View: 18443|Reply: 138
|
BCL nikah 2 Disember di Bali?
[Copy link]
|
|
BCL dikhabarkan bakal bernikah di sebuah hotel di Bali pada 2 Disember depan.
NAMA penyanyi dan pelakon Bunga Citra Lestari atau BCL menjadi bualan hangat apabila tular dakwaan dia bakal menamatkan zaman janda dengan ahli perniagaan dikenali sebagai Tiko Pradipta Aryawardhana pada 2 Disember depan.
Memetik laporan media Indonesia, majlis pernikahan BCL dan Tiko akan berlangsung di sebuah hotel di Bali.
Perkara tersebut turut disahkan oleh seorang kakitangan Kantor Urusan Agama (KUA) Pasar Minggu, Jakarta Selatan dikenali sebagai Emma Fatmayani yang berkongsi jangkaan lokasi pernikahan BCL adalah di KUA Mengwi, Bali.
“Kedua-dua pihak sudah menghantar borang dan salinan dokumen yang diperlukan termasuk sijil kematian suami BCL iaitu Allahyarham Ashraf Sinclair.
“Pihak Tiko juga sudah menyerahkan salinan dokumen pengesahan perceraiannya sebelum ini,” ujarnya.
Perkongsian tersebut sekaligus mendedahkan Tiko berstatus duda.
“Berdasarkan dokumen yang dihantar, Tiko adalah seorang duda yang bercerai hidup sebelum ini,” katanya lagi.
Sebelum ini, gosip percintaan BCL dan Tiko tercetus selepas aktres itu memuat naik video sambutan ulang tahun ke-40 pada Mac lalu .
Kelibat dan aksi mesra dalam video tersebut membuatkan ramai yang membuat spekulasi bahawa wujud hubungan istimewa antara mereka.
Selain itu, Tiko juga dilihat kerap hadir ke majlis keluarga BCL termasuk sambutan hari raya Aidilfitri tahun ini.
Terdahulu, BCL melalui kehidupan sebagai ibu tunggal selepas kematian Ashraf Sinclair akibat serangan jantung pada 18 Februari 2020.
Hasil perkahwinan dengan Ashraf mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Noah Aidan Sinclair.
Sejak hidup solo, BCL kerap terpalit dengan gosip cinta bersama beberapa selebriti lelaki Indonesia seperti Ariel Noah dan Reza Rahadian. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/11/26/bcl-nikah-2-disember-di-bali/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
slot kubur sebelah asyraff dah jual blik ke |
|
|
|
|
|
|
|
Bunga Citra Lestari dilapor bakal nikah 2 Disember ini di Bali
BCL dikatakan akan menikah dengan lelaki yang pernah dikaitkan sebagai kekasihnya, Tiko Pradipta Artawardhana. -Astro Gempak
PENYANYI popular Indonesia, Bunga Citra Lestari atau BLC, dikhabarkan bakal mengahwini seorang ahli perniagaan dikenali sebagai Tiko Pradipta Aryawardhana pada 2 Disember ini.
Portal media Indonesia menyebut majlis pernikahan pasangan itu akan dilangsungkan di sebuah hotel di Bali.
Khabar itu mula menjadi buah mulut selepas salah seorang kakitangan Pejabat Urusan Agama Pasar Minggu Jakarta Selatan, Emma Fatmayani memaklumkan kedua-duanya sudah pun melengkapkan urusan dokumentasi bagi tujuan perkahwinan itu.
“Permohonan nikah sudah dihantar, tetapi soal tarikh, kami tidak tahu,” katanya seperti dipetik media Indonesia.
Awal tahun ini, industri hiburan kecoh memperkatakan hubungan cinta baharu BCL dengan Tiko selepas bapa tunggal kepada tiga orang anak itu muncul di majlis ulang tahun kelahiran ke-40 BCL.
Bahkan, Tiko juga dikhabarkan sering menemani BCL ke pelbagai acara lain.
Setakat ini, BCL belum membuat sebarang pengesahan tentang berita itu.
Kehidupan peribadi BCL mendapat perhatian meluas media tempatan selepas dia kehilangan suaminya, Allahyarham Ashraf Sinclair yang juga seorang artis popular dari Malaysia pada 18 Februari 2020.
Ashraf menghembuskan nafas terakhir pada usia 41 tahun akibat serangan jantung.
BCL dan Ashraf mendirikan rumah tangga pada 8 November 2008 di Jakarta dan dikurniakan seorang cahaya mata, Noah. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Isu semasakah?
Tempah xtra kubur?
|
|
|
|
|
|
|
|
Pergh.....
Hari tu menangis2 mcm nk ikut sekali masuk kubur....
Betul je tekaan aku, tak lama lg kawin le tu....
Sama mcm mak nora ....hari² meratib, tup tup, laki org pun jadi |
|
|
|
|
|
|
|
Sbb tu Islam ajar jgn nangis lebih2 bila laki mati. |
|
|
|
|
|
|
|
memang selalunya mcm tu kan? dah brp kali tengok cth org sekeliling... tak kesah la laki ke pompuan ke. hari2 nangis mcm nak ikut mati sama, mcm nak tinggal kat kubur terus la. tak sampai setahun kawen baru.
apepun, tahniah BCL. harap kali nih takda sedih2 lagi. life must go on.
|
|
|
|
|
|
|
|
Muda lg, cantik plak tu
So let her be |
|
|
|
|
|
|
|
Si suib berapa bulan je dah start mssg pompuanTapi ikutkan ye lah life must goes on takkan nak bersedih lama2, cuma sesetengah tu kita terperanjat sbb cepat sgtt Tp aku pun ada ckp kat tok lani klu aku mampos jgn bersendirian lama2 bukak hati utk pompuan lain, atleast ada peneman suka duka hidup tua sama2. Cuma aku pesan jgn kawin je, bersekedudukan sudah lol utk protect harta peninggalan semua jatuh pada anak, itu je aku mintak lol kohkohkohh
|
|
|
|
|
|
|
|
Dia nikoh ke tidak esok tetap hari isnin yg perlu dijalani dengan rasa lemau
|
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah.. tahniah BCL. Biarlah dia cari kebahagiaan dia. Mmg la dia sedih dulu, husband dia soulmate dia pergi tiba2, keluar toilet dah gone arwah Asyraff tu. Dia bukan sakit terbaring berbulan2, ofc BCL kekejutan and kalau boleh nak ikut sekali masuk dlm kubur tu. That's normal human being feeling. And life goes on. Berkenalan berkawan n jatuh cinta.. itu proses biasa utk org yg masih hidup. Dulu time budak2 i pun selalu judge org yg remarried coz i kuat cemburu. Terbayang pula what if bapa i remarried bila my mom dah xda eee geramnya rasa kalau bayangkan. Tp bila dah dewasa ni i fikir, org yg dah pergi tu dia takda rasa cemburu dah.. dunianyg berbeza, dia kat sana dah struggle minta2 ada amalan jariah dia utk selamatkan hidupnya kat alam barzakh, dah x peduli cinta cintun ni semua. So yeah yg masih hidup ni, teruskan lah hidup, cari pasangan utk kita sayang dan menyanyangi... ada teman mcm org lain.. Asalkan jgn terburu2 nak settle down, ok lah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ingat ke dia tangkap cinta sama noah |
|
|
|
|
|
|
|
Terkejut kumbre ingat LCB tadi |
|
|
|
|
|
|
|
Jd nanti komfem ke tak tanam sbelah tu Buat tiga skali unge, srap, and tiko |
|
|
|
|
|
|
|
Cepat gila ganti arwah selepas drama cam itu cinta satu satunya |
|
|
|
|
|
|
|
dani-rox replied at 26-11-2023 07:08 PM
memang selalunya mcm tu kan? dah brp kali tengok cth org sekeliling... tak kesah la laki ke pompua ...
Tu kubur yg dibeli sebelah Asraf tu mcmana ek?....
Tak jeles ke laki dia nati, knp nk kena tanam sebelah laki pertama .... |
|
|
|
|
|
|
|
entah ler... nanti mcm pusara Saloma lah kot, tgh2 antara kubur AR Tompel dan P Ramlee.
|
|
|
|
|
|
|
|
Ashraff meninggal 2020. 3 tahun jadi balu.. ok la tu utk seorang pompuan muda dan cantik. Anak pun dah besar.. |
|
|
|
|
|
|
|
Takda la cepat sangat. 2 tahun tu tu. |
|
|
|
|
|
|
| |
|