CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1253|Reply: 0

10 perang moden seluruh dunia

  [Copy link]
Post time 23-11-2023 10:05 AM | Show all posts |Read mode
10 perang moden seluruh dunia


Tentera Ukraine bertempur ketika perang dengan Russia pada tahun lalu.

PERANG DUNIA PERTAMA
(28 Julai 1914 – 11 November 1918)

Fakta: Dua pakatan terbentuk iaitu ‘Kuasa Tengah’ melibatkan Jerman dan Austria-Hungary serta ‘Pakatan Bertiga’ (Russia, Perancis dan Britain) yang bertujuan menjalin persepakatan jika berdepan peperangan. Perang bermula di Balkan apabila pelampau Serbia membunuh pewaris takhta empayar Austria-Hungary, Archduke Franz Ferdinand serta isterinya bangsawan Jerman, Sophie ketika mereka melawat Bosnia and Herzegovina. Respons kepada tragedi itu, Austria-Hungary melancarkan perang terhadap Serbia pada 28 Julai 1914 dan Russia menyokong Serbia. Turkiye Uthmaniyyah yang memilih untuk menyokong Jerman turut terheret dalam peperangan ini dalam usaha mempertahankan wilayahnya.

PERANG DUNIA KEDUA
(1 September 1939 – 2 September 1945)

Fakta: Perjanjian Versailles menyebabkan Jerman yang kalah Perang Dunia Pertama kehilangan sebahagian wilayahnya dan diwajibkan bayar ganti rugi perang menyebabkan pihak nasionalis Jerman rasa terhina serta munculnya sosok bernama Adolf Hitler. Hitler terus menakluk negara sekeliling. Itali juga tidak berpuas hati kerana tidak diberikan wilayah baharu oleh ‘Pakatan Bertiga’. Di Asia pula, Jepun tidak berpuas hati dengan monopoli Barat terhadap perdagangan antarabangsa lalu bertindak meluaskan kuasa jajahannya bermula dengan menakluki Manchuria, China dan seterusnya ke Asia Tenggara. Jepun menyerang Pearl Harbour sebagai amaran kepada kuasa Barat.


Tentera AS sewaktu mendarat di bumi Vietnam.


PERANG VIETNAM
(1 November 1955 – 30 April 1975)

Fakta: Ia merupakan perang kedua dalam Perang Indochina. Vietnam Utara disokong Kesatuan Soviet, China dan negara komunis lain, manakala selatan disokong oleh AS serta sekutu antikomunis lain.

PERANG IRAN-IRAQ
(September 1980 – Ogos 1988)

Fakta: Perang Iran-Iraq juga dikenali sebagai Perang Revolusi Iran. Perang bermula apabila Iraq menceroboh Iran berikutan perbalahan sempadan atau permusuhan silam dikatakan sejak era Kerajaan Mesopotamia serta kekhuatiran Saddam Hussein terhadap ideologi dibawa oleh Revolusi Iran yang dipimpin Imam Khomeini berkembang ke Iraq.

PERANG BOSNIA
(1 Mac 1992 – 14 Disember 1995)

Fakta: Sebaik saja pengisytiharan kemerdekaan Bosnia and Herzegovina mendapat pengiktirafan antarabangsa, perwakilan Serb Bosnia diketuai Radovan Karadzic disokong negara jiran, Serbia pimpinan Slobodan Milosevic yang mengepalai tentera Rakyat Yugoslavia menyerang Bosnia and Herzegovina. Mereka juga bertindak kejam melakukan penghapusan etnik Muslim Bosnia.

PERANG BESAR AFRIKA
(1996-1997, 1998 – 2003)

Fakta: Penyahjajahan di Afrika menyumbang konflik. Perang Congo Pertama (1996-1997) bermula selepas pembunuhan beramai-ramai Rwanda 1994. Perang Congo Kedua (1998-2003) berlaku apabila Uganda dan Rwanda sekali lagi menjajah Democ. Rep. Congo (DPC).


Tentera Amerika Syarikat melakukan rondaan selepas berjaya menawan Iraq.

PERANG AS-AFGHANISTAN
( 7 Oktober 2001 – 30 Ogos 2021)

Fakta: Perang di Afghanistan bermula pada 7 Oktober 2001 sebagai respons terhadap tragedi serangan ke atas bangunan Pusat Daga­ngan Dunia (WTC) di New York, Amerika Syarikat (AS).



PERANG AS-IRAQ
(20 Mac 2003 – 15 Disember 2011)

Fakta: Pada Mac 2003, tentera AS menyerang Iraq untuk memusnahkan senjata pemusnah besar-besaran (WMD) dan menamatkan pemerintahan Saddam Hussein.

PERANG RUSSIA-UKRAINE
(24 Februari 2022 – kini)

Fakta: Konflik tercetus sejak 2014 apabila Presiden Ukraine, Viktor Yanukovych yang merupakan pro-Russia digulingkan. Berikutan itu, Russia mula mengambil alih wilayah Crimea. Pada 24 Februari 2022, Presiden Russia, Vladimir Putin melancarkan pencerobohan besar-besaran ke atas Ukraine dan mula menduduki lebih banyak wilayah negara itu hingga kini.

PERANG PALESTIN-ISRAEL
(1948 – kini)

Fakta: Pada 1947, PBB menerima Resolusi 181 yang bertujuan membahagikan Mandat British atas Palestin kepada negara Arab dan Yahudi. Pada 14 Mei 1948, negara Israel telah diwujudkan, sekali gus mencetuskan Perang Arab-Israel pertama. Peperangan berakhir pada tahun 1949 dengan kemenangan kepada Israel. Sebanyak 750,000 rakyat Palestin dipindahkan dalam peristiwa Nakba. Wilayah tersebut seterusnya dibahagikan kepada 3 bahagian: Israel, Tebing Barat (Sungai Jordan) dan Semenanjung Gaza. Sejak itu, ketegangan di tiga wilayah itu berterusan dengan Israel mula menakluki kawasan-kawasan Tebing Barat dan usaha memasuki Gaza sedikit demi sedikit. Serangan terbaharu bermula pada 7 Oktober lalu.

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/11 ... oden-seluruh-dunia/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 02:33 AM GMT+8 , Processed in 0.334981 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list