CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1392|Reply: 5

[Tempatan] Ada perkara yang kita tak mampu boikot- macam kereta mercedez

[Copy link]
Post time 23-11-2023 12:05 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Ahmad Fadhli Shaari hari ini menempelak Ahli Parlimen Kampar, Chong Zhemin, yang menyindir kerajaan pimpinan Pas di Kelantan berhubung isu boikot produk syarikat yang menyokong Israel.
Menurut Ahli Parlimen Pasir Mas itu, berkata tidak semua produk keluaran barat mampu diboikot sepenuhnya, dan keputusan memboikot dibuat atas kesedaran setiap individu.
Dalam isu Palestin, dia (Zhemin) tanya kenapa Kerajaan Kelantan tak nak boikot Mercedes Benz yang sokong Israel?
Kita kata bahawa boikot ini kita buat dengan rasa hati kita dan dilaksanakan dengan kesedaran.
"Ada perkara yang kita tidak mampu nak boikot sebagai contoh penggunaan Iphone, Facebook dan sebagainya," katanya di Dewan Rakyat pada Selasa.
Beliau berkata demikian pada sesi perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2024 (Belanjawan 2024) peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
Semalam, Zhemin mempersoalkan Kerajaan Kelantan yang masih menggunakan kereta mewah, Mercedes Benz yang turut menyumbang kepada ekonomi Israel.
Pada 2020, Kerajaan Kelantan mengakui membeli 14 kereta mewah Mercedes Benz untuk kenderaan rasmi pimpinan kerajaan negeri termasuk Menteri Besar dan exconya.
Mengulas lanjut, Ahmad Fadhli menegaskan, Zhemin tidak sepatutnya memperlekehkan inisiatif individu-individu yang mengambil pendirian untuk memboikot produk-produk tertentu.
"Jangan perlekehkan orang yang nak laksanakan boikot ini kepada barangan yang dikeluarkan syarikat-syarikat menyokong Israel.
"Kita boleh buat satu, kita buat satu... Tak boleh buat semua, jangan tinggal semua dan perlekehkan," ujar beliau.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2023 12:06 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2023 12:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak mampu ok. Dunia dah ada dalam hati kan. Kita buat takpe orang buat tak boleh
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2023 11:09 AM | Show all posts
Hanya mampu jd hipokrit
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2023 11:36 AM | Show all posts
mecidih.... mecidih
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2023 11:36 AM | Show all posts
bila kena tang idung sendiri ....mcm ni puloppppp jawapan..........saya tak mampu nak boikot mcd, starbucks tapi saya mampu sgt2 nak boikot mercedes (saya mampu boikot sbb tak mampu beli)....jom boikot mercedes.....gihtewwwww....kata saya....
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 02:33 PM GMT+8 , Processed in 0.267466 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list