View: 4115|Reply: 0
|
MotoGP: Bagnaia berjaya hapus sumpah
[Copy link]
|
|
BAGNAIA dinobatkan sebagai juara dunia musim ini selepas melakar kemenangan pada aksi di Valencia kelmarin. - AFP
VALENCIA – Pelumba Itali, Francesco Bagnaia mengakui berbangga apabila berjaya mengekalkan gelaran dunia MotoGP 2023 kali kedua berturut-turut dan menjadi pelumba pertama yang menggunakan plat No. 1 diangkat sebagai juara selepas Mick Doohan.
Kemenangan Bagnaia pada perlumbaan penutup tirai di Valencia menamatkan sumpahan yang menyatakan pelumba MotoGP yang menggunakan angka No. 1 pada jentera mereka akan berdepan kesukaran dan akan mengalami nasib malang.
“Saya berasa gembira dengan kejayaan ini. Saya fikir banyak kali musim ini kerana hanya dua pelumba mampu mempertahankan gelaran dunia berturut-turut iaitu Marc Marquez dan Valentino Rossi.
“Saya bergelut untuk mendapatkanya dan lebih-lebih lagi ketika menggunakan No. 1 ini dan menamatkan kejuaraan di tempat kedua boleh menjadi keputusan yang sangat buruk.
“Saya tidak boleh gembira dengan kedudukan kedua dalam kejuaraan kerana dengan angka No. 1 ini anda perlu menunjukkan bahawa anda adalah nombor satu.
“Saya fikir kami telah melakukan segala-galanya dengan sempurna untuk dianggap sebagai nombor satu pada musim ini. Jadi, kami boleh berbangga dengan kejayaan kami pada musim ini,” kata Bagnaia.
Kali terakhir pelumba MotoGP menggunakan angka No. 1 itu ialah Casey Stoner pada 2012, namun pelumba tersebut gagal meraih kejuaraan dunia musim berkenaan.
Bagnaia melakar gelaran dunia MotoGP berturut-turut selepas pesaing terdekatnya, Jorge Martin dari Pramac Racing gagal menamatkan saingan selepas terbabit kemalangan pada awal perlumbaan.
https://www.kosmo.com.my/2023/11 ... rjaya-hapus-sumpah/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|