View: 4564|Reply: 0
|
MotoGP: Martin belum sedia mengalah
[Copy link]
|
|
MARTIN sekadar menamatkan saingan GP Qatar di kedudukan ke-10 selepas berdepan masalah cengkaman tayar belakang jentera. - AFP
DOHA – Pelumba Pramac Racing, Jorge Martin meninggalkan Grand Prix (GP) Qatar dengan kekecewaan selepas sekadar menamatkan perlumbaan di tempat ke-10 sekali gus menyukarnnya untuk mengejar gelaran dunia MotoGP pada aksi terakhir di Valencia nanti.
Martin mengakui kegagalannya pada perlumbaan awal pagi semalam berpunca daripada masalah tayar belakang seawal di pelepasan grid dan mengakui tayarnya seperti batu apabila tiada cengkaman serta merasakan hampir terjatuh ketika mengambil selekoh.
Martin merasakan sesuatu yang pelik pada jenteranya kerana dia tampil cemerlang pada Sabtu lalu apabila menjuarai perlumbaan sprint dan hanya dipisahkan tujuh mata untuk mengejar seteru utamanya, Francesco Bagnaia dalam perebutan gelaran dunia MotoGP musim ini.
“Saya sangat kecewa kerana kejuaraan ditentukan oleh masalah tayar yang teruk. Saya bergelut dengan masalah tersebut dan tayar belakang tiada cengkaman dan gagal untuk menghentikan jentera.
“Seolah-olah saya beraksi di permukaan litar basah. Saya rasa kejuaraan saya seperti ‘dicuri’. Saya telah bekerja keras pada musim ini dan akhirnya masalah seperti ini berlaku.
“Saya harap kami boleh melakukan terbaik di Valencia kerana kita tahu apa-apa boleh berlaku pada perlumbaan terakhir tersebut,” kata Martin.
Hasil keputusan tersebut, Bagnaia yang menamatkan perlumbaan di kedudukan kedua kini kekal di puncak dengan mengumpul 437 mata dan mempunyai kelebihan 21 mata di hadapan Martin (416 mata).
Biarpun atas kertas Martin mempunyai misi yang mustahil untuk mengejar Bagnaia, namun pelumba berusia 25 tahun itu tetap meletakkan impian memburu kemenangan pada perlumbaan terakhir di Valencia pada 26 November nanti yang menawarkan 37 mata untuk direbut. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2023/11 ... lum-sedia-mengalah/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|