CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2270|Reply: 0

[Perlis] Makan pulut punca diabetes meningkat di Perlis

[Copy link]
Post time 28-11-2023 11:09 AM | Show all posts |Read mode
Makan pulut punca diabetes meningkat di Perlis


Oleh Aizat Sharif - November 28, 2023 @ 10:28am  bhnews@bh.com.my




Pengambilan makanan berasaskan pulut tanpa kawalan yang mempunyai banyak karbohidrat dipercayai antara faktor peningkatan penyakit kencing manis atau diabetes di Perlis. - Foto hiasan




KANGAR: Pengambilan makanan berasaskan pulut tanpa kawalan yang mempunyai banyak karbohidrat dipercayai antara faktor peningkatan penyakit kencing manis atau diabetes di Perlis.

Malah, Perlis menjadi negeri kedua di negara ini selepas Negeri Sembilan yang mempunyai ramai pesakit diabetes terutama dalam kalangan warga emas yang didapati menjadikan hidangan terkenal berasaskan pulut seperti Pulut Panggang, Pulut Ikan Masin, Pulut Ayam atau Pulut Harumanis sebagai makanan lazim buat mereka.

Pengarah Kesihatan Perlis, Dr Ismuni Bohari, berkata berdasarkan data Kajian Tinjauan Kebangsaan dan Morbiditi (NHMS) 2019 terhadap penduduk Perlis dewasa berusia 18 tahun ke atas berkaitan Penyakit Tak Berjangkit mendapati penyakit kencing manis menunjukkan peningkatan ketara berbanding darah tinggi dan kolestrol.

"Bagi kencing manis, 'trend' peningkatan bebanan penyakit ini begitu ketara iaitu sebanyak dua kali ganda daripada 16.9 peratus pada kajian NHMS 2015 kepada 32.7 peratus pada kajian NHMS 2019.

"Peningkatan ini membabitkan anggaran seramai 52,184 orang penduduk di negeri ini yang didapati menghidap penyakit kencing manis menjadikan Perlis berada di tempat kedua selepas Negeri Sembilan sebagai negeri mempunyai pesakit kencing manis yang ramai," katanya selepas Majlis Apresiasi Media Kesihatan dan Rakan Strategik Agenda Nasional Malaysia Sihat (AMNS), semalam.

"Di Perlis, golongan dewasa berusia 40 tahun ke atas sangat ramai di negeri ini jadi faktor peningkatan usia juga terus memainkan peranan utama dalam peningkatan peratusan kes.

"Malah, makanan di Perlis jika diteliti terlalu banyak karbohidrat yang mana terdapat pelbagai makanan berasaskan pulut seperti pulut panggang serta beraneka makanan pulut yang lain.

"...dahulu pulut ini dimakan waktu pagi (sebagai tenaga) dan kalau lepas makan pulut, petani turun membajak sawah namun sekarang segala pekerjaan ini dimudahkan dengan penggunaan mesin padi namun cara pemakanan masih terus kekal sehingga menjurus kepada gaya hidup yang tidak sihat sehinggalah mendapat penyakit kencing manis," katanya.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 07:21 AM GMT+8 , Processed in 0.049255 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list