CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: fizziany

CINTA LUARBIASA (YANG ARIF YANG WANGI). (U)

  [Copy link]
Post time 23-2-2011 05:36 PM | Show all posts
Reply 100# cmf_blingblings


    W'salam.... blings... mana cite terbarunya?????
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2011 05:53 PM | Show all posts
haha tgelak baca statement bling ni
juliet80 Post at 23-2-2011 08:09
itulah masalahnya kalau otak ni asyik nak menulis cerita suspen
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2011 05:54 PM | Show all posts
Reply  cmf_blingblings


    W'salam.... blings... mana cite terbarunya?????
naufal2705 Post at 23-2-2011 17:36
nanti ahhhhh, kita kasi tenang dulu board ni, banyak cerita2 baru, idea baru, very nice semuanya...
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2011 09:18 PM | Show all posts
nice story fizz !

do keep the momentum ...
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2011 10:13 PM | Show all posts
best..sambung lg ehh...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-2-2011 11:04 PM | Show all posts
salam...
(garu kepala jap....)......takut hati aku membaca komen uols....
by the way... a million thanks to uolsss...
comolot settt...muahhhhhhh!!!!
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 23-2-2011 11:06 PM | Show all posts
Arif menolak daun pintu dengan susah payah. Beg kertas dan beg plastic shoppingnya penuh di tangan. Haa…..lepas ni jangan mintak sebarang ganti rugi dari aku lagi. Semua tu aku dah belikan kau baju2 dan barang2 ni!!! Bebel Arif di dalam hati. Sebaik pintu ditutup, terus Arif melemparkan pandang ke ruang tamu. Bibirnya kelu.

Jasmine dilihat sedang lena tidur di sofa dengan lengan kirinya yang di silangkan ke dada. Nyenyak benar dia tidur hingga Arif pulang pun, dia tidak sedar. Perlahan2, Jasmine dihampiri. Beg2 plastik diletak ke bawah. Matanya merenung raut wajah gadis itu. Raut wajah Jasmine dilihat sangat tenang dan mendamaikan. Pandangannya bagai terpaku di situ dan dia terus duduk berhadapan dengan Jasmine.

Sejuk hatinya tatkala menatap wajah itu. Jasmine dilihat bergerak sedikit. Arif diam membatu. Dia menyandarkan lehernya ke bahu sofa. Matanya di renung ke siling. Entah mengapa, tiba2 dia merasa letih. Matanya turut dipejam. Nafasnya menderu mengisi hening suasana bilik hotel itu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-2-2011 11:08 PM | Show all posts
Arif menggosokkan matanya. Badannya terasa sakit di bahagian belakang. Lantas dia membuka mata dan cuba menegakkan badannya. Matanya buntang apabila melihat Jasmine yang sedang duduk merenungnya. Arif yang baru saja hendak mengeliat, terus tak jadi.

“Dah lama Jas bangun?” soal Arif sambil menutup mulutnya yang menguap. Jasmin angguk.

“Kenapa tak kejut abang?” soalnya sambil menarik beg2 plastik di kakinya.

“Saya tengok abang macam penat sangat,” balas Jasmin. Arif terangguk2.

“Ya..betul…abang tak tidur lagi hari ni. Selalunya petang2 macam ni, memang time tidur abang..” ujar Arif. Dia menolak beg2 plastik kepada Jasmin.

“Ni semua barang Jas. Ambillah,” kata Arif . Jasmine memandang hairan, namun membelek2 isi beg plastic itu teragak2. Sekali matanya meneliti isi kandungan beg plastic, Sekali matanya mengerling kea rah Arif.

Rasa terharu dan serba salah melimpah di dada Jasmin. Melihatkan pakaian yang dibeli oleh abang baik hati itu, Jasmin tahu nilainya pasti besar. Bukan sekadar RM10 seperti baju2 yang dimilikinya sebelum ini.

“Kalau saya dah kerja nanti, saya janji saya bayar balik duit abang,” lirih suara Jasmin berjanji. Arif terpaku mendengar suara Jasmine. Perlahan dia menggeleng.

“Tak payah. Kan abang dah cakap ini semua abang tolak duit ganti rugi sebab abang langgar Jas malam tu,” kata Arif pula.

“Kenapa abang kena bayar ganti rugi pula kat saya?” soal Jasmin berani.

“Sebab abang langgar Jas..” balas Arif. Jasmine diam, tidak bertanya lagi. Meskipun dia merasakan persoalannya belum terjawab, tapi rasanya tak guna bertanya lagi. Pasti jawapan abang baik hati itu nanti sama saja. Perlahan2, dia angguk saja.

Buat seketika, mereka kehilangan bicara. Masing2 saling terdiam. Arif merenung Jasmin didepannya yang tunduk dan duduk tegak seolah2 pesalah menanti hukuman. Langsung tidak ada riak santai dari wajahnya. Tegang saja. Agaknya, dia segan kat aku tak. Arif menjungkit sebelah keningnya. Maybe…

Jam Tag Heuer di tangan dikerling. Sudah jam 6.40 petang. Lama juga aku tertidur.

“Okaylah. Mandi, kemudian bersiap. Kita keluar makan,” arah Arif. Jasmin yang sememangnya agak lapar, angguk saja. Beg2 plastik di capai lalu dia bangun hendak berlalu ke bilik mandi yang terletak di dalam kamar tidur.

“Oh lupa!! Satu lagi nak pesan…” Arif bangun lalu mendahului Jasmine. Tangannya digamit, meminta Jasmin mengekorinya. Mereka menuju ke kamar mandi. Tombol pintu dipulas lalu Arif berdiri di tengah2 ruang kamar mandi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2011 11:09 PM | Show all posts
aik...lam hotel ke?? sama-sama....??? ten terennnnn
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2011 11:11 PM | Show all posts
Arif menggosokkan matanya. Badannya terasa sakit di bahagian belakang. Lantas dia membuka mata dan c ...
fizziany Post at 23-2-2011 23:08

adakah aku tertinggal mana2 part?? tiba-tiba bahasakan diri, Jas dan abang?? perkembangan yg agak pantas
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-2-2011 11:13 PM | Show all posts
“Peraturan pertama, kalau mandi dalam shower room ni, pastikan pintunya ditutup. Walaupun pintunya kaca dan tak ada beza pun tutup ke tidak, tapi pintu shower room ni kena tutup, supaya air tak memercik keluar. “ terang Arif sambil memandang Jasmin yang terkebil2.

“Peraturan kedua, lantai tengah ni, tak boleh basah. Peraturan ketiga, kalau guna tab mandi, pastikan tutup dengan langsir putih ni. Langsir ni, kalis air. So, kalau you main air sekalipun, langsir ni takkan basah dan air takkan memecik ke lantai tengah. Peraturan ketiga, tuala yang digunakan, jangan sangkut kat palang tu dan guna semula. Letak dalam bakul bilik pakaian untuk hantar ke dobi,” panjang penerangan Arif.

“Dan peraturan terakhir, jangan sangkut apa2 kat palang tu…especially yang itu….” Arif menuding ibu jarinya kea rah pareo merah yang tersangkut di palang. Jasmine melopong memandang pareo merah yang dibuat kain basahan.

“Lepas mandi, sangkut kat luar..tempat ampaian kat balkoni,” sambung Arif. Jasmin terdiam dengan matanya membuntang. Banyaknya peraturan!!!

“Jelas?” soal Arif meminta kepastian. Jasmine angguk patuh sambil membongkok sedikit tanda faham.

“Good!!” ujar Arif lega lalu berlalu keluar dari bilik mandi seraya menutup pintu bilik air. Membiarkan Jasmin di dalam bilik mandi dengan senyuman simpul yang kian lebar.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-2-2011 11:14 PM | Show all posts
addoiiiyaiii..
sakit hati betulll kalau tgh post n3...server buat hal!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-2-2011 11:18 PM | Show all posts
Reply 110# cmf_blingblings

Bling...
coba kau tengok entry # 72.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-2-2011 11:20 PM | Show all posts
Arif menoleh ke belakangnya. Jasmin di pandang dari atas hingga ke bawah. T-shirt biru muda yang dipakai  Jasmin kelihatan agak besar dengan saiz badannya. Tambah pula, seluar track berwarna kelabu yang dikenakannya juga kelihatan longgar.

Arif menjungkit keningnya. Dia sebetulnya tidak dapat hendak mengagak saiz sebenar gadis itu, maka sebab itu dia mengambil jalan selamat. Tiada jeans, tiada baju yang mengikut saiz badan. T-shirt dan track-suit boleh muat pada sesiapa saja. Jasmin hanya tunduk saja, sesekali mengalihkan pandangannya ke arah dinding lif apabila pandangan Arif bertemu matanya.

“Sekali tengok, macam pembantu rumah pun ada,” getus Arif perlahan. Celupar sungguh mulutnya yang tidak berinsurans itu. Jasmin mengerling, kemudian diam. Rasa rendah diri mula menebal di dalam hatinya. Jika tidak kerana kakinya yang masih belum sembuh, dia mahu segera keluar dari kepompong lelaki itu.

Jasmin merenung tubuh abang baik hati itu dari belakang. Meski terbit rasa kesal kerana terpaksa menyusahkan si abang baik hati , tapi dia merasa selamat dengan lelaki itu. Mata lelaki itu tidak pernah memandangnya seperti mana lelaki2 lain yang pernah dikenalinya. Tanpa sedar, dia sedikit sebanyak berterima kasih pada abang baik hati itu.

Pintu lif terbuka. Arif segera melangkah keluar diekori oleh Jasmin dari belakang. Arif berjalan agak laju. Mungkin gaya jalannya bersahaja, tetapi dek kerana kakinya yang panjang, maka satu langkahnya bersamaan dengan dua langkah Jasmin. Terkejar2 Jasmin membuntuti lelaki itu.

Mereka tiba di sebuah restoran yang terdapat di hotel itu. Restoran Nelayan. Gayanya tetap mewah. Kebanyakan pengunjungnya terdiri daripada pelancong asing. Arif masuk lalu duduk di meja yang berhampiran tingkap. Jasmin turut duduk berhadapan dengan Arif.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-2-2011 11:22 PM | Show all posts
“Nak makan apa?” soal Arif seraya mencapai menu yang terdapat di meja. Jasmin diam.

“Atau nak join buffet?” soal Arif lagi. Jasmin masih diam. Sejujurnya, dia tidak tahu hendak memilih makanan di situ. Arif memandang Jasmin.

“Cepatlah decide,” namun Jasmin masih terkebil2. Melihat Jasmin yang serba salah, Arif menutup menu.

“Kita join buffet sajalah. Jom ikut abang,” Arif bangun dan menunggu Jasmin di tepi meja makan mereka. Dalam teragak2, Jasmin bangun membuntuti Arif. Arif menuju ke arah meja yang menempatkan deretan makanan yang beraneka variasi. Setiap gerak geri Arif diikutnya satu persatu. Arif mengambil pinggan, Jasmin mengambil pinggan. Arif mencedok pasta, Jasmin mencedok pasta. Arif mengambil segelas jus oren, pun Jasmin turut berbuat demikian.

Arif yang menyedari setiap tingkahnya diikuti satu persatu, menoleh kearah Jasmin. Muka Jasmin tegang. Arif memandang makanan yang terdapat di dalam pinggan Jasmin. Senyuman sinis terukir di bibir merahnya. Arif menggeleng, kemudian beredar menuju meja makan. Jasmin ikut.

“Jas ambil saja apa yang Jas nak makan. Jangan segan2 tau…” kata Arif sambil meyuap pasta ke dalam mulutnya. Pantas pasta dikunyah. Jasmin angguk, kemudian dia pun turut memulakan makan. Sambil makan, Arif masih memandang Jasmin. Sesekali dahinya berkerut. Budak ni anak siapa ni…

“Betul ke Jas tak ada mak ayah?” soal Arif sekali lagi. Jasmin terdiam, tetapi masih meneruskan makan. Peluang untuk makan tidak akan dilepaskannya dengan mudah. Baginya, itu saja peluang untuk mengenyangkan perut. Jika sudah terperap didalam bilik hotel, dia tidak tahu hendak buat apa hatta menonton TV sekalipun. Takut dia hendak meminta kebenaran abang baik hati itu untuk membuka TV.

Jasmin angguk, menjawab soalan itu dengan isyarat saja. Arif tarik nafas payah.

“Parents dah meninggal ke?” Arif sekadar menduga. Jasmin angguk lagi. Arif jadi hairan.

“Saudara mara?” soal Arif pula. Kalau tahu siapa saudara maranya nanti, senanglah kerja Arif. Akan dihantarnya pulang budak ini kepada sanak saudaranya.

“Saya sebatang kara,” jawab Jasmin. Terjungkit kening Arif. Garpu di mulutnya digigit.

“Habis, selama ni, tinggal dengan siapa?” dengan kera dalam hutan simpan tu? Mahu saja Arif menambah ayat itu pada soalannya. Kali ini Jasmin terdiam.Jasmin angkat muka, merenung abang baik hati di hadapannya. Pasta lembut yang dikunyah terasa keras seperti batu pula.

“Terima kasih ya bang, sebab sudi tumpangkan saya. Belanja saya makan..” tidak menjawab soalan! Arif tarik nafas, tidak puas hati dengan jawapan itu. Arif kembali meneruskan makannya. Tak nak bagitau tak apa…Kalau apa2 jadi, jangan heret aku dalam masalah kau!

Arif merenung wajah didepannya. Cantik budak ni! Kalau sekali tengok, tak nampak macam anak orang melayu tulen.

“Jas ni mix ke?” soal Arif lagi. Jasmin mendongak, berkerut dahinya tidak faham dengan soalan Arif.

“Maksud abang, Jas ni ada darah campuran ke? Contohnya, mak orang melayu, bapak orang inggeris ke…” terang Arif hendak mengorek asal usul budak itu. Jasmin terdiam sejenak, memerhatikan pinggannya yang sudah kosong.

“Saya hodoh ya bang?” soal Jasmin pula. Arif tergelak lucu.

“Hahaha..kenapa tanya macam tu?” soal Arif bertambah hairan. Jasmin meneguk minumannya.

“Sebab muka saya tak sama dengan orang sekeliling saya,” jawab Jasmin lemah dan kembali tunduk. Arif melemparkan pandangan ke tingkap luar.Maksudnya??? Bertambah hairan lagi hatinya.

“Muka yang tak sama dengan orang lain nilah sebenarnya muka mahal! Jas patut bangga dengan diri Jas,” sebenarnya Arif mahu menuturkan ayat ini ‘ Jas cantik!Comel!’

Jasmin terdiam membiarkan Arif tersenyum2 di depannya. Hmmm..kalau banyak macam ni soalan abang baik hati ni, baik aku cabut esok. Lama2 dengan dia ni, semua benda dia nak korek. Apa untungnya kalau aku bercerita pada dia tentang asal usul aku? Jasmin mengeluh perlahan.

“Bang, boleh saya tambah makanan tak? Saya lapar..” soal Jasmin. Arif yang terkedu, cepat2 mengangguk sambil membuat isyarat mempersilakan Jasmin ke meja makanan dengan tangannya. Jasmin bangun beredar. Arif merenung setiap langkah gadis itu. Dari mana datangnya budak ni? Garpu digigit lagi sambil Jasmin diperhatikan dari jauh.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-2-2011 11:23 PM | Show all posts
Post Last Edit by fizziany at 23-2-2011 23:35

typo.....sorry....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-2-2011 11:33 PM | Show all posts
Arif membentangkan comforter  yang tebal ke lantai ruang tamu. 2 biji bantal di campak ke hujung comforter. Jasmin di sofa masih merenung tingkah lakunya.

“Haa…buat masa ni, Jas tidur dalam bilik dulu. Esok kita tukar bilik hotel. Yang ada 2 bilik. Senang, tak payah nak tidur kat lantai..” kata Arif senang. Jasmin teragak2 mendengarnya.

“Errr..tak apalah bang. Biar saya tidur kat luar. Dan, tak payah tukar bilik hotellah. Esok saya ingat nak keluar dari sini,” Jasmin terus saja bersuara. Arif terus memandang Jasmin dengan pandangan serius.

“Keluar dari sini?” soal Arif tidak percaya. Jasmin kelu, namun mengangguk.

“Kemana?” soal Arif. Jasmin diam. Lama.Jasmin mula memerah otak, mencari alasan kukuh.

“Rumah kawan,” ujarnya pendek. Arif terdiam. Dia masih berdiri merenung Jasmin yang sedang duduk di sofa.

“Ada kawan ke kat sini? Macam mana kenal kawan tu? “ soal Arif macam polis pencen. Jasmin mengetap bibir. Banyak tanya betul……rimas dia dengan keadaan itu.

“Ada. Dulu kami satu sekolah,” balas Jasmin. Arif menunjukkan pandangan tidak percaya kepada Jasmin.

“Tahu ke rumah dia kat mana?” soal Arif pula. Jasmin cepat2 angguk. Arif terdiam, merenung wajah gadis itu. Dia sendiri bingung, antara hendak percaya kata2 gadis itu atau tidak. Arif bercekak pingggang. Kemudian dia mengeliat, membetulkan pinggangnya serba sedikit.

“Hmmm..okay! Kalau itu keputusan Jas….abang tidur dulu…” Arif bergerak masuk ke bilik tidur.

“Oh ya..jangan sesekali buka pintu kalau ada orang ketuk! Pintu bilik tidur ni tak kunci tau. Kalau nak pergi bilik air, masuk saja. Jangan kejutkan abang,” sempat lagi Arif berpesan panjang  sebelum pintu bilik tidur ditutup. Jasmin angguk saja walaupun tahu Arif tidak melihatnya.

Bila Arif masuk tidur, barulah Jasmin merebahkan badannya ke comforter yang tebal itu. Suhu penghawa dingin bilik itu memang agak sejuk. Sliding door sudah ditutup sedari awal. Bimbang kesejukan dek kerana angin pantai yang menghembus masuk.

Jasmin bangun kembali, baru dia teringat. Dia masih belum makan ubat. Lantas bungkusan ubat di meja sisi dicapai. Dia mahu cepat2 sembuh. Hmm..rumah kawan? Kat mana aku nak cari kawan2 aku? Semasa di sekolah menengah dahulu, dia kenal beberapa pelajar yang datang dari Pulau Tioman ini. Tapi, hubungan mereka tidaklah begitu rapat. Salah seorang pelajar lelaki dari pulau ini juga, pernah meluahkan perasaan cinta padanya semasa dia masih di tingkatan tiga.

Tapi, Jasmin berharap benar agar dia tidak bertemu dengan mana2 kawan2nya di situ. Dia tidak mahu mengingati sejarah silam masa lalunya. Terutama asal usulnya. Biar dia sendirian di pulau itu membuka lembaran baru. Jika dulu, dia belum cukup dewasa untuk keluar dari kehidupannya, kini dia lebih yakin kerana usianya sudah menginjak 21 tahun.

Usai memakan ubat seperti yang dijadualkan, Jasmin terus rebah kembali. Matanya dipejam. Lampu cendeliar yang tergantung di dinding yang dipasang malap direnung. Lama kelamaan, pandangannya menjadi kabur. Akhirnya Jasmin terlelap jua.
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2011 02:32 AM | Show all posts
best...ada masa smbg lagi ya...trma ksh.
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2011 04:00 AM | Show all posts
Reply  cmf_blingblings

Bling...
coba kau tengok entry # 72.....
fizziany Post at 23-2-2011 23:18
ZASSSS!! mcm mana boleh tertinggal
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2011 08:26 AM | Show all posts
Fizz cerita ko kali menarik betul suspen je sama2 nak tahu siapa si jasmin...
weh susah2 ko hantar publish je kat muzri
senang haku nak membaca tidak tesekat-sekat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 12:45 PM GMT+8 , Processed in 0.069674 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list