CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8889|Reply: 111

[Jenayah] McDonald's guna Akta Hasutan di sebalik kempen boikot yang semakin menyengat

  [Copy link]
Post time 16-11-2023 08:46 AM | Show all posts |Read mode
McDonald's guna Akta Hasutan di sebalik kempen boikot yang semakin menyengat
Langkah menggunakan akta kontroversi itu mengundang kecaman ramai di sebalik pelbagai usaha francais itu melawan kempen boikot.

MalaysiaNow
November 15, 2023 1:45 tengahari
4 minit bacaan



Pendedahan McDonald's mengenai usahanya bekerjasama dengan kerajaan untuk mendakwa mereka yang menyeru boikot di bawah Akta Hasutan dilihat memburukkan lagi krisis perhubungan awam (PR) yang dihadapi francais makanan segera itu, dengan seorang peguam hak asasi melahirkan rasa terkejut dengan langkah syarikat itu untuk menggunakan undang-undang yang dikecam ramai pihak.

Pengumuman itu dibuat pada 3 November lalu menerusi media sosial oleh Ketua Pegawai Teknologi McDonald's Malaysia, Zaid Hasman, tetapi mula menjadi bahan bualan sejak beberapa hari kebelakangan ini apabila ramai netizen menyatakan rasa terkilan dengan langkah syarikat itu mendapatkan bantuan pihak berkuasa.

Dalam kirimannya yang telah pun dipadamkan, Zaid Hasman berkongsi gambar beliau dan beberapa pegawai kanan McDonald's Malaysia bersama Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Mohamad Salim.

SKMM, pengawal selia internet di bawah Kementerian Komunikasi dan Digital yang diketuai Fahmi Fadzil, baru-baru ini menjadi sasaran kecaman atas tindakannya menyekat beberapa laman web yang menerbitkan berita kurang disenangi kerajaan.

Sambil mengucapkan penghargaan kepada SKMM atas kerjasama "membendung fitnah" terhadap McDonald's, Zaid Hasman mengumumkan 60 individu telah dikenal pasti untuk "didakwa di atas Akta Hasutan".

Kiriman itu mengundang kecaman terhadap McDonald's, di sebalik rayuan pihak pengurusan tertingginya kepada orang ramai supaya tidak mengaitkannya dengan rakan francais di negara lain yang mengambil sikap pro-Israel, termasuk langkah McDonald's di Israel untuk menyumbang makanan kepada askar Israel yang terlibat dalam pengeboman Gaza.

McDonald's Malaysia beberapa kali menegaskan ia merupakan entiti bebas, sambil merujuk kepada sumbangan zakat tahunan, dalam usaha meredakan kemarahan umat Islam yang menyambut baik sebuah kempen boikot sedunia menyasarkan syarikat-syarikat berpangkalan di Amerika Syarikat, sekutu utama Israel yang membekalkannya dengan senjata dan bantuan lain dalam operasi ketenteraannya di Gaza.

Pengurusan tertinggi McDonald's turut mendampingi mufti negeri, pempengaruh dan beberapa pendakwah popular, di samping mengumumkan sumbangan kepada tabung kemanusiaan Gaza tajaan kerajaan.

Bagaimanapun ia dilihat masih gagal menyekat trend boikot, yang menyaksikan banyak cawangan McDonald's di sekitar Lembah Klang hampir lengang walaupun pada waktu puncak.

Sebuah cawangan McDonald's di Lembah Klang yang hampir lengang ketika gambar ini diambil pada waktu tengah hari minggu lalu.

Ia ditambah pula dengan beberapa klip video melawan hujah boikot yang dilihat memakan diri, dihujani komen yang menyerang naratif yang sering dibawa syarikat bahawa kesan buruk tindakan boikot itu akan dirasai pekerja Melayu Islam.

Langkah terbaru McDonald's untuk menggunakan Akta Hasutan bagaimanapun mengejutkan ramai pihak, termasuk seorang peguam hak asasi terkemuka.

"Adalah pelik dan tidak wajar apabila sebuah syarikat mengumumkan 60 orang sedang disiasat di bawah undang-undang yang zalim ini. Jika ada pun, siasatan jenayah dan pendakwaan adalah di bawah bidang kuasa polis, dan adalah tugas peguam negara untuk mengumumkannya," Zaid Malek dari Lawyers for Liberty memberitahu stesen perniagaan BFM semalam.

Beliau mengandaikan McDonald's mungkin diberikan "nasihat salah", sambil mengingatkan Akta Hasutan bukan bertujuan melindungi entiti perniagaan.

"Adalah jelas McDonald's sebagai sebuah syarikat tidak termasuk dalam bidang kuasa Akta Hasutan kerana ia berkait dengan sebarang bentuk kenyataan 'menghasut' yang didakwa dibuat terhadap kerajaan atau mana-mana organ kerajaan.

“Bukanlah tugas kerajaan untuk melindungi imej sebarang syarikat,” katanya sambil menambah syarikat itu harus menggunakan dana sendiri untuk mengambil tindakan undang-undang dan bukannya wang pembayar cukai melalui penggunaan jentera kerajaan.

Zaid Malek berkata beliau tidak menolak kemungkinan syarikat itu cuba mendapatkan perlindungan daripada Akta Hasutan kerana selama ini kerajaan sendiri telah banyak menyalahgunakan akta itu untuk menutup sebarang kritikan terhadapnya.

MalaysiaNow telah menghubungi McDonald's Malaysia untuk mendapatkan penjelasan.

Boikot semakin rancak

Sementara itu, langkah terbaru McDonald's itu mengundang kecaman orang ramai di media sosial, termasuk mereka yang berkata akan menyertai boikot kerana marah dengan syarikat itu menggunakan pihak berkuasa.

"Mula nak boikot McD sebab dia bayar royalti ke US, indirectly support Israel. Lepas tu bila dapat tau McD milik Saudi, lagi berapi-api nak boikot. Hari ni McD nak guna Akta Hasutan untuk diamkan rakyat pulak. Makin dalam lubang McD gali ni," kata seorang pengulas politik popular yang menggunakan panggilan @chairmanGLC di laman X.

Komen tersebut mencerminkan rasa tidak puas hati yang semakin meningkat dari penyokong Palestin terhadap Arab Saudi, selepas mesyuarat pemimpin negara Islam di Riyadh dilaporkan gagal mencapai kata sepakat mengenakan sekatan ekonomi terhadap Israel disebabkan bantahan Arab Saudi dan beberapa negara Arab lain.


Kiriman di X meminta SKMM mengambil tindakan ke atas kandungan yang membutirkan cukai pendapatan dibayar McDonald's di Amerika Syarikat, disertakan poster boikot dan pengumuman McDonald's Israel memberi sumbangan kepada askar Israel.

McDonald's Malaysia dimiliki Gerbang Alaf Restaurants, yang merupakan sebahagian Kumpulan Reza yang berpengkalan di Arab Saudi.

McDonald's adalah antara syarikat dinamakan Boycott, Divestment, Sanctions (BDS), sebuah gerakan antarabangsa yang melancarkan pemulauan syarikat, jenama dan institusi akademik yang didakwa membiayai dan menyokong rejim Israel sama ada secara langsung dan tidak langsung.

BDS menganggap kempen memboikot McDonald’s dan beberapa rangkaian makanan segera Amerika yang lain sebagai sebahagian daripada "kempen akar umbi".

Menurutnya, jenama-jenama itu menjadi sasaran "kerana syarikat-syarikat ini, atau cawangan atau francais mereka di Israel, telah secara terbuka menyokong apartheid Israel dan/atau memberikan sumbangan besar kepada tentera Israel di tengah-tengah serangan Israel terhadap 2.3 juta rakyat Palestin di Semenanjung Gaza yang dikepung dan ditakluki".

Diasaskan di Amerika Syarikat pada 2005, BDS diilhamkan oleh kejayaan sekatan ekonomi terhadap Afrika Selatan pada tahun 1980-an, yang akhirnya memaksa rejim kulit putih itu menamatkan dasar apartheid.

Sementara itu, pengguna media sosial di Malaysia terus menyokong gesaan untuk memboikot sebarang entiti perniagaan yang ada kaitan dengan kutipan hasil kerajaan Amerika Syarikat.

Suatu infografik yang luas tersebar merujuk kepada cukai pendapatan McDonald's berjumlah AS$1.9 bilion yang dibayar di AS, sambil memberikan sedikit penjelasan mengenai sistem percukaian di negara itu.

"AS mempunyai sistem percukaian di mana rakyat AS dan syarikat domestik tertakluk kepada cukai AS ke atas pendapatan mereka di seluruh dunia."

Kenyataan itu, disertai dengan tangkap layar pengumuman McDonald's Israel mengenai sumbangannya kepada askar Israel, diikuti dengan petikan berita mengenai bantuan AS kepada negara Zionis itu.

"Pada 3 Nov 2023, AS meluluskan bantuan ketenteraan AS$14.5 bilion untuk Israel, yang akan dibiayai oleh pemotongan daripada Internal Revenue Service, agenci utama kutipan cukai di AS," tambahnya.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2023 09:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Td baru baca komen2 non malay yg bitter giler melayu boikot mcd.
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2023 09:02 AM From the mobile phone | Show all posts
i mmg tak pegi mcD sbb tak suka makanan situ. for me tak sedap.. boikot atau tak , sama je utk org2 macam i (dan ramai lagi macam i)
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2023 09:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by mojarean_X at 16-11-2023 09:04 AM

Btw dengar citer sblm krisis gaza terbaru ni Israel dan Arab Saudi hampir pasti nk jalin hubungan diplomatik. Tp rancangan mereka digagalkan ngan serangan hamas ke israel
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2023 09:48 AM | Show all posts
mcd tengah buat promo kan, RM 10.95.. Ofis iols depan mcd je, tapi takde rasa nak makan pun

nape kalau taknak makan nak marah ke, hak pengguna kan? dah tu yg mcd menganjing org boikot tapi order grab tu pehal? siapkan jela online order tu kalau rasa tak terkesan pun dgn isu boikot ni
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2023 09:51 AM | Show all posts
mojarean_X replied at 16-11-2023 01:00 AM
Td baru baca komen2 non malay yg bitter giler melayu boikot mcd.

Sukatilah kan, yg dorang bitter sangat nape eh.. Lepas tu kata boikot sebulan je, lepas tu datang balik mcd
Wahai Melayu, buktikan kita tak macam tu.. Nampak tak bangsa Melayu ni kalau boikot habis semua

Kalau kitorang Melayu ni taknak makan, bangsa lain tu pergi lah penuhkan restoran tu.. yg sibuk pasal kitorang boikot pehal
Tak paham lah apa masalah korang ni

Kang Melayu penuh pun korang bising, Melayu tak makan pun korang bising
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-11-2023 10:00 AM From the mobile phone | Show all posts
dewi_rina replied at 16-11-2023 09:48 AM
mcd tengah buat promo kan, RM 10.95.. Ofis iols depan mcd je, tapi takde rasa nak makan pun

nape ka ...

Yg menganjing tu bukan company tu tp individu. Tak tau la staff ke atau org luar.
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2023 10:04 AM | Show all posts
krustykrab replied at 16-11-2023 02:00 AM
Yg menganjing tu bukan company tu tp individu. Tak tau la staff ke atau org luar.

Staff dorang kan, dok gelak sebab order banyak masuk.. Katanya boikot, tapi order online..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2023 10:09 AM From the mobile phone | Show all posts
dewi_rina replied at 16-11-2023 10:04 AM
Staff dorang kan, dok gelak sebab order banyak masuk.. Katanya boikot, tapi order online..

Tak pasti sb takde sesapa pun yg clarify sapa yg buat & viralkan. Yg pasti bukan video dari comany tu sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2023 10:10 AM From the mobile phone | Show all posts
terus guna akta hasutan kau....terciduk kah wahai mcd?
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2023 10:16 AM | Show all posts
i lalu mekdi kehepsi stabak segala ada je orang..
dia buat macam tu, lagi la effect pada company..
orang yang neutral pun silap-silap join boikot..
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2023 10:19 AM | Show all posts
mojarean_X replied at 16-11-2023 09:00 AM
Td baru baca komen2 non malay yg bitter giler melayu boikot mcd.

depa bitter juga dgn BMF...nampak sangat siapa control ekonomi...bangsa melayu perlu tunjukkan kuasa pengguna
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2023 10:20 AM | Show all posts
i sangat jarang makan McD.. adela 3 -5 buln sekali
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2023 10:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Tahun ni xmkn mcd lg
Jauh sgt
Fastfood lain sume ada dah kt tempat iols
Mcd je kerek xnk masuk
Adan uke. Wat kerek lg.
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2023 10:40 AM | Show all posts
sapa nak makan mcd makan la..bukan tak halal pun kan..

ikut suka la nak boikot ke idak..

kalau tak sebab boikot pasal isu palestin pun, memang mcd sekarang ni harga makin mahal tak mampu dah nak makan hari-hari gitu..

baik beli 5 kg beras kan..
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2023 10:45 AM | Show all posts
asudau replied at 16-11-2023 02:40 AM
sapa nak makan mcd makan la..bukan tak halal pun kan..

ikut suka la nak boikot ke idak..

Kan, sapa nak gi makan, pegilah. Cuma tak dinafikan mekdi semakin merudum dari segi kejadian sebenar vs gambar promosi.
Dulu quarter pounder tu mengah nak habiskan, sekarang macam tak cukup satu je.
Double cheeseburger pun macam makin downsize.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2023 10:52 AM From the mobile phone | Show all posts
mojarean_X replied at 16-11-2023 09:00 AM
Td baru baca komen2 non malay yg bitter giler melayu boikot mcd.

Labhhhh ingatkan Non Malay tak geran dgn buying power org melayu. Tak mati katanya kalau melayu tak beli... Hujung² sendiri bitter.
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2023 11:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Klu lebih2 sgt terpaling up isu boikot smpi meleret2 msuk agama, bangsa negara tu padan lh muka kena akta hasutan…

Uols rsa apa klu org tu tulis terang2 kita jd golongan x terpilih, yg sesat di akhirat kelak sbb beli mekdi? Sbb naik kt wall fb iols.. sooo rude

Weols 1 family beli n makan apa rsa nk mkn tp klu kenalan sndri up ayat mcm kita ni confirm ke neraka xdpt syafaat bla bla bla it’s tooo much..
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2023 11:06 AM From the mobile phone | Show all posts
ada nampak nestle, kfc, setabak merempan mcm mcd siap tunggang staf oku raih simpati? sbb dorang masih berharap org boikot bermusim dan kembali mcm biasa bila berlaku gencatan senjata. mcd ni mmg cari pasal, skrg org kaw2 fokus boikot dorang. aku mmg dah lama separa boikot sbb aku rasa mcd mahal sangat berbanding texas chicken tapi beli jugak sbb aiskrim sedap, pastu kalau malas nak keluar order mcdelivery. kalau rajin keluar mmg aku takkan semata2 pegi mcd melainkan nak beli aiskrim.
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2023 11:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Rindu mcd zaman najib. Bila tgk harga sekarang mmg bye bye.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 09:05 AM GMT+8 , Processed in 0.075584 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list