CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 147445|Reply: 235

Hutang RM 4K tapi sampai nak sita rumah,freeze account dan gantung kerja

[Copy link]
Post time 20-2-2011 07:32 PM | Show all posts |Read mode
Salam
Minggu ni adalah minggu paling teruk dlm hidup saya. So saya nak mintak tolong dan pendapat drpd forumers yg arif tentang hal macam ni.

Saya ada buat PL dgn satu bank ni sebanyak RM 5K pada bulan hujung bulan 12/2009 dgn bulanan RM 150 selama 5 tahun. Selepas tuh saya mula membayar monthly seperti diarahkan. Masalah bermula bila kami satu keluarga mengalami masalah kewangan yg sgt serius sampai missed payment utk beberapa bulan. Dan pd 27/1/2011, officer bank ada dtg office tuntut oustanding sebanyak RM 1070 sebelum 31/1/2011 tapi saya mmg tak mampu nak bayar. Saya pun tak pasti kenapa jadi sampai RM 1070, sedangkan sy hanya missed payment utk beberapa bulan. Mungkin interest mencanak-canak. Saya ignore je sbb mmg takdak duit nak byr outstanding.

Dan pada hari khamis 17.2.2011, seorang lelaki called saya, rasanya debt collector mintak sy byr full amount sebanyak RM 7250 sebelum pukul 3 petang. Kalau tak, barang rumah akan disita, akaun semua bank akan dibekukan dan saya akan digantungkan tugas dan mereka akan hantar notis gantung tugas 24 jam kepada majikan saya. Saya mmg menggigil dgr pasal tuh dan terus balik rumah and  blk kampung utk berbincang dgn mak ayah. Saya amik cuti 2 hari tuk menguruskan semua. All the way ke kampung, lelaki tuh asyik call dan cakap nada kasar..Asyik perli saya mcm ni, "Alaaa..puan....tak boleh lari mana, esok puan tak boleh kerja lagi, akaun dibekukan, barang2 kena sita dan peguam akan jumpa majikan puan..Puan tak boleh buat apa2 dah,,nak lari mana puan.."..Tu belum lagi message yg dia hantar ugut macam2..Sampai call, bgtau lawyer on the way ke office dan rumah sekarang..

Then, saya dapat bayar RM 3K pada petang tuh..Lepas tu, dia call lagi kalau tak bayar balance RM 4250 sebelum pukul 12 mlm, esok saya tak boleh kerja lagi..Lawyer akan jumpa majikan dan sita barang2 rumah serta bekukan akaun. Dia kata saya kena juga settle sebelum kul 12 mlm sebab petang tuh saya tak reply message bagi no.rujukan IBG transfer kat dia. Mana nak sempat reply, kalau saya setengah mati nak cari 3K dan berkejar ke bank sebelum bank tutup.

Esoknya saya pegi office jumpa pegawai saya, cerita semuanya...dan pegawai sy pun terkejut ni dgn tindakan bank tuh. So dia suruh saya pegi bank HQ bincang pasal tuh. So tergesa2 pegi HQ kat KL dan bincang dgn officer. Nak tau apa jawapannya, "u kena deal dgn agensi tersebut sbb kita dah serahkan kes pd agensi..dan boleh gelak2 lagi bila sy cerita situasi sy kena ugut mcm2 dan dpt sms mcm2..

Rupa2 nya dlm kul 5 dia ada call PA kpd dato'pengarah pasal kes sy ni dan ugut yg lawyer akan dtg jumpa dato hari isnin, 21/2/2011 utk amik tindakan. Gila. Sekarang sy kat kampung nak cari duit RM 4K lagi utk settle sebelum dia datang office. Mana nak cekau lagi.

Saya tension dan tak tau nak buat apa selain fikir nak settle je. Kalau ada duit byk, mmg sy akan settle. Kerja pun tak selesa. Now cuti dah 3 hari. Esok pun tak kerja sbb migrain datang dok pikir pasal ni. Last edited by tapibukanaku on 11-3-2013 12:51 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-2-2011 07:44 PM | Show all posts
Bank mana ni??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-2-2011 08:05 PM | Show all posts
Post Last Edit by tapibukanaku at 23-3-2011 08:47
Bank mana ni??
medangmru Post at 20-2-2011 19:44


adui..hidup tak tenteram langsung..mmg ler salah sy tak byr hutang, tapi bagi lah chance nak nego sikit..sy pun naik takut nak jwb call orang tuh sbb dia kasar sgt...
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2011 08:11 PM | Show all posts
da mcm along dah ni.....gila la...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-2-2011 08:24 PM | Show all posts
tau tak pe..

sy simpan lagi semua sms yg dia hantar...mmg menggigil baca..dah tuh masa sy jumpa officer kat HQ, dia sendiri tak update payment 3K yg sy buat on 17th, bila saya bagi copy IBG form, baru dia nak fotostat..siap cakap gini, " 3K ni, akaun u dah up-to-date"..So, sy jawab, "kalau dah up-to-date tak boleh ke u ambil balik case i ni from agency", ..Officer kata, semua ni dah diserahkan pada agency, dan bank tak boleh kacau kerja agency..sbb bank dah sign kontrak dgn agency..agency boleh sita,freeze dan antung tugas pemiutang...biar betul ada agreement mcm tuh??

Yg sy pelik, sy sorang je ke org yg berhutang kat bank tuh sampaikan kena ugut mcm2??? Dah tuh suruh sy stay kat rumah, sbb lawyer nak datang sita barang2 rumah dan sy kena ada on that time utk sign all the documents mahkamah...Adui..Notis apa pun sy tak dapat..Setahu saya, kena naik court dulu apa2 hal pun....ke saya salah?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-2-2011 08:27 PM | Show all posts
Sy mmg malu sgt ni sbb dia call saya bgtau lawyer dah email notis gantung tugas 24 jam kepada Dato' Pengarah...so esok lawyer nak datang office jumpa pengarah..boleh ke senang2 nak gantung tugas saya? faham2 lah dlm government ni, sikit silap semua orang tau...malang btul lah...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-2-2011 08:29 PM | Show all posts
Oooo....UOB.....ini merupakan cara akhir Bank tuk dapatkan dui yg tertunggak....guna 3rd party....mmg cara ni biasanya berkesan....bahasa yg digunakan mmg dasat.....ayat2 psiko yg menggerunkan...
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2011 08:40 PM | Show all posts
Oooo....UOB.....ini merupakan cara akhir Bank tuk dapatkan dui yg tertunggak....guna 3rd party....mm ...
medangmru Post at 20-2-2011 20:29



    salam..oo..memang tu cara terakhir ye bro..?

tapi kenap ye sampai sita2?ke dah ada dalam surat perjanjian syarat2 macam ni?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-2-2011 08:45 PM | Show all posts
Post Last Edit by tapibukanaku at 20-2-2011 20:51
Oooo....UOB.....ini merupakan cara akhir Bank tuk dapatkan dui yg tertunggak....guna 3rd party....mm ...
medangmru Post at 20-2-2011 20:29


mmg berkesan sikit sbb sy dah byr 3K..tapi itu lah selagi tak settle 4250, esok dia dtg office jumpa pengarah..sy mmg takdak kat office esok sbb nak pegi mencari 4250 dan seterusnya cuba utk settle by tomorrow..

tp sy pelik kenapa sy tak boleh nak nego byr ansuran utk balance 4250 tuh sedangkan akaun dah up to date? bank cakap kena deal dgn agency...bank tak masuk campur dah..yg pasti officer tu kata, tak boleh ansur2 mcm 100,200..mmg kena lump sum..apa2 pun semua deal dgn agency..mcm harem je...

sy takut nak cakap dgn org tuh..dah ler kasar, psiko teramat sampai boleh jd gila sy..mati lah sy kena gantung tugas dgn hutang 4K ni..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-2-2011 08:49 PM | Show all posts
rasa tersepit sgt..baru je setahun tempoh masa, dah kena kejar dgn debt collector..sy sendiri pun tak pasti berapa byk dah duit sy habis dok byr hutang ni...sy byr ikut cakap debt collector..siap sound sy mcm ni, ini dah kira ok dah ni..saya tolak 3K, kalau tak berganda2 u kena bayar...sy tak faham betul..
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2011 09:09 PM | Show all posts
saye bersimpati ngan TT...
tapi tak tahu jalan penyelesaian nya jugak...

saye pernah tengok drama kat sini, kes cam gini lah lebih kurang...
depa guna lawyer untuk tolong...
lawyer akan tolong negotiate...
tapi tak taulah cara tu berkesan ke tak...
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2011 09:13 PM | Show all posts
selalunya depa baca balik surat perjanjian tu...
daripada situ kalu ade kesalahan dari segi undang2 atau unsur2 penipuan,
dengan secara automatik nya perjanjian itu terbatal...

tapi tak tau la...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-2-2011 09:15 PM | Show all posts
saye bersimpati ngan TT...
tapi tak tahu jalan penyelesaian nya jugak...

saye pernah tengok dram ...
marumaru Post at 20-2-2011 21:09


thanks. sy kalau boleh tak nak guna lawyer, sbb memerlukan duit jugak. so nak tak nak kena gak cari balance 4250. cuma skrg sy mmg tak tenteram. dikejar debt collector. now staf kat office dah tau including pengarah. esok dia nak dtg office.


tp betul ke ada law yg mengatakan diorang boleh dtg office jumpa pengarah dah bagi notis 24hrs gantung tugas? kalau gantung tugas, freeze akaun dan sita barang, mcm mana sy nak cari duit byr hutang tuh dan hutang yg lain mcm kete..adui..


dah tuh..diorang claim ada notis mahkamah. sesiapa yg arif, betul ke semua tuh? sedangkan sy tak pernah dipanggil ke mahkamah..dan sy pun dah bayar 3K on 17th..
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2011 10:48 AM | Show all posts
Post Last Edit by tampinus at 21-2-2011 10:54

tel AKPK... bgtau masalah kau ni.. diorang boleh tolong punya..
Ni no tel--1800882575

Pendapat aku .. abaikan je yg debt collector tu..
Sita barang.. nak xnak kena 3,4 bulan naik mahkamah.. mana boleh cekau camtu je..
masuk opis jumpa majikan? peguam banggang mana yg buat camtu..
Apa hak peguam sampai dtg opis? xpasal2 kena cepuk sebab campur masalah peribadi..
Tukang telepon tu jgn dilayan... jenis tukang telepon ni, belajar xhabis pastu kerja mengugut je.. pemahaman undang2 mmg zero..

Ni aku amik dari pglmn org lain.."dulu aku dah kene dah,,, loan 200k, lambat jugak la proses nak sita menyita ni.. first, kalau hang ada current act, bank akan close,credit card dan ape2 yg berkaitan ngan bank jd mslh nak aplly.. kecuali saving act je diaorang x usik.. perit jugak la aku lalui... sampai ke tahap 5 tahun... baru la diaorang keluar surat saman...huhu.. tp hang jangan la takut...buat **** dah la..hang cari la altenatif lain untuk buat duit.
tp nasihat aku kat hang... tolong jangan pinjam ngan along sudah... gelap masa depan."


nak lebih jelas.. baca dari sini..http://www.carigold.com/portal/forums/archive/index.php?t-96116.html

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2011 11:36 AM | Show all posts
Post Last Edit by oneders at 21-2-2011 11:37

ini tak bayar beberapa bulan atau berbulan bulan.. macam kritikal je situasi ko ni, boleh membawa kepada status bankrup.. bankrup sebab langsung tak mampu bayar hutang. ko tak boleh ambil ringan atau abaikan pembayaran balik loan ni, sebab ko dah ada perjanjian. sepatutnya, masa ko mula mula hadapi krisis dulu, ko jangan tak bayar langsung, buat je bayaran separuh sebab yang penting, ko ada buat pembayaran. sebab bila ada kes macam ni, sekurang-kurang ko boleh claim yang ko tak abaikan tanggungjawab, cuma buat payment kurang je.

skang ni, masalah ko memang rumit, cari aa orang yang betul-betul boleh bantu, jika ko dapat rm4k tu, sebelum buat payment, tanya, kalau bayar semua, tutup account atau tak!?

dan lagi satu, ko ada simpan yearly statement berkenaan loan ni? bank ada release untuk ko? kalau ada, tengok semula pada statement tu, ada tak tercatat pembayaran pada tahun bermula jan 2010...?? bukan apa, ko buat payment ibg rm3k pun tak masuk record, inikan pula monthly ibg rm150.

jangan main main, kapitalis ni bahaya...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-2-2011 11:21 PM | Show all posts
Post Last Edit by tapibukanaku at 22-2-2011 22:49

update...

tadi pegi bank utk settle 4K tuh...dari total 4250 on last friday naik jadi 4300..suka-suka cekik darah....semuanya rm7300...

pagi tadi pegi mintak full settlement dan penyata tahun 2010 dan sy janji petang nak bayar..so si debt collector tu dok call dan sms..malas nak jawab dan baca sms dia..dan sy tak sempat nak bayar petang td..terkejar sana-sini..last2 baru je dlm kul 9 lebih tadi pegi bayar kat CDM hq..esok nak print receipt dan fax kat officer..dan mintak surat yg menyatakan akaun suda closed..tp sy dah sound officer suruh dia call agency dan bagitau jgn kacau sy sbb sy dah settle hutang..finally settled gak RM7300 setelah mengharungi minggu yg veryyyyyyyyy hampeh dan teruksss..

then sy pun dah pegi AKPK thari tadi dan dgr taklimat. next week ada sesi kaunseling.
dan sy pun dah tau diorang guna agency mana...huhuhu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-2-2011 10:51 PM | Show all posts
hampeh dan kuang ajo punya debt collector..tak psl2 satu opis kecoh mcm pinjam dgn along..dah ler mulut tempayan kat opis ramai..
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2011 12:24 AM | Show all posts
DC tu wat ayat gempak je
mana bley sita umah gitu je
klu notis mahkamah dah kuar, mesti TT akan dapat
DC cong je lebih tu
mmg bank skg byk pas kat agensi DC utk jimat kos & elak staff depa stress
yg keje DC ni biasanya samseng dusun @ along xberlesen jek
tuh yg mulut cam lahabau

tapi byk btol eh kena byr..pinjam 5k, byr 7.3k dlm masa setahun? interest berapa ni?
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2011 02:16 PM | Show all posts
kekadang bila tanya DC nie dia punya alamat..memang diorang ngelat nak kasi..
iyelah..kalau dah kurang ajar ngat tu..leh la report kat mana-mana yang bertanggungjawab kan..
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2011 03:01 PM | Show all posts
seram seh... nasib ai kj private.. klu private x kan dia nk sita umah ai kan...
btw, my fren, kakak dia siap blacklist lagi x de pun kena sita umah kete bagai.. gile ape... dowang nie
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 09:46 PM GMT+8 , Processed in 0.083220 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list