CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2501|Reply: 0

Sazali belum hasrat undur diri

[Copy link]
Post time 20-11-2023 07:10 AM | Show all posts |Read mode
Sazali belum hasrat undur diri


Sazali Samad pernah dinobat sebagai Olahragawan Kebangsaan empat kali pada tahun 2006, 2010, 2013 dan 2014. – Foto sazalisamad.com


IPOH: Jaguh bina badan negara Sazali Samad belum berhasrat untuk bersara dan menceburkan diri dalam bidang kejurulatihan sebaliknya ingin terus bergiat aktif sebagai atlet bina badan.

Anak jati kelahiran Batu Pahat berusia 56 tahun itu menegaskan buat masa ini beliau sedang mempersiapkan diri selain bercadang menyertai mana-mana kejohanan sama ada di peringkat kebangsaan ataupun antarabangsa.

"Belum sampai masanya dan terfikir untuk bersara dan jadi jurulatih sepenuh masa. Ketika ini saya sedang mempersiapkan diri dari aspek pemakanan terutama diet untuk memastikan kualiti badan berada pada tahap terbaik.

"Ini kerana saya bercadang untuk menyertai beberapa kejohanan tahun depan yang dilihat bersesuaian dan mampu untuk terus mengumpul koleksi kejuaraan," katanya ketika ditemui selepas menghadiri Karnival Fit Mania Perak 2023 anjuran Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) Perak dan Persatuan Kebajikan Kecergasan Komuniti Perak (PKKP) di Padang Rekreasi Sultan Abdul Aziz di Ipoh, hari ini.

Sebelum ini, Sazali yang juga Mr Universe sebanyak 10 kali digantung selama empat tahun bermula 22 September 2015 hingga 22 September 2019 oleh Jawatankuasa Disiplin (Tatatertib & Anti-Doping) Persekutuan Bina Badan Malaysia (MBBF) selepas gagal ujian doping yang dijalankan Agensi Anti-Doping Malaysia (ADAMAS) pada 1 September 2015.

Lebih memburukkan situasi, beliau yang membuat rayuan kepada MBBF dikenakan hukuman tambahan penggantungan empat tahun gara-gara tindakannya menyertai Kejohanan China Sports Show Fearless Bodybuilding Physique & Bikini di Shanghai pada Mei 2018.

Sazali berkata faktor umur bukan penghalang untuk terus mengecap kejayaan meskipun mengakui berdepan saingan sengit terutama daripada atlet muda yang menceburi sukan itu.

"Walaupun sudah meningkat usia, kalau kita terus berusaha tiada yang mustahil dan cabaran daripada atlet muda ini saya jadikan penanda aras untuk terus kekal fokus serta berdaya saing," katanya.

Selain itu, beliau berkata secara peribadi beliau turut mengharapkan anaknya Muhd Hazim, 22, akan terus menyambung legasinya dalam sukan bina badan sekali gus mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa.

"Saya sudah kecapi pelbagai kejayaan dan kembali aktif dalam sukan ini pun semata-mata untuk penjagaan diri dan mengumpul koleksi kejuaraan. Jadi, saya harap anak saya akan meneruskan kejayaan ini dan buktikan dia mampu pergi lebih jauh," katanya. – BERNAMA

Sumber:https://www.bharian.com.my/sukan ... m-hasrat-undur-diri

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 01:06 PM GMT+8 , Processed in 0.151616 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list