CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4483|Reply: 0

[Kedah] Feri Kedah Sejahtera atasi masalah pengangkutan ke Langkawi

[Copy link]
Post time 28-11-2023 12:57 PM | Show all posts |Read mode
Edited by mattzzx at 28-11-2023 01:16 PM





PENUMPANG yang tiba ke Terminal Feri Langkawi selepas menaiki perkhidmatan feri dari Kuala Kedah. -GAMBAR HIASAN




ALOR SETAR: Kerajaan negeri disaran supaya memperkenalkan perkhidmatan Feri Kedah Sejahtera bagi memberi lebih pilihan kepada orang ramai yang mahu membuat perjalanan pergi dan balik ke Langkawi.

Menurut Amar Pared Mahamud (PN-Kuah), sistem operasi feri tersebut boleh diletakkan di bawah tanggungjawab mana-mana syarikat milik kerajaan negeri (GLC) yang berkemampuan.

Katanya, kewujudan perkhidmatan feri alternatif itu dilihat mampu menambah baik perkhidmatan feri sedia ada kerana wujud satu persaingan sihat antara operator feri ke Langkawi.


“Sebagai persediaan Tahun Melawat Kedah 2025, kerajaan negeri perlu mewujudkan ekosistem pelancongan yang mesra pelancong. Segala perkara yang boleh menjejaskan sektor pelancongan di negeri ini harus ditangani segera.

“Antara masalah yang perlu diatasi adalah isu feri menghubungkan Langkawi dengan Kuala Kedah dan Kuala Perlis yang tidak berpenghujung. Pelancong terus dihimpit dek percaturan dan monopoli pengusaha yang mengejar keuntungan semata-mata.

“Dengan wujudnya konsortium alternatif ini, perkhidmatan feri sedia ada pastinya bertambah baik dengan operator feri juga akan menawarkan harga tambang serta servis lebih bermutu dan kompetitif,” katanya dalam sesi perbahasan Belanjawan Kedah 2024.

Sementara itu Amar Pared berkata, kerajaan negeri bersama Kerajaan Persekutuan juga harus segera duduk semeja kerana masing-masing mempunyai tanggungjawab serta bidang kuasa berbeza.

Dalam masa sama katanya, kerajaan negeri perlu memastikan optik pelancongan Kedah sentiasa berada dalam keadaan positif sementara isu-isu negatif berkaitan pelancongan negeri yang sentiasa berlegar di media sosial harus segera ditangani.

“Baru-baru ini terdapat usaha sesetengah pihak tidak bertanggungjawab yang telah mencetuskan keresahan dalam kalangan pelancong. Keadaan ini sedikit-sebanyak menjejaskan imej pelancongan Langkawi dan perlu segera ditangani,” katanya. –UTUSAN

https://www.utusan.com.my/nasion ... gkutan-ke-langkawi/




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 10:44 AM GMT+8 , Processed in 0.056924 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list