CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 798|Reply: 0

Kejayaan Qabil baru permulaan

[Copy link]
Post time 25-11-2023 12:18 PM | Show all posts |Read mode

QABIL Irfan Azlan bersama trofi topi keledar juara dunia selepas menjuarai perlumbaan kelas 160cc di Valencia kelmarin. – ZK RACING




PETALING JAYA: Kejayaan Qabil Irfan Azlan merangkul gelaran dunia Perlumbaan Motosikal Siri Dunia FIM MiniGP bagi kelas 160cc di Valencia, kelmarin, bukan yang terakhir buat Malaysia.

Pengurus pasukan ZK Racing, Zulfahmi Khairuddin berkata, pencapaian pelumba berusia 11 tahun itu adalah pertama buat negara dalam kelas dunia dan akan diteruskan masa hadapan.

“Alhamdulillah kita ada juara dunia dan harap ini bukan yang terakhir, sudah semestinya ia pen­capaian yang menakjubkan.

“Ini kali pertama Malaysia menjadi juara dunia dalam perlumbaan motosikal, jadi, saya sangat gembira dapat bersama Qabil dan menjadi sebahagian daripada kejayaan pelumba itu,” katanya dalam satu kiriman vi­deo dari Valencia, semalam.

Kelmarin, Qabil dinobatkan selaku juara dunia selepas me­nyapu bersih kesemua tiga Perlumbaan 1, 2 dan Super Final bagi kelas 160cc dan dia memperbaiki pencapaian kedudukan keempat tahun lalu.

Zulfahmi yang juga bekas pelumba Moto2 serta Moto3 dan anak Malaysia pertama mencatat keputusan podium pada Kejuaraan Motosikal Dunia mengakui telah menyusun pe­rancangan untuk Qabil.

“Saya bersyukur diberi peluang bersama Qabil untuk mencapai cita-citanya menjadi pelumba MotoGP.

“Sudah semestinya saya sudah punya perancangan untuk Qabil pada musim depan dan saya harus berbincang dengan banyak pihak,” ujarnya.

Menurut Zulfahmi, kejayaan Qabil diharap dapat meletakkan sukan pemotoran Malaysia ke satu tahap yang lebih baik.

Katanya, negara perlu melahirkan lebih ramai pelumba berbakat seperti Qabil dan sudah tentu sokongan berterusan daripada penaja seperti Litar Antarabangsa Sepang (SIC) serta Persatuan Sukan Pemotoran Malaysia (MAM) amat ditagih.

“Saya harap kita banyakkan lagi pelumba yang berbakat dan sudah semestinya saya harapkan sokongan daripada semua penaja, SIC, MAM supaya terus menyokong sukan pemotoran sebagai sukan yang penting di Malaysia,” tegasnya. – UTUSAN
https://www.utusan.com.my/nasion ... bil-baru-permulaan/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 12:10 AM GMT+8 , Processed in 0.167220 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list