CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2634|Reply: 1

[Kedah] Lelaki Nepal kelaparan larikan budak 3 tahun, acu pisau

  [Copy link]
Post time 26-11-2023 03:38 PM | Show all posts |Read mode

Kanak-kanak perempuan tiga tahun yang cuba dilarikan lelaki Nepal dalam kejadian di Pekan Jeniang, Gurun pada pagi tadi.

GURUN – Seorang bapa cemas apabila seorang lelaki warga Nepal bertindak melarikan anak perempuannya berusia tiga tahun sebelum mengacukan pisau pada leher kanak-kanak terbabit dalam kejadian di hadapan sebuah kedai makan di Pekan Jeniang di sini hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 7.10 pagi itu berlaku ketika bapa mangsa berusia 31 tahun mahu membayar dan mengambil tempahan roti canai di kedai tersebut sementara anaknya ditinggalkan di atas motosikal dengan kaki di dalam raga kira-kira enam meter dari kedai berkenaan.

Insiden berlaku apabila suspek berusia 26 tahun bertindak meluru ke arah mangsa yang ditinggalkan bersendirian dan mendukungnya sebelum mengundur beberapa langkah sambil mengacukan pisau pada leher mangsa.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan memberitahu, menurut saksi, suspek dilihat bercakap dalam bahasa tidak difahami iaitu bahasa Nepal.



“Suspek didapati seperti mahu meminta wang untuk makan kepada bapa mangsa yang berada di hadapan suspek ketika itu. Bapa mangsa yang panik cuba menenangkan anaknya itu serta memujuk supaya suspek menyerahkan semula mangsa selama kira-kira dua hingga tiga minit.

“Dalam usaha mencari peluang ketika suspek leka, orang awam yang turut menyaksikan kejadian telah berjaya menarik tangan suspek dari arah belakang dan terus menangkapnya dengan bantuan orang awam lain dan bapa mangsa sendiri. Mangsa kemudiannya berjaya diselamatkan,” katanya di sini hari ini.

Kata beliau, hasil semakan yang dibuat, satu laporan dibuat oleh majikan suspek pada 8 November lalu menyatakan suspek telah melarikan diri daripadanya.

“Siasatan awal yang dijalankan, suspek masuk ke Malaysia untuk bekerja di sebuah kilang di Sungai Lalang sejak sebulan lalu dan akibat tekanan kerja yang dihadapi, suspek telah melarikan diri daripada majikannya.

“Soal siasat awal, motif suspek bertindak demikian kerana terlalu tertekan dengan hidupnya dan berada dalam keadaan kelaparan kerana sudah beberapa hari tidak makan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/11 ... -3-tahun-acu-pisau/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-11-2023 05:30 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 11:14 AM GMT+8 , Processed in 0.189578 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list