CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 10704|Reply: 45

[Politik] Siti Mastura diheret ke makamah

  [Copy link]
Post time 29-11-2023 11:21 PM | Show all posts |Read mode
Edited by JoyahMengayah at 30-11-2023 10:00 AM

KUALA LUMPUR - Tiga pemimpin DAP memfailkan saman fitnah terhadap Ahli Parlimen Kepala Batas Dr Siti Mastura Muhammad berhubung ucapan beliau dalam ceramah Majlis Himpunan Muslimat dan Ameerah Pilihan Raya Kecil Kemaman, awal bulan ini.

Saman itu difailkan oleh Pengerusi DAP Lim Guan Eng, bapanya Tan Sri Lim Kit Siang dan Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok Suh Sim melalui firma SN Nair & Partners pada 27 Nov lepas di Mahkamah Tinggi Georgetown.

Menerusi writ saman dan pernyataan tuntutan yang difailkan secara berasingan, ketiga-tiga plaintif mendakwa Siti Mastura telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka mempunyai pertalian dengan Parti Komunis dan ketuanya Chin Peng serta bekas Perdana Menteri pertama Singapura, mendiang Lee Kuan Yew.

Mereka mendakwa ketika ceramah pada 4 Nov lepas, defendan telah membuat beberapa kenyataan yang merujuk secara langsung dan tidak langsung kepada ketiga-tiga plaintif iaitu mereka mempunyai hubungan dengan parti komunis, menyokong serta mengamalkan selain menyebarkan ideologi dan falsafah komunisme dalam negara.

Menurut plaintif, kenyataan Siti Mastura juga mengandungi butiran bahawa mereka adalah musuh negara serta tidak mempunyai kesetiaan kepada Raja dan negara selain warganegara yang tidak setia dan mengamalkan ideologi terlarang.

Plaintif mendakwa kenyataan itu turut mengandungi butiran bahawa mereka membawa ancaman kepada keselamatan negara selain dakwaan mereka adalah sebahagian daripada agenda ‘Klan Lim’ untuk membentuk sistem karde, iaitu istilah yang biasa digunakan dalam struktur parti komunis, oleh DAP bagi menyebarkan ideologi dan falsafah komunis di negara ini.

Ketiga-tiga ahli politik menegaskan bahawa dakwaan defendan adalah tidak berasas, palsu serta berniat jahat kerana sengaja mengaitkan mereka dengan parti komunis dan Chin Peng.

“Tindakan defendan jelas sekali didorongi dengan tipu muslihat untuk mendapatkan publisiti bagi menaikkan imej parti politik defendan," menurut ketiga-tiga plaintif dalam pernyataan tuntutan.

Oleh itu, mereka menuntut ganti rugi am, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan serta perintah injunksi untuk menghalang defendan daripada terus menerbitkan kenyataan sama.

Mahkamah Tinggi di Georgetown menetapkan 12 dan 19 Dis ini untuk pengurusan kes. - BERNAMA

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-11-2023 05:17 AM | Show all posts
astaga...pempitenah rupanya.
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2023 08:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau Mastura rasa betul.ada bukti kukuh..pi la saman balik dorg

Jgn ckp tnpa bukti plak
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2023 10:01 AM | Show all posts
mari kita lehat, apa kati nak buat
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2023 10:20 AM | Show all posts
laa tak habis habis lagi ke, bukan ke dia just baca buku communication BN apa ntah tu, sebagai sumber rujukan dia, apasal tak pi saman author buku tu?
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2023 10:59 AM From the mobile phone | Show all posts
iols dpt rasakan acik pas ni kne saman sampai tinggal spender, 3 saman tu kne hadap. mahkamah hakim pulak pro kerajaan sedia ada, padan muke la xjage mulot.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-11-2023 11:01 AM From the mobile phone | Show all posts
honam replied at 30-11-2023 10:20 AM
laa tak habis habis lagi ke, bukan ke dia just baca buku communication BN apa ntah tu, sebagai sumbe ...

Takkan lah nk saman sesama rakan kerajaan; jd Siti Mastura adalah kambing hitam sempurna utk dikorbankan
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2023 11:04 AM | Show all posts
patut la ada panggil hantu gigi..
takde gambar elok sikit ke kalau ye pun..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-11-2023 11:09 AM From the mobile phone | Show all posts
prettyuglybabe replied at 30-11-2023 11:04 AM
patut la ada panggil hantu gigi..
takde gambar elok sikit ke kalau ye pun..

Hahahah tu la. I buka pun sebab tertgk gambar. Reporter pun pilih la gambar yg berjenis sikit, atau filterkan licin muka nampak la elok sikit. Ni kalau tgh makan mmg tak lalu
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2023 11:22 AM | Show all posts
bukan kes ini dah mula lama ?
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2023 11:33 AM | Show all posts
urmm all the best
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2023 11:52 AM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 30-11-2023 11:04 AM
patut la ada panggil hantu gigi..
takde gambar elok sikit ke kalau ye pun..

kulit dia mmg jenis kawah bulan ke apa? tgk kat tt mcm elok je
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2023 12:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Ha tu la buat Pala Tau lg. Kot nak serang parti lawan pun x payah la sentuh isu peribadi.
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2023 01:16 PM | Show all posts
kalau dia fitnah
ianya sangat3 memalukan la
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2023 02:01 PM | Show all posts
mojarean_X replied at 30-11-2023 11:01 AM
Takkan lah nk saman sesama rakan kerajaan; jd Siti Mastura adalah kambing hitam sempurna utk dikor ...

kambing hitam la sgt...apahal selamba confident tak verify fakta kata acik ada PHD....bukan susah nk verify wikipedia pun boleh. lain la kalau ko masa tu borak2 gosip dgn member boleh la cerita benda tak verify
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2023 02:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Tu makan dia. Sepu-pu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-11-2023 03:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Siti mastura sepupu dengan siti? Siti?
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2023 10:07 PM | Show all posts
Gigi… berkarat

Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2023 10:15 PM From the mobile phone | Show all posts
plywood replied at 30-11-2023 11:22 AM
bukan kes ini dah mula lama ?

Hat ni nampak comey..

Awat ataih tu muka tak licin?
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2023 10:13 AM | Show all posts
pas= pitenah aku suka?

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-3-2024 08:26 AM GMT+8 , Processed in 0.076927 second(s), 52 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list