Seorang pelakon Indonesia iaitu Nanie Darham yang pernah membintangi filem Air Terjun Pengantin dilaporkan telah meninggal dunia pada 21 Oktober lalu.
Tak dinafikan, berita pemergian aktres yang cukup berbakat ini mengejutkan para peminat malah ramai tertanya-tanya apakah punca kematian Nanie. Selepas proses bedah siasat dijalankan, pihak berkuasa mengesahkan Allahyarhamah meninggal dunia adalah disebabkan kecuaian doktor ketika melakukan prosedur sedut lemak.
Difahamkan, mangsa berada dalam keadaan sihat sebelum menjalani prosedur tersebut namun keadaan mangsa tidak stabil selepas lima minit operasi sedut lemak dijalankan. Susulan daripada itu, Allahyarhamah telah dikejarkan ke hospital kerana mengalami komplikasi.
Bukan itu sahaja, telinga dan mulut Allahyarhamah turut mengeluarkan darah selain terdapat beberapa kesan luka pada tubuh badannya. Keadaan Allahyarhamah semakin membimbangkan sebelum pihak hospital mengesahkan Nanie meninggal dunia.
Menurut sumber, sebelum ini, Allahyarhamah pernah diberi jaminan bahawa prosedur tersebut selamat dilakukan meskipun dia baru melahirkan bayi dua bulan lalu. Berikutan apa yang berlaku, pihak keluarga menegaskan akan mengambil tindakan undang-undang atas kecuaian yang berlaku.
Sumber: Oh Bulan |