
"Tak rasa cemburu sebab aku rasa dia lebih banyak bercerita dekat aku daripada wife dia. Lagi banyak masa spend dengan aku walaupun online je.

"Lebih dapat banyak attention daripada wife dia. Banyak benda pasal dia yang aku lebih tahu daripada wife dia," ceritanya.


ahahah yeke ko rasa lbh kenal dan lbh tahu semua benda dari wife dia? lelaki kalau dh nk kat prmpuan, mmg dia akan tunjuk ko la gadis yg plg memahami dia lbh dari isteri dia.

dan baguslah ko sedar takut kifarah. sejauh mana je dia boleh adil kalau korang kawin? entah2 ko pun akan alami nasib spt isteri ptama bila ko kawin, ada anak, ko akan sibuk dihempaskan dgn tanggungjawab bjaga malam menyusu anak, hantar ambk anak di rmh pengasuh/taska, ko sibuk memasak utk suami. dan smntara itu suami ko akan berfoya2 dgn betina lain plk utk mendapatkan perhatian dan kasih syg palsu.

dah tua nt, kita nk suami disisi kita ke sana sini. kalau dh dua rmh, ko tpksa akur dgn waktu giliran bermalam. sanggup??

u have a choice utk jd yg ptma, jd kenapa harus jd yg kedua??
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2023 11:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Sama je dedua, bukan lelaki yang baik, dan juga bukan perempuan yang baik, just nak mengisi masa lapang dan seronok buat sesuatu yang tak sepatutnya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 11:05 PM GMT+8 , Processed in 0.063139 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list