CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 838|Reply: 0

[Pulau Pinang] Pulau Pinang cari penyelesaian atasi kesesakan teruk

[Copy link]
Post time 27-11-2023 05:27 PM | Show all posts |Read mode

Gambar hiasan - Foto 123RF



GEORGE TOWN - Kerajaan negeri sentiasa berusaha dalam mencari penyelesaian bagi mengatasi masalah kesesakan jalan raya yang teruk di seluruh negeri ini khususnya dari Butterworth dan Seberang Jaya menghala ke kawasan pulau seperti Bayan Lepas dan George Town.

Exco Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital, Zairil Khir Johari berkata, sehubungan itu, kerajaan negeri telah mengambil beberapa langkah dan usaha jangka masa pendek untuk menangani masalah tersebut.



Menurutnya, antara langkah yang diambil adalah menggalakkan penggunaan pengangkutan awam.

"Ketika ini, Rapid Penang mempunyai 237 buah bas yang beroperasi di Pulau Pinang.

"Bilangan bas akan ditambah secara berperingkat mengikut keperluan bagi penyediaan perkhidmatan yang lebih efisien dan berkualiti serta merangkumi laluan-laluan sosial.

"Di samping itu, kerajaan negeri telah membiayai sepenuhnya Pas Mutiara My50 bagi penggunaan perjalanan tanpa secara percuma bagi semua pengguna harian.

"Selain itu, kita menyediakan perkhidmatan bas percuma Central Area Transit (CAT) dalam kawasan pusat bandar George Town bagi mewujudkan sistem pengangkutan yang efisien dan menggalakkan penggunaan pengangkutan awam secara berterusan," katanya pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang pada Isnin.

Zairil (DAP-Tanjung Bungah) berkata demikian ketika menjawab soalan lisan K Kumaran (DAP-Bagan Dalam) berhubung usaha jangka masa pendek yang akan diambil untuk mengatasi isu kesesakan jalan raya yang teruk di seluruh Pulau Pinang.



Tambah beliau, kerajaan negeri juga menyediakan perkhidmatan bas percuma Congestion Alleviation Transport (CAT) Bridge di beberapa laluan antaranya Bayan Baru ke Seberang Jaya dan Bukit Mertajam-Komtar.

"Kita juga menyediakan perkhidmatan Bas Bridge Express Shuttle Transit (BEST) Komtar bagi kakitangan yang bekerja di Komtar yang sangat membantu dalam menyelesaikan masalah kesesakan dari Butterworth dan Seberang Jaya menghala ke pulau di laluan di laluan yang ditetapkan.

"Selain itu, kita turut melaksanakan beberapa tindakan untuk mengurangkan kesesakan yang dihadapi oleh pengguna khususnya antara laluan lebuh raya Juru-Sungai Dua iaitu mengkonfigurasi semula garisan jalan di lokasi tertentu di antara Juru-Sungai Dua untuk menambah jumlah lorong daripada tiga kepada empat lorong sehala bagi menambah kapasiti lebuh raya," katanya.



Tambah Zairil, langkah seterusnya adalah meningkatkan tindakan penguatkuasaan dan bekerjasama dengan pihak polis untuk mengawal lalu lintas di Jambatan Pulau Pinang serta persimpangan-persimpangan jalan yang mengalami kesesakan terutamanya pada waktu puncak.

"Kerajaan negeri juga menyediakan perkhidmatan feri bot laju untuk penumpang dan penunggang motosikal dari George Town ke Penang Sentral," katanya.

https://www.sinarharian.com.my/a ... asi-kesesakan-teruk

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 10:25 PM GMT+8 , Processed in 0.056160 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list