CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1013|Reply: 0

[Johor] Johor bakal bangunkan kawasan sawah padi 700 hektar

[Copy link]
Post time 27-11-2023 03:14 PM | Show all posts |Read mode

ZAHARI Sarip ketika sesi soal jawab lisan pada Persidangan Kedua DUN Johor ke-15, hari ini. FOTO ihsan MEDKOM

Iskandar Puteri: Johor bercadang membangunkan kawasan penanaman padi seluas 700 hektar di Tangkak dan Kahang, Kluang, bermula tahun hadapan.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Johor, Datuk Zahari Sarip, berkata, langkah pelaksanaan Projek Pembangunan Kawasan

Baharu Tanaman Padi itu bagi meningkatkan hasil padi beras negara selain memastikan bekalan bahan mentah itu mencukupi.


Bagaimanapun katanya, pembangunan kawasan baharu sawah padi itu memerlukan kos yang sangat tinggi dengan anggaran RM74 juta bagi keluasan 700 hektar).

"Dua pelabur industri padi dan beras dari China berminat membangunkan kawasan baharu penanaman padi di Johor dan sudah pun meninjau tapak penanaman berkenaan, dua bulan lalu.



"Johor menantikan keputusan akhir dua pelabur China berkenaan bagi memulakan pembangunan kawasan penanaman sawah padi ini tahun depan, namun setakat ini maklum balasnya sangat positif.

"Kerajaan Johor amat mengalu-alukan pembabitan pelabur serta syarikat swasta lain yang berminat membangunkan kawasan baharu penanaman padi ini.

"Ia berikutan tapak tanahnya sudah disahkan Jabatan Pertanian Johor sebagai sesuai bagi penanaman makanan ruji berkenaan," katanya pada sidang media di Bangunan Sultan Ismail, hari ini.

Pada 29 September lalu, Johor dilaporkan sedia menawarkan tanah untuk diusahakan dengan kawasan penanaman padi, sekali gus membantu kerajaan dalam menangani isu kekurangan beras putih tempatan (BPT) yang ketika ini menjejaskan rakyat.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi dilaporkan berkata, ia antara beberapa cadangan dikemukakan pihaknya untuk dipertimbangkan Kerajaan Pusat, termasuk mewujudkan subsidi beras import sehingga isu bekalan BPT mencukupi serta mengimport beras dari negara lain seperti Indonesia yang menawarkan harga lebih murah.

Mengulas lanjut, Zahari yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Buloh Kasap berkata, projek penanaman padi baharu di Johor itu akan membabitkan dua spesifikasi kerja iaitu kerja penyediaan kawasan dan pembangunan sistem pengairan utama.

Katanya, kerja penyediaan kawasan dijangka membabitkan kos pembangunan sebanyak RM44,000 setiap hektar.

"Manakala kerja pembangunan sistem pengairan utama pula dijangkakan membabitkan kos pembangunan sebanyak RM60,000 setiap hektar.
"Jabatan Pertanian mengesyorkan pengurusan sawah di situ dibuat
secara bersepadu seperti Program SMART Sawah Berskala Besar di Sekinchan, Selangor, sekali gus mampu menarik penyertaan lebih ramai syarikay swasta sebagai rakan kongsi Kerajaan Johor," katanya.

Dalam pada itu, Johor turut mencadangkan penunuhan Kawasan Pertanian Bersepadu (AIDA) Wilayah Selatan membabitkan penggabungan pengurusan sawah antara Johor, Melaka dan Negeri Sembilan.

"Pelaksanaan ini akan memberi manfaat dari segi mengoptimumkan penggunaan sumber bagi meningkatkan pengeluaran industri padiberas negara selain transformasiagromakanan wilayah Selatan secara terancang," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 01:51 AM GMT+8 , Processed in 0.050916 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list