View: 3390|Reply: 0
|
Penganjur GP Las Vegas mohon maaf, tawar baucar barangan RM934
[Copy link]
|
|
SEKITAR sesi ujian masa kedua di litar Las Vegas Strip. -FOTO Reuters
Las Vegas: Pegawai Grand Prix Las Vegas cuba mengawal kerosakan yang berlaku semalam selepas peminat diarahkan untuk pulang dan menyebabkan mereka terlepas kebanyakan sesi latihan dengan menawarkan baucar barangan AS$200 (RM934) kepada pemegang tiket sehari.
Aksi pertama yang dinanti-nantikan di trek jalan raya di Las Vegas Strip yang terkenal itu berlangsung hanya lapan minit sebelum kereta Ferrari, Carlos Sainz rosak teruk akibat penutup longkang yang longgar menyebabkan sesi itu dibatalkan dengan pantas.
Perlumbaan berehat selama lima setengah jam manakala krew mengeluar kesemua 30 penutup di sepanjang litar 6.11 kilometer (km) dan mengisi lubang dengan pasir dan asfalt ketika pelumba menyanyikan lagu Lionel Richie "All Night Long (All Night)" dari garaj mereka .
Akhirnya latihan sesi kedua selama 90 minit dimulakan kembali sebelum grandstand di kosongkan pada pukul 2:30 pagi selepas peminat diarahkan untuk pulang oleh pegawai sebagai satu langkah keselamatan.
"Berikutan insiden malam tadi yang membabitkan penutup injap air, Grand Prix Las Vegas, F1 dan FIA berdepan keputusan sukar dan menutup zon peminat sebelum bermulanya sesi latihan bebas kedua," kata mesej kepada pemegang tiket.
"Kami menghargai kesabaran anda semasa kami membetulkan keadaan. Ini bukan keputusan yang mudah kami ambil.
"Sebagai tanda terima kasih atas sokongan anda, kami ingin menawarkan baucar $200 kepada anda ke Kedai Rasmi Grand Prix Las Vegas.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ucar-barangan-rm934 |
|
|
|
|
|
|
| |
|