CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3032|Reply: 0

Qabil ketuai lima pelumba ke kejuaraan dunia di Valencia

[Copy link]
Post time 18-11-2023 01:07 PM | Show all posts |Read mode

ZULFAHMI (dua dari kanan) bersama tiga daripada lima pelumba Malaysia (dua dari kiri) Farish Hafiy, Qabil Irfan dan Airel Marzuki di KLIA, Sepang, kelmarin. - Ihsan ZK Racing


PETALING JAYA: Qabil Irfan mengetuai senarai lima pelumba Malaysia yang akan bersaing pada Kejuaraan Motosikal Siri Dunia Akhir FIM MiniGP di Valencia, Sepanyol, minggu depan, dengan sasaran memperbaiki kedudukan keempat keseluruhan pada tahun lalu.

Pelumba berusia 11 tahun yang menjuarai Kejohanan Motosikal MiniGP Malaysia 2023 itu antara wakil negara yang diletakkan harapan untuk menyerlah pada penyertaan kali ini.

Pengurus Pasukan ZK Racing, Zulfahmi Khairuddin berkata, tahun ini merupakan penyertaan kali ketiga Malaysia pada kejohanan siri dunia tersebut.

“Cuma tahun ini, satu kategori baharu diperkenalkan iaitu 190cc, selain 160cc. Kali ini kita membawa pelumba teramai iaitu lima orang berbanding tiga dan dua pelumba pada dua penyertaan sebelum ini.

“Untuk kategori 190cc kita letakkan tiga pelumba yang mana untuk kelas ini kita memang tidak tahu siapa pesaing yang kuat, manakala, dua lagi pelumba akan beraksi dalam kelas 160cc,” katanya kepada pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), kelmarin.

Tiga pelumba yang akan beraksi dalam kelas 190cc adalah Farish Hafiy, Emil Idzhar dan Adi Putra, manakala, Qabil Irfan serta Airel Marzuki bersaing untuk kategori 160cc di Litar Ricardo Tormo pada kejohanan yang dianjurkan Dorna (pemegang hak MotoGP) itu.

Menurut Zulfahmi, persaingan bagi merebut gelaran dunia MiniGP sebenarnya terbuka kepada semua pelumba memandangkan tiada seorangpun peserta yang dibenarkan berlatih di Litar Ricardo Tormo.

“Untuk Siri Dunia ini sebenarnya tak ada siapa yang boleh berlatih, mungkin ia dibuat khusus untuk perlumbaan final, jadi pelumba Eropah tak pernah berlatih di situ begitu juga dengan kita.

“Litar itu ditutup khusus untuk MiniGP, jadi, untuk pelumba kita yang pernah beraksi di Valencia ialah empat orang dan hanya Airel tiada pengalaman berlumba di sana,” ujarnya.

Persiapan yang telahpun dilakukan sejak tiga minggu lepas, bekas pelumba Moto2 dan Moto3 negara itu berharap, kesemua wakil negara dapat mengekalkan persembahan konsisten sejak sesi latihan bebas lagi sehingga ke hari perlumbaan.

Kejuaraan dunia itu yang akan bermula 21-23 November ini menghimpunkan pelumba terbaik dari Alpe Adria, Australia, Austria, Kanada, Perancis, Jerman, India, Indonesia, Ireland, Itali, Jepun, Malaysia, Portugal, Qatar, Sepanyol, Amerika Syarikat dan United Kingdom. – UTUSAN
https://www.utusan.com.my/nasion ... -dunia-di-valencia/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 01:01 PM GMT+8 , Processed in 0.576717 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list