Edited by JoyahMengayah at 17-11-2023 09:17 AM
Perkongsian terkini pelawak dan penyampai radio, Shuib di media sosial mencuri perhatian netizen selepas memuatnaik foto dirinya sedang berkerusi roda ketika berada di sebuah pusat perubatan di ibu kota.
Tidak menjelaskan punca dirinya terpaksa menerima rawatan di pusat perubatan, Shuib menerusi hantaran di Instagram memaklumkan bahawa dia kini sedang berada dalam keadaan baik serta menitipkan ucapan terima kasih buat semua pihak yang mendoakan kesihatan dirinya.
“The back bone ???? @iamwatie Alhamdulillah keadaan semakin baik.
Terima kasih yg mendoakan.”-Kapsyen Shuib di Instagram
“Artis KWSP Ke Ni?"
Di sebalik ramai yang mendoakan agar Shuib cepat sembuh, segelintir netizen turut meninggal komen seolah-olah ‘menyindir’ usahawan pemilik Bubblebee yang dikatakan terpalit dengan kes tunggakan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang tertunggak kepada pekerjanya sejak awal tahun lalu.
“Baru timbul kes, dah sakit. Sian Shuib.”
“Tetibe tak sihat pulak.”
“Artis KWSP ke ni?.”
“Fuh, ni tiru cara artis Korea ni kalau ada kontroversi sikit. Tapi patut pakai neck guard tu. Lagi convincing.”
“Sapa Soeb? Alaa Soebb KWSP tuu.”
Sebelum ini, Shuib pernah membuat kenyataan berhubung isu tunggakan caruman KWSP pekerja Bubblebee menerusi video yang dimuatnaik di laman media sosial, minggu lalu.
Jelas Shuib yang turut membuat permohonan maaf terhadap isu yang berlaku, pihaknya berjanji akan menjelaskan caruman berkenaan kepada pekerjanya secara berperingkat.
|