CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2135|Reply: 0

[Tempatan] Empat Beradik Etnik Melayu Ditinggalkan Tanpa Jagaan Selepas Dihalau Nenek

[Copy link]
Post time 24-11-2023 02:38 PM | Show all posts |Read mode
Empat beradik ditinggalkan tanpa jagaan selepas dihalau nenek

  • Oleh ASLIZA MUSA
  • 24 November 2023, 10:20 am


Share on facebook

Share on twitter

Share on whatsapp

Share on email

Share on telegram

Share on linkedin











EMPAT beradik yang ditinggalkan di hadapan Kompleks Pentadbiran Perak Tengah di Kampung Gajah, semalam
PARIT – Entah apa puncanya, seorang nenek tergamak menghalau empat cucu yang berusia 11 tahun hingga 10 bulan keluar dari rumah di Bota, semalam.

Keempat-empat beradik itu ditinggalkan di hadapan sebuah kompleks kerajaan oleh seorang wanita sekitar pukul 10.50 pagi.Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintenden Hafezul Helmi Hamzah berkata, maklumat kejadian itu diterima pihaknya pada 5.39 petang semalam, menerusi laporan polis yang dibuat oleh pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kampung Gajah.

ADVERTISING



Katanya, pengadu memberitahu, kehadiran empat beradik itu disedari pengawal keselamatan setelah mereka ditinggalkan seorang wanita yang memandu kereta jenis Toyota di hadapan pondok pengawal.
“Hasil pertanyaan terhadap kanak-kanak berusia 11 tahun itu, dia menyatakan bahawa mereka dihalau dari rumah oleh nenek sebelum dihantar ke kompleks berkenaan dengan menaiki kereta oleh wanita tidak dikenali,” katanya di sini hari ini.
Menurut beliau, pengadu kemudiannya menghantar empat beradik itu ke sebuah rumah perlindungan kanak-kanak di Gopeng untuk tindakan lanjut.
Katanya, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengesan ibu bapa atau waris kanak-kanak berkenaan.
Dalam pada itu, Pengarah JKM Perak, Nor Tipah Majin memberitahu, siasatan kes berkenaan sedang dijalankan pihak polis dengan kesemua kanak-kanak itu kini berada di hospital bagi tujuan pemeriksaan kesihatan. – KOSMO! ONLINE



Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 10:44 PM GMT+8 , Processed in 0.058534 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list