CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 9477|Reply: 33

[Politik] Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un

[Copy link]
Post time 13-11-2023 05:21 AM | Show all posts |Read mode
Edited by pengecattaik at 18-11-2023 09:16 PM



PETALING JAYA: Sabitan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman atas tuduhan penyelewengan dan pengubahan wang haram boleh menjadi penamat kerjaya politiknya dan partinya, Muda, kata dua penganalisis politik.


“Ini ‘tamparan maut’ bagi kerjaya politiknya kerana tiada siapa akan mempercayainya lagi, malah penyokong kuatnya,” kata Azmi Hassan daripada Akademi Nusantara.


Beliau berkata, Muda akan berdepan nasib sama kerana parti itu sinonim dengan Syed Saddiq.


Awang Azman Pawi daripada Universiti Malaya berkata, “(kerosakan terhadap) persepsi, reputasi dan pandangan umum, baik di mata ahli parti mahupun orang luar, boleh membawa kepada kemusnahan awal Muda”.


Bagaimanapun, Oh Ei Sun daripada Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura berkata, sabitan itu bukanlah penamat bagi kerjaya Syed Saddiq kerana beliau masih muda dan akan mencabar sabitan itu.


Katanya, parti itu memerlukan hala tuju lebih jelas dan lebih banyak keselarasan, dengan atau tanpa bekas presiden mereka itu.


Khamis lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mendapati Syed Saddiq bersalah atas tuduhan bersubahat melakukan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram membabitkan dana lebih RM1 juta.


Dia dijatuhkan hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan serta denda RM10 juta. Hukuman itu ditangguhkan sementara menunggu rayuan.


Berikutan sabitan kesalahannya, Syed Saddiq yang juga Ahli Parlimen Muar meletak jawatan sebagai presiden Muda buat sementara waktu. Jawatan itu akan dipangku Timbalan Presiden Amira Aisya Abd Aziz.


Azmi berkata, sabitan itu boleh menjadi halangan yang kritikal bagi Muda, memandangkan parti itu lantang menentang rasuah.


Katanya, Syed Saddiq sepatutnya berundur secara kekal bagi memberi peluang kepada timbalan presiden memimpin parti. Muda ialah “mangsa sebenar” dalam hal ini, susulan peletakan jawatan sementara Syed Saddiq.


Awang Azman berkata, sabitan itu mungkin mencetuskan tindakan ahli Muda keluar parti beramai-ramai.


Parti itu mungkin menyesal memutuskan hubungan dengan Pakatan Harapan (PH) tahun lepas. Sokongan daripada PH menjadi faktor utama kejayaan Muda dalam pilihan raya baru-baru ini, katanya.


“Tanpa PH, kes Syed Saddiq akan terus membayangi prospek parti belia itu,” katanya.



https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2023/11/11/sabitan-jenayah-penamat-syed-saddiq-and-muda-kata-penganalisis/

Multiple Polls: ( Max 2 choices ), Total 30 Users voted

Count down: 215 Days9 Hours48 min.

Your User group have no permission to vote

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-11-2023 07:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Tkpe.pasni buat parti baru .parti TUA..
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2023 08:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Takda maknanya. Kau tengok karier politaik2 tua bangka semua yang terpaling numerous kontroversi tu - ada terkubur? Pak Lah aje la pon yang terkubur tu pun sebab pilihan sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2023 09:19 AM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 13-11-2023 08:27 AM
Takda maknanya. Kau tengok karier politaik2 tua bangka semua yang terpaling numerous kontroversi tu  ...


yg lain2 byk bekap memasing sbb tu x terkubur... kena carik geng2 yg boleh cover bontot memasing u know what i mean? tp dia ni x pandai nk buat mcm tu tp nk cuba2 jgk..dah kena mcm ni mmg xde sapa nk cover lah...pollitikus kt malaysia takde pun yg benar2 ada integriti, jujur bagai...no way!!! sapu selagi boleh.. yg terlepas tu sbb belajar dr otai2 sbb tu dah tua bangka br sedar ada ketirisan but masa tu geng2 diadah kuat so senang je la nk lepas...fakta bkn auta
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2023 09:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Heols bakalan piyem baru sama cam piyem bapokk
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2023 09:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Lenkali buat cam Bapak Kepit Negara… salahkan hakim… cakap x tahu. Org lain salah tuan badan sentiasa betol
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-11-2023 10:07 AM | Show all posts
I have a soft spot for him. even KJ pun cakap dia mula2 tak suka kat SS. tapi untuk kondem "rot in jail" dan "throw away the key", its not for me.

kita semua tahu benda ni ada bau2 "political reason" dalam siasatan kes ni.

tapi dgn berseorangan dalam menyuarakan kesalahlakuan dlm pentadbiran, aku boleh respek kat dia. dengan rela kehilangan peruntukan selapas tarik sokongan, lagi lah boleh respek dia dari 4 org BERSATU yang durhaka sbb takut takder peruntukan.
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2023 11:23 AM | Show all posts
mana la dia nak cekau 10 juta tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-11-2023 11:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Nant bila SS da keluar jail Masih nak join muda lg ke sbb time tu da x muda lg
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2023 11:26 AM From the mobile phone | Show all posts
tak pe sadiq.. pak non elok je jadi pm..
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2023 12:41 PM From the mobile phone | Show all posts
ekselen replied at 13-11-2023 01:19 AM
yg lain2 byk bekap memasing sbb tu x terkubur... kena carik geng2 yg boleh cover bontot memasing u ...

Jangan heran kot tetiba 50 tahun dari sekarang, Sadik ni jadi PM.
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2023 12:50 PM From the mobile phone | Show all posts
honam replied at 13-11-2023 11:23 AM
mana la dia nak cekau 10 juta tu

Pandai la dia buat crowd funding dengan geng2 taikun dia tu.  Dia lagi takut penjara dengan sebat tu
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2023 12:53 PM From the mobile phone | Show all posts
ekselen replied at 13-11-2023 09:19 AM
yg lain2 byk bekap memasing sbb tu x terkubur... kena carik geng2 yg boleh cover bontot memasing u ...

Takkan DAP,PKR,AMANAH...itu... TAK BENAR???????
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2023 12:55 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 13-11-2023 12:41 PM
Jangan heran kot tetiba 50 tahun dari sekarang, Sadik ni jadi PM.

Kalu ko duduk sebelah Mat Sabu...tajam mata dia jeling ko ckp camni....
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2023 12:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Saddiq, awak tu muda lagi. Bijak. Migrate je lah ke mana2 dan hidup aman damai. xperlulah kisahkan msia sbb msia tak hargai awak malah ramai maki caci. Go live yr life for yourself. Make yr parents happy.
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2023 12:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Skuau replied at 13-11-2023 04:55 AM
Kalu ko duduk sebelah Mat Sabu...tajam mata dia jeling ko ckp camni....

Anything is possibru.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-11-2023 01:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by cm_vungtau at 13-11-2023 01:50 PM

Seven deadly sins : greed.
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2023 02:21 PM From the mobile phone | Show all posts
sagiman91 replied at 13-11-2023 10:07 AM
I have a soft spot for him. even KJ pun cakap dia mula2 tak suka kat SS. tapi untuk kondem "rot in j ...

......even KJ pun cakap dia mula2 tak suka kat SS



Dia  sepatutnya bergurau dgn KJ cmne blh setel 100j duit kbs.....tengok org lama mcm wak jahit.....berguru dgn madanon....hasilnya dnaa 47 kes
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2023 02:51 PM From the mobile phone | Show all posts
LadyCarefree replied at 13-11-2023 12:56 PM
Saddiq, awak tu muda lagi. Bijak. Migrate je lah ke mana2 dan hidup aman damai. xperlulah kisahkan m ...

Kan.. ikut Sajat. Join!
Pakai pompuan.. ahhgitew!




Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2023 02:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Tumpang-Sibok replied at 13-11-2023 01:51 PM
Kan.. ikut Sajat. Join!
Pakai pompuan.. ahhgitew!

Dah kenapa nak ikut Sajat?
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 11:27 AM GMT+8 , Processed in 0.153247 second(s), 42 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list