CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 629|Reply: 0

Zii Jia sah tak sertai Program RTG

[Copy link]
Post time 14-11-2023 09:52 PM | Show all posts |Read mode
Zii Jia sah tak sertai Program RTG




ZII Jia tak tandatangani LOC.



Subang Jaya: Pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia memutuskan untuk tidak menandatangani persetujuan komitmen (LOC) sekali gus tidak akan berada di bawah program Road to Gold (RTG).

Menurut Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, beliau menerima pengesahan daripada Penyelaras Jawatankuasa RTG, Datuk Stuart Ramalingam, hari ini.

"Hari ini Stuart mengadakan perbincangan dengan Zii Jia. Apa yang saya boleh katakan Zii Jia tidak menandatangani perjanjian berkenaan," kata Hannah ketika ditemui selepas merasmikan Persidangan Wanita Dalam Sukan ASEAN 2023 hari ini.

Ujar Hannah, yang juga Pengerusi Bersama Jawatankuasa RTG, pihaknya tidak boleh memaksa mana-mana atlet untuk bersetuju bagi menyertai program RTG.

"RTG satu kemudahan kita wujudkan untuk membantu memberikan perkhidmatan tambahan untuk atlet yang akan ke Sukan Olimpik Paris 2024. Kita juga nyatakan RTG adalah platform yang kita nak hapuskan semua birokrasi sebelum ini.

"Namun, saya tidak boleh paksa atlet yang tidak mahu terima ataupun mereka ada fasiliti lain yang mereka ada akses. Itu terpulang kepada atlet masing-masing dan sebab itu, kita sediakan kontrak asas untuk atlet.

"Saya percaya mahu atau tidak, perlu atau tidak perlukan perkhidmatan tambahan daripada RTG adalah keputusan perlu dibuat oleh atlet sendiri," katanya.

Sebelum ini, Hannah memaklumkan Zii Jia satu-satunya daripada 15 atlet yang tersenarai dalam RTG masih belum menandatangani kontrak perjanjian persetujuan berkenaan.

Dia diberikan tempoh selama 14 hari sehingga 14 November bagi melengkapkan komitmen berkenaan.

RTG program yang diwujudkan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bagi menyelaras usaha membantu atlet negara berpotensi memenangi pingat emas buat Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 dan Los Angeles 2028.

Semua atlet yang terpilih dalam RTG akan diberikan sokongan tambahan bagi membantu mereka merelisasikan impian memenangi pingat di temasya terbesar dunia itu.

Ia termasuklah sokongan sains sukan daripada Institut Sukan Negara (ISN) merangkumi keperluan psikologi, fisioterapi, tukang urut, analisis video dan perkhidmatan lain yang disediakan ISN.

Atlet juga diberikan elaun RM3,000 sebulan. Ketika ini, seramai 15 atlet dipilih berada dalam program RTG iaitu dua jaguh berbasikal, Datuk Azizulhasni Awang dan Mohd Shah Firdaus Sahrom; dua gandingan terjun sensasi, Datuk Pandelela Rinong dan Nur Dhabitah Sabri serta badang angkat berat, Mohd. Aniq Kasdan.

Bakinya adalah sembilan pemain badminton iaitu perseorangan lelaki, Zii Jia dan Ng Tze Yong; beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Onh Yew Sin-Teo Ee Yi; beregu wanita, Pearly Tan-M Thinaah serta beregu campuran; Chen Tang Jie-Toh Ee Wei.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/utama/ ... -sertai-program-rtg

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 11:14 AM GMT+8 , Processed in 0.052132 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list