CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 752|Reply: 0

[Johor] Johor serah cadangan pembinaan LRT kepada Kerajaan Persekutuan

[Copy link]
Post time 27-11-2023 09:50 AM | Show all posts |Read mode


Iskandar Puteri: Kerajaan Johor akan menyerahkan kertas cadangan pembinaan transit aliran ringan (LRT) di bandaraya Johor Bahru kepada Kerajaan Persekutuan, dalam masa terdekat.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Johor, Mohamad Fazli Mohamad Salleh, berkata kajian pelaksanaan pembinaan LRT di Johor Bahru juga sedang dilaksanakan beberapa agensi termasuk Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) dan Perbadanan Pengangkutan Awam Johor (PAJ) ketika ini.

Katanya, beliau juga akan mempengerusikan Mesyuarat Khas LRT Johor itu pada Khamis ini.

"Kerajaan Johor risau dengan kesesakan di bandaraya Johor Bahru (JB) yang semakin kritikal apatah lagi Projek Sistem Transit Rapid (RTS) antara JB-Singapura dijadualkan mula beroperasi pada 2027, dijangka akan menyebabkan trafik di pusat bandaraya semakin sesak.

"LRT adalah kaedah pengangkutan sesuai sebagai langkah penyuraian trafik selain mengkoordinasi sistem pengangkutan di pusat bandaraya JB apabila RTS dan Projek Landasan Berkembar Sistem Tren Elektrik Gemas-Johor Bahru beroperasi masing-masing pada 2027 dan 2025.

"Mengikut kajian awal yang dibuat, Johor Bahru memerlukan tiga jajaran LRT membabitkan laluan Skudai, Tebrau dan Iskandar Puteri membabitkan laluan sejauh kira-kira 30 kilometer.

"Sebenarnya kajian sudah pun siap dan saya akan meneliti cadangan terbaik dan paling sesuai yang dihasilkan agensi negeri sebelum kita serahkan kepada Kerajaan Persekutuan sebagai penilaian," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Bangunan Sultan Ismail, hari ini.

Khamis lalu, Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi ketika membentangkan Belanjawan Johor 2024 dilaporkan mahu Kerajaan Pusat menyegerakan Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura dan transit aliran ringan (LRT) di bandaraya Johor Bahru berikutan kesesakan kritikal di pusat bandaraya berkenaan.

Dalam pada itu, Mohamad Fazli yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Pasir berkata, cadangan pelaksanaan LRT di Johor Bahru sudah beberapa kali diutarakan Kerajaan Johor malah pernah mendapat makluman daripada Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook.

Katanya, penubuhan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (SEZ) dan zon kewangan khas (SFZ) Forest City turut memerlukan kepada sistem pengangkutan lebih bersepadu bagi menjayakan jaringan pengangkutan zon berkenaan dengan lebih berkesan.

"LRT JB adalah antara sistem paling berkesan bagi mengatasi kesesakan kritikal di bandar raya ini dengan kerajaan negeri menerima banyak pandangan dan cadangan pakar pengangkutan supaya mewujudkan sistem perkhidmatan itu, apatah lagi ia memang sesuai dibangunkan di kawasan bandar.

"Jadi kita mengharapkan kertas cadangan yang akan diserahkan kepada Kerajaan Persekutuan berkenaan LRT Johor Bahru itu akan menjadi katalis kepada pembinaan pengangkutan berkenaan di pusat bandaraya," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 04:26 AM GMT+8 , Processed in 0.051517 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list