CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 71160|Reply: 483

Malaysia pusat ketamadunan dunia berusia 1.83 juta tahun !!!

  [Copy link]
Post time 16-2-2011 02:24 AM | Show all posts |Read mode
post ni akan di benci dan di fitnah serta di cemburui oleh pak jf pratama dan sekutunya... hamik ko~

LENGGONG, 14 Feb –  Penemuan bukti di Bukit Bunuh menjadikannya salah sebuah tapak Paleolitik terpenting di dunia kerana mendedahkan sebuah kompleks Paleolitik seluas 4 km persegi dengan pentarikhan lebih 1.83 juta tahun, 40,000 dan 30,000 tahun dahulu. Ini meletakkan Bukit Bunuh sebagai tapak tertua dunia yang berada di luar Afrika, dan mempunyai pentarikhan kronometrik.

Maka, penemuan Bukit Bunuh telah mengukuhkan lagi bukti prasejarah di Lembah Lenggong, dan menjadikannya sebuah lembah arkeologi yang penting di dunia.

“Bukti-bukti yang ditemui dalam penyelidikan di Bukit Bunuh yang dilakukan sejak tahun 2001 menunjukkan yang tapak ini dihuni secara berterusan,” jelas Mokhtar.

“Bukit Bunuh menjadi pilihan kawasan petempatan awal kerana ia menyediakan sumber alam yang diperlukan untuk menyediakan peralatan batu serta mempunyai persekitaran kuno yang mempunyai sumber air dari tasik kuno, flora dan fauna yang diperlukan mereka,” kata Mokhtar.

Penemuan bukti penggunaan kapak genggam yang diumumkan pada tahun 2009 menunjukkan bahawa kawasan ini adalah satu-satunya tapak Paleolitik dunia yang berfungsi sebagai bengkel membuat alat batu dan berterusan digunakan daripada semasa ke semasa sejak lebih 1.83 juta tahun dahulu. Kapak-genggam ini juga merupakan yang tertua di dunia buat masa ini

Penyelidikan di Bukit Bunuh juga  menemukan bukti tentang sebab kemusnahan budaya awal Paleolitik ini akibat jatuhan meteorit pada 1.83 juta tahun dahulu yang telah dikenalpasti melalui bukti geomorfologi, kehadiran batuan suevit dan geologi kawasan.

“USM telah dilantik oleh Jabatan Warisan Negara sebagai penulis dossier (cadangan) kepada UNESCO dan usaha ini telah dilakukan sesuai dengan penglibatan para penyelidik USM yang telah melakukan penyelidikan arkeologi sejak tahun 1987,  yang memberi impak besar kepada dunia,”  kata Pengarah Pusat Arkeologi Global, Prof. Madya Mokhtar Saidin ketika membawa para pemberi media melawat Bukit Bunuh hari ini.

Cadangan akhir telah pun dikemukakan oleh Jabatan Warisan Negara kepada UNESCO pada Januari lalu setelah draf pertama dihantar pada tahun lalu.

Pihak Jabatan Warisan Negara memaklumkan pasukan dari UNESCO dijangka melawat kawasan ini pada bulan Julai tahun ini dan pengumumannya dijangka dibuat pada tahun hadapan.

“Pengiktirafan ini penting bagi memastikan artifak-artifak yang ada termasuk batu-batu suevit yang terdapat ribuan banyaknya di kawasan ini yang perlu dipelihara  sebagai warisan Negara dan terus diselidiki untuk mendapat gambaran sebenar siapakah mereka yang menghuni di kawasan ini sejak lebih 1.83 juta tahun lalu yang sebenarnya berupaya mengubah beberapa teori tentang masyarakat Paleolitik sepert teori normadik dan pergerakkan manusia awal,” jelas Mokhtar.

Teori normadik tentang kebudayaan Paleolitik sebelum ini menyatakan bahawa mereka hidup berpindah randah manakala penemuan bukti di Bukit Bunuh menunjukkan bahawa masyarakatnya tidak sedemikian kerana keperluan asas yang diperlukan sebagai manusia adalah melebihi keperluan.

Para pemberita dibawa melawat dan melihat dari dekat bukti-bukti yang ada termasuk kemungkinan tulang manusia dan kesan-kesan daripada berlakunya bencana meteorit yang terdapat pada serpihan batu dan alat kapak genggam yang boleh dilihat begitu banyak terdapat di kawasan ini.

“Adalah amat merugikan negara, apabila kawasan dan penemuan ini tidak dipelihara dengan sewajarnya, apatah lagi dalam usaha kita untuk mengenal pasti siapakah sebenarnya penghuni asal yang dimaksudkan yang boleh terus diselidiki melalui pelbagai artifak yang sedia ada, sedangkan di kebanyakan negara ia terpelihara dan dijaga agar tidak mudah diusik oleh sesiapa sahaja,” kata Mokhtar di akhir lawatan di kawasan yang terletak dalam estet kelapa sawit yang dahulunya rimba,  kemudiannya dijadikan kebun getah.

SUMBER (http://www.usm.my/index.php/en/about-usm/news-archive/66-news-highlight/7741-bukit-bunuh-tapak-paleolitik-penting-dunia.html)



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-2-2011 02:24 AM | Show all posts
SUMBER: KOSMO

LENGGONG – Penemuan tapak sebuah bengkel masyarakat paleolitik tertua di dunia di Bukit Bunuh dekat sini bakal mengubah sejarah awal tamadun manusia sebagaimana tercatat dalam buku-buku sejarah.

Penemuan beberapa artifak dipercayai berusia 1.83 juta tahun di kawasan seluas empat kilometer persegi itu menunjukkan masyarakat berkenaan tidak mengamalkan kehidupan berpindah-randah sebagaimana difahami selama ini.

Lebih menakjubkan, penemuan ribuan batu jenis suevite yang berselerakan di kawasan itu menunjukkan kawasan tersebut pernah menerima hentaman tahi bintang jutaan tahun lalu.

Pengarah Pusat Arkeologi Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Mokhtar Saidin berkata, penemuan artifak kapak genggam diperbuat daripada batu yang berusia 1.83 juta tahun merupakan bukti kukuh bahawa manusia zaman tersebut sudah hidup menetap di satu kawasan.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/co ... ra&pg=ne_01.htm
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-2-2011 02:25 AM | Show all posts
ni jumpa satu link, expert org putih bagi komen
http://johnhawks.net/node/1837

dia kata, takut dating tu tersalah, terrramik tahun batu meteor tu.. tp, agak mustahil sebab 'malaysian exe' tu bukanye di perbuat dari batu meteor. tak mungkin hentaman batu meteor mampu mengubah tahun karbon keseluruhan tempat bukit bunuh tu?!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-2-2011 02:26 AM | Show all posts
TANAH INI DULU DI KENALI SEBAGAI PENTAS SUNDA. ANTARA TANAH TERTINGGI DI DUNIA. KEMUDIAN, BERLAKULAH BANJIR BESAR (TERBUKTI DALAM MODEL DYRAS FLOOD) YANG MANA MENYEBABKAN PENTAS SUNDA TENGGELAM. TAPI DEK KERANA TANAH INI TANAH TINGGI, MAKA SEPARUH DARI KETAMADUNAN ITU TERSELAMAT DAN TINGGAL DI GUA2 PADA PUNCAK YANG TINGGI UNTUK JANGKAMASA YANG AGAK LAMA.

ADA JUGA 'REMNANT' YANG LARI KELUAR DARI PENTAS SUNDA MASA BANJIR ITU DAN MENDARAT DI PELBAGAI TEMPAT. KERANA ITULAH JIKA DI KAJI TENTANG ABORIGIN/ORANG ASLI/SUKUAN MAYAN DLL, MEREKA MEMPUNYAI CIRI2 YANG HAMPIR SAMA.

REMNANT YANG MENDARAT DI TANAH KANAAN YAKNI TIMUR TENGAH YANG TERDIRI DARI CERDIK PANDAI, MENERUSKAN KETAMADUNAN MEREKA DAN TIAP KALI MEREKA BERTAPAK, DI MANA JUA, MEREKA AKAN MEMBINA KETAMADUNAN (ZURIAT MEREKA LAA).

PADA KETIKA INILAH 'TEORI OUT OF AFRIKA' MENGAMBIL TEMPAT DIMANA RAMAI YG KATA, DARI AFRIKALAH UMAT MANUSIA BERMULA, SEDANGKAN ITU HANYALAH PHASE PERTENGAHAN.

JADI, DARI ARAH UTARA, PEHIJRAHAN MANUSIA TURUN KESELATAN MELALUI HIMALAYA MENGHASILKAN 'MELAYU' YANG BERASIMILASI.

DARI SITULAH KETAMADUNAN MELAYU BERMULA YANG MANA TELAH BERTAPAK LAMA DAH SEJAK 1000 TAHUN SEBELUM MASIHI.

INI SUDAH TERBUKTI TAPI TAK TAU NAPE, MEDIA2 POYO DAN PRO POLITAIK TIDAK MAHU MENDEDAHKANNYA...

AGAKNYA TAKUT KAUM2 PENDATANG TU MARAH KOT.. ATAU MEMANG TAKUT EKONOMI PERIUK NASI TERJEJAS.. YE LAH TAIK LAGI PENTING DARI SEJARAH YANG MANA AKAN DI MENJADI ANJAKAN PARADIKMA MALAYSIA INI...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-2-2011 02:30 AM | Show all posts
sowi la uneks, aku copy paste jer berita2 ni..

tp FYI, ada seorg kenalan berkerja di site tu. insyallah dia akan update apa perkembangan menarik dari sana..

sekarang depa nak menjadi rangka manusia yg sama tarikh dgn malaysia exes tu. Tapi, mungkin agak sukar sebab agak payah mencari rangka manusia yg sudah berusia jutaan tahun melaikan ia terlekat kat batu...

apapun, moh le kita berdoa agar usaha mereka akab berjaya...

p/s: thread ni bukan untuk di banggakan2 tp cukup sekadar untuk membuktikan teori di sini permulaan ketamadunan itu adalah benar sebab dah ramai yang mengatakan benda yang sama seperti prof arysio santos, sthepen oppenhiemer dll (kalu korg tau mana2 yg setuju dgn teori pentas sunda as the origin of human civilization, korg paste kat sini, k?!)
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2011 02:38 AM | Show all posts
bukan ke Nabi Adam hidup maksimum 12-13 ribu tahun dulu...

kalau ada rangka, rangka siapakah itu?
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 16-2-2011 02:47 AM | Show all posts
aaa... dah agak, soalan camni mesti kuar punya.

‎(Jadi dapat dihitung bahwa (umur umat terdahulu) adalah 1000 + 1000 + 700 + 1500 + 600 = 4800 tahun.

Nabi Adam adalah manusia pertama, sehingga umur dunia tidak dihitung dari tahun sebelum Adam, melainkan dihitung sejak beliau diturunkan ke bumi.

Sebagaimana kita ketahui bahwa sejak diutusnya Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam hingga beliau wafat adalah 23 tahun, dimana 13 tahun beliau SAW berada di Makkah, kemudian diperintahkan ALLAH untuk hijrah ke Madinah, disini beliau berdakwah hingga beliau wafat selama 10 tahun. Dan penulisan kalender Hijriah dihitung pada saat beliau Hijrah.

Jadi dapat dihitung bahwa (umur umat nabi Muhammad) adalah 53 (umur nabi) + 1430 (tahun hijrah) = 1483 tahun.

Jadi dapat dihitung bahwa (umur dunia) adalah 4800 (umur umat terdahulu) + 1483 (umur umat nabi muhammad) = 6,283 tahun.

Kesimpulan
Beza jarak Homohabilis (manusia awal) dan Adam (bapa manusia/kita) adalah jutaan tahun.
)

di atas di ambil dari suatu forum...

hal camni la yang menyebabkan muslim agak goyah dgn imam masing2 dgn menyangkal Adam itu bapa manusia. Dari pengetahuan saya, perkiraaan hayat nabi2 dahulu tidak boleh di samakan langsung dgn kiraan skrg sebab masa/tahun di pengaruhi oleh faktor peredaran bumi/bulan sedangkan dahulu, bumi kita mempunyai byk bulan dan jarak bumi-matahari agak jauh sedikit.

kecelaruan perihal ADAM ni menyebabkan ramai terpedaya dgn teori evolusi. punca kecelaruan ni tak lain tak bukan hanyalah dari segi number je (angka tahun/hayat/jarak masa)

Jadi, yakinlah bahawa Adam itu tetap bapa manusia biarpun jauh manapun jarak masa, sebab angka bukanlah sesuatu yang 'absolute' dan ia akan berubah mengikut penemuan demi penemuan..

itulah 'keajaiban' sejarah
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2011 03:07 AM | Show all posts
senang je:

Adam - manusia berakal... emerged within 12,000 tahun dulu.. = bawak "tamaddun" - hukum hakam, tulisan, asas2 penting utk manusia berakal

Neanderthal - monyet... mcm manusia - wujud 18 juta tahun dulu = takde 'tamaddun'.. takde tulisan, takde hukum hakam.. - tau makan, suntut..tido.. = mcm chipanzi skarang

So.. takde konflik.. klu korang tau beza 'manusia' dgn 'hai wan'...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-2-2011 03:12 AM | Show all posts
Post Last Edit by hasell at 16-2-2011 03:13

jadi, unek percaya teori darwin?!

kalau dari sudut sufi's; Adam tu tetap ada sejak jutaan tahun dulu. cuma, manusia (anak2 adam) berubah mengikut kondisi bumi pada tika tu.

ada masa, bumi punyai banyak bulan.
ada masa, bumi di penuhi air.
ada masa, bumi di penuhi daratan.
ada masa, bumi panas dan di liputi gunung berapi.

semua tu berlaku dan adam - adam ni berevolusi dan tetap juga mempunyai akal sebab termaktub Adam itu sempurna..

cuma, kondisi dan survival akan berlainan. maksudnya, kalau sumber tiada, bagaimana nak buat peradaban.

Jadi, teori darwin itu tidak tepat dan manusia dari beruk itu salah sama sekali.
Manusia evolusi mengikut kondisi bumi dan manusia tetap berakal sejak dari mula hingga sekarang..
cuma, lain waktu, lain kondisi, lain survival akan menyebabkan manusia berubah fizikal dan spiritual serta mental/akal

wallahuaklam
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-2-2011 03:18 AM | Show all posts
sama juga, jikalau bumi ni tiba2 di hentam meteor dan bajir besar lalu teknologi ni semua tak de..

secara tak langsung, manusia akan menjadi seperti  zaman batu (hutan batu) yang mana perlu survival untuk hidup. tapi, tetap juga manusia itu berakal. tp, sumber takde, so, tak dpt nak wujudkan peradaban, melainkan harus fikirkan perut nasi masing2 dlm keadaan tertentu.

evolusi perancis/industrial nak bawak ke hari ni pun makan masa berabad2..
nikan pula zaman pertengah membawa ke evolusi perancis...
manusia perlukan masa dan sumber untuk 'membuktikan' akal mereka.
tp tak semestinya teknologi dan kebendaan menjadi pengukur pada 'akal'.
Bahkan spiritual juga merupakan pengukur 'pengunaan akal' pada zaman dulu...
cuma kita jer kemaruk dgn kebendaan sehingga 'pengunaan spiritual/kejiwaan' di abaikan.

apapun, manusia bukannya dari beruk...

tp, those yang nak mengaku, silakan lah.. ha3
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2011 09:44 AM | Show all posts
Manusia bukan berasal dari beruk...tapi manusia perangai macam beruk memang ramai...hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2011 10:50 AM | Show all posts
senang je:

Adam - manusia berakal... emerged within 12,000 tahun dulu.. = bawak "tamaddun" - huku ...
unekspekted_III Post at 16-2-2011 03:07


kena perhalusi jugak beb..
sebab dalam islam, wujudnya perempuan adalah dari rusuk kiri adam..bermakna adam wujud dulu, baru hawa..

dalam kes nenderthal ni, takkan semua manusia tu lelaki? camne dorang nak beranak pinak?
and takkan kita nak membenarkan teori charles darwin yang cakap manusia asal daripada beruk??

semakin pening bila memikirkannya..
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2011 11:36 AM | Show all posts
Reply 4# hasell


TANAH INI tu refer kat mana?

DUNIA?

ke

tanah yg so called melayu neh?
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2011 12:05 PM | Show all posts
teori aku:

yang atlantis, lemuria, n semua2 tu, sebelum Nabi Adam.

alantis/lemuria pupus - baru dtg nabi Adam.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-2-2011 01:05 PM | Show all posts
Reply  hasell


TANAH INI tu refer kat mana?

DUNIA?

ke

tanah yg so called melayu neh?
afja Post at 16-2-2011 11:36


pentas sunda / sunda land

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-2-2011 01:08 PM | Show all posts
teori aku:

yang atlantis, lemuria, n semua2 tu, sebelum Nabi Adam.

alantis/lemuria pupus - bar ...
thessailly Post at 16-2-2011 12:05



   maaflah, aku tak berapa setuju bab ni sebab sudah terang bederang di nyatakan bahawa adam itu manusia pertama di bumi ni. makanya, tamadun lemuria atlantis tu memang leluhur adam yang punya.
tp permasalah bermula bila ramai tertanya2, angka/jarak antara kita dan Adam...
so jawapannya, memang cukup2 lama. tp ia sentiasa berubah2.
ada ketamadunan dan musnah.. kemudian tercipta dan musnah dan sampai la sekarang.
lemuria atlantis tu bukanlah yg paling tua dan paling canggih sebenarnya.
tp masih byk lagi tidak di ketahui manusia am nya.
kebanyakkannya terletak di dasar2 laut (ini kerana dulu daratan lagi besar dari laut dan kondisi bumi juga sentiasa berubah2 - ikut fenomena alam juga la)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2011 01:41 PM | Show all posts
Reply 15# hasell


ok

kalau ikut dr tulisan tu apa yg aku fhm... ketamadunan manusia bermula dr arah timur - pentas sunda
kemudian merebak ke tanah tinggi naik ke atas sampai la ke area mesir purba sana
berkembang

kemudian berlaku banjir besar memusnahkan ketamadunan masa itu....
dan yg 'terselamat' membawa diri meneroka penempatan baru menganjur semula ke timur - himalaya
'generasi seterusnya' turun lg ke timur. lalu terbentuk la yg so called 'melayu' nih spt yg korang debat2kan

gitu?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-2-2011 02:27 PM | Show all posts
Reply  hasell


ok

kalau ikut dr tulisan tu apa yg aku fhm... ketamadunan manusia bermula dr  ...
afja Post at 16-2-2011 13:41



   lebey kurang~
apapun, ia masih teori dan teori perlukan fakta dan fakta pula tak lah bersifat absolute kerana fakta juga buleh berubah mengikut penemuan demi penemuan
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2011 02:51 PM | Show all posts
satu la nak tanya.... apa kayu pengukur satu2 ketamadunan tu yerk?

(soklan dr org buta sejarah)
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2011 03:42 PM | Show all posts
Post Last Edit by Fieza-mira at 16-2-2011 15:46

Nak komen sikit.....

Istilah 'manusia' di sisi kita semua (manusia) tak sama dengan istilah 'manusia' di sisi Allah.

Kita ukur manusia dari segi tamadun tapi Allah tak ukur begitu. Allah tak heran pun dengan tamadun 'manusia' nih walaupun mereka boleh cipta roket sampai ke bulan dan planet. Itu kecik jer pada Allah sampai Allah tak pandang pun. Kalau Allah nak binasakan tamadun 'manusia' ni sekelip mata pun boleh binasa......Allah datangkan kiamat binasalah semuanya....dan Allah boleh cipta makhluk yang lebih hebat dari itu kalau Dia berkehendak.

Istilah 'manusia' di sisi Allah ialah.....'sebaik2 kejadian'. Apa yang di maksudkan sebaik2 kejadian ialah 'manusia' boleh capai ke taraf tertinggi iaitu sampai ke hadapan Allah yang mana tak satu makhluk ciptaan Allah yang boleh sampai ke taraf ini termasuklah malaikat. Taraf 'manusia' amat tinggi di sisi Allah sehingga Allah perintahkan malaikat sujud kepada 'manusia'. (Refer balik sejarah kejadian Adam).

Sebelum kedatangan 'manusia' memang dah ada makhluk lain yang menyerupai manusia menghuni bumi ini dan diorang punya tamadun pun hebat2 dan diorang masih wujud sampai sekarang dan terus mencipta tamadun yang hebat2 tapi Allah dan para malaikat tetap tak iktiraf diorang sebagai manusia sehingga diorang mengenal Allah sebagaimana Adam mengenal Allah....

Jadi di kalangan kita ada yang 'manusia' dan ada yang bukan manusia (hanyalah makhluk yang menyerupai manusia) dan mereka ini lebih ramai dari manusia......mereka berakal, bercakap, berjalan, makan minum dan mencipta tamadun seperti manusia padahal mereka golongan yang satu lagi.....

Saya pernah buka cerita ni kat Bod MPS tapi dia berakhir dengan kontraversi. Oleh itu untuk mengelakkan berlakunya kontraversi anggaplah ini hanya pendapat peribadi saya.....kerana masing2 berhak mempunyai pendapat sendiri....

Sekian....I rest my case.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 02:55 AM GMT+8 , Processed in 0.533379 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list