CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 9900|Reply: 23

[Tempatan] Dengki ke? Ada pihak tak senang duduk lihat Sanusi ikut rombangan PM ke Thailand

[Copy link]
Post time 29-11-2023 10:30 PM | Show all posts |Read mode
Edited by JoyahMengayah at 30-11-2023 02:39 AM

ALOR SETAR: Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mendakwa wujud permainan 'Little Napoleon' yang cuba mengeruhkan hubungannya bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, kejadian terbaharu berlaku kelmarin, ketika beliau mengiringi Perdana Menteri yang dalam lawatan kerja ke Sadao, Thailand, namun beliau tidak menyalahkan Anwar dengan apa yang terjadi.

Katanya, ini kerana kejadian itu berlaku disebabkan permainan 'Little Napoleon' atau pegawai lantikan politik di Pejabat Perdana Menteri (PMO) dan Kementerian Luar Negara.

"Saya hadir lawatan atas kapasiti Menteri Besar yang dijemput untuk mengikuti delegasi itu bermula jam 10 pagi hingga 3.40 petang.

DISYORKAN UNTUK ANDA


"Jemputan diuruskan Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) di PMO dan Pejabat Menteri Besar Kedah berdasarkan prosedur biasa dalam hubungan diplomatik antara Malaysia dan negara luar serta Kerajaan Persekutuan dan negeri.

"Saya dapati semua urusan disusun cantik, saya dijadual ikut rombongan Perdana Menteri dari lapangan terbang sehingga ke lapangan terbang semula. Tapi bila sampai pagi itu, ada perubahan oleh pegawai kementerian, ada permainan bila mereka masuk campur sehingga jadi celaru," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada sesi penggulungan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah di sini, hari ini.

Semalam, Anwar pada Sidang Dewan Rakyat memaklumkan, beliau memutuskan membawa Muhammad Sanusi ke Thailand untuk berunding berkaitan hal sempadan serta memberi nota kepada Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin untuk menjemput Muhammad Sanusi ke jamuan tengah hari kerana beliau mengikuti rombongan itu.

Mengulas lanjut, Muhammad Sanusi berkata, ketika mesyuarat praprogram di Alor Setar, beliau tidak diberikan tempat untuk bersama dalam perbincangan, walaupun mendapati topik utama yang dibangkitkan adalah berkaitan isu tanah yang terletak di bawah bidang kuasa negeri.

"Saya berdiri sebab tak ada kerusi, tapi saya ucap terima kasih kepada Perdana Menteri yang nampak saya berdiri dan beliau minta saya diberikan kerusi.

"Saya bukan rasa terhina, tapi nak maklumkan bahaya permainan 'Little Napoleon' yang mencatur hubungan pemimpin supaya berlaku pertembungan, pergaduhan dan tak puas hati.

"Saya tahu ini permainan pegawai terbabit supaya saya terus serang Perdana Menteri, tetapi saya tidak berbuat demikian kerana pandangan saya, beliau memainkan peranan sebagai Perdana Menteri, tapi pegawai yang susun rombongan cuba main politik, lebih sudu daripada kuah," katanya.

Muhammad Sanusi berkata, beliau sebenarnya tidak mahu menyuarakan perkara itu, tetapi perlu menyelesaikannya kerana digambarkan seolah-olah 'mereka' melakukan ihsan apabila membawanya ke Thailand.

"Jangan pentingkan dendam politik dalam urusan pentadbiran kerajaan kerana dalam lawatan itu saya bawa pegawai paling kanan di Kedah (Setiausaha Kerajaan Negeri), saya tak bawa pegawai lantikan politik kerana ini urusan kerajaan.

"Saya juga terus bagi peringatan kepada Setiausaha Politik Perdana Menteri pada hari sama dan beliau memaklumkan menerima mesej itu.

"Jadi, pegawai lantikan politik jangan atur bagi 'bos-bos' berkelahi, sebaliknya bagi 'bos-bos' ini berbaik baru hubungan kerajaan sejuk kerana kalau tidak sampai kiamat pun kita tak akan berbaik," katanya.


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-11-2023 10:49 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2023 11:03 PM | Show all posts
kalau bos tegas, agak2 kuli dia berani buat x?

kuli2 lantikan politik ni mmg biasa perangai lebih sudu dr kuah
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2023 11:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg dengki berhati binatang mesti spesis walanon
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2023 11:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Biarlah bang non nk baik ngan sanusi. Nanti kalo bang non kena buli, sanusi bole tolong bekap. Setan mmg suka batu api kan orang. Ni bdk2 tingkat brp pula kali ni
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2023 11:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Bang non kena berani singkirkan punasihat2, jgn jd mcm najib.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-11-2023 11:49 PM | Show all posts
terusan baru nak korek di mana?
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2023 11:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Makna kata nusi dengan pm dah comolot lah ye.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-11-2023 12:14 AM | Show all posts
Mary_jane replied at 29-11-2023 11:54 PM
Makna kata nusi dengan pm dah comolot lah ye.

Bukankah muafakat itu membawa berkat. Ataukah rakyat suka nak jadi batu api agar antara pemimpin saling bermusuhan, saling mencaci biar rakyat rasa benci?
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2023 12:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Hujung2 sanusi pun akan tinggalkan pas dan walaun2 tu. Tengoklah nanti.
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2023 08:46 AM | Show all posts
Nussi dah nak berbaik dengan Nwat ada celaka tak puas hati. saja duk bagi bergaduh lagi
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2023 08:49 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2023 09:49 AM From the mobile phone | Show all posts
ChildrenOfBodom replied at 30-11-2023 08:46 AM
Nussi dah nak berbaik dengan Nwat ada celaka tak puas hati. saja duk bagi bergaduh lagi

kan ade kes saman between sanusi and anwar xsttle lg,  bile mase dieorg bbaik. jemputan anwar utk sanusi join tu sbb ade isu sempadan babitkan kjaan negeri dan thailand je. kalu x , xhingin je anwar ajak sanusi join meeting dgn pm thai. tengokla kate2 sanusi mase pru prn dulu ke anwar mmg teruk xpatut diucapkan oleh manusia.
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2023 09:50 AM | Show all posts
KITA BOLEH agak babi bangsat mana yang buat kerja2 kotor ni side pmo.  kau ingat orang tak tahu ye
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2023 11:06 AM | Show all posts
kelapaparut replied at 30-11-2023 09:49 AM
kan ade kes saman between sanusi and anwar xsttle lg,  bile mase dieorg bbaik. jemputan anwar utk  ...

tu antara Nusi as Pengarah Pilihanraya dengan Nwat as Ketua Pembangkang...isu laa ni antara PM, MB Kedah dan PM Thailand, all parties should be professional.... sebagai PM nwat takleh ketepi kepentingan MB Kedah sebab ni melibatkan tanah negeri yg mana di bawah jurisdiction negeri bukan persekutuan.....

dalam kes ni Nwat seperti yg Nusi sebut telah menjalankan peranan yg sewajarnya sebagai PM, Nusi even thanked him for that,... tapi ada barua2 yg dok cucuk Nwat supaya takyah layan nusi elok2...


Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2023 11:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-11-2023 11:46 AM | Show all posts
Walanone neh memang tak professional. Memang bangsat bodoh lahanat!
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2023 10:47 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2023 01:16 AM | Show all posts
ChildrenOfBodom replied at 30-11-2023 11:06 AM
tu antara Nusi as Pengarah Pilihanraya dengan Nwat as Ketua Pembangkang...isu laa ni antara PM, MB  ...



tgk komen2 kat tiktok dgn twitter,
nmpk sgt pentaksub2 politik keja dok men politik 24jam..
tak bole beza bidang kuasa bila jd kerajaan dgn pakai baju politik..
puahh dengaq nusi basuh setpol2 yg lebih sudu dr kuah...
bajet hebat sbb kuasa tp ilmu petak masing2 tak hadam..
last2 apa problem, depa la dok tuding pegawai2 PTD konon tak buat keja..

Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2023 01:22 AM From the mobile phone | Show all posts
apam replied at 30-11-2023 12:27 AM
Hujung2 sanusi pun akan tinggalkan pas dan walaun2 tu. Tengoklah nanti.

Join pkr kah? Harap menten straight.


Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-9-2024 04:32 PM GMT+8 , Processed in 0.478322 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list