CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2327|Reply: 1

[Perlis] Kontraktor putih mata lebih RM400,000 lesap

[Copy link]
Post time 24-11-2023 02:39 PM | Show all posts |Read mode
Kontraktor putih mata lebih RM400,000 lesap


Aizat Sharif
am@hmetro.com.my



GAMBAR hiasan




Kangar: Gara-gara mahukan keuntungan segera, seorang kontraktor wanita berputih mata selepas kerugian RM416,772 akibat ditipu satu sindiket sejak Mei lalu.

Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa yang berusia 48 tahun semalam berhubung kejadian itu di mana mangsa terpedaya selepas menekan satu pautan yang diberikan.

"Mangsa yang menyangka pelaburan itu adalah tulen kemudiannya berinteraksi melalui aplikasi itu dan tertarik dengan pelaburan yang ditawarkan iaitu sebanyak RM300 dan akan mendapat pulangan sebanyak RM88,000 di dalam masa sehari," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, tanpa berfikir panjang, mangsa kemudian memasukkan wang sebanyak 80 transaksi dari 17 Mei sehingga 16 Ogos lalu.

"Semua wang itu dimasukkan ke dalam 32 akaun bank yang berlainan.

"Mangsa kemudian menyedari bahawa dirinya sudah diperdaya sindiket apabila tidak menerima sebarang pulangan pun sepanjang pelaburan dilakukan dan mangsa kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Kangar," katanya.

Yusharifuddin berkata, pihaknya sudah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

"Sehubungan itu, kita sudah berkali-kali menasihatkan orang ramai agar jangan mudah percaya dengan sebarang tawaran pelaburan tanpa membuat semakan dan penelitian terlebih dulu.

"Berhati-hati apabila melihat tawaran pelaburan yang menjamin pulangan yang tinggi dan orang ramai boleh membuat rujukan dan semakan berkaitan jenayah komersil menggunakan perkhidmatan yang disediakan melalui National Scam Response Center (NSRC) di talian 997.

"Malah, orang ramai juga boleh terus menghubungi hotline Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perlis di talian 04-9872222 dan talian IPD Kangar di nombor 04-9082222 untuk sebarang pertanyaan lanjut," katanya.



Disiarkan pada: November 24, 2023 @ 2:24pm








Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2023 03:12 PM | Show all posts
ni BODOH PIANG nama nya
tetapi orang tamak memang selalu gini
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 09:51 PM GMT+8 , Processed in 0.072661 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list