View: 6191|Reply: 0
|
Farrell berehat untuk kuatkan mental
[Copy link]
|
|
FARRELL memilih untuk berehat sebentar daripada arena antarabangsa. FOTO AFP
London: Kapten England, Owen Farrell tidak dapat menyertai Kejohanan Enam Negara 2024 selepas memutuskan untuk berehat daripada ragbi antarabangsa 'untuk mengutamakan kekuatan mental dan berada di samping keluarganya'.
Dalam satu kenyataan, kelab Liga Perdana Inggeris, Saracens berkata pemain berusia 32 tahun itu akan terus menjadi kapten dan bermain untuk mereka.
"Owen Farrell memutuskan untuk berehat daripada ragbi antarabangsa untuk mengutamakan kesihatan mental dan keluarganya," kata Saracens.
"Ini bermakna dia tidak akan dapat dipilih untuk Enam Negara 2024.
"Dia akan terus bermain untuk Saracens dan kapten kelab. Seperti biasa, Owen akan mendapat sokongan penuh daripada semua orang di kelab."
Farrell meraih 112 caps sejak membuat penampilan sulung antarabangsanya pada 2012 dan juga penjaring mata terbanyak sepanjang zaman England, mengumpul 1,237 mata.
Pemain fly half itu mengetuai England ke final Piala Dunia 2019 dan separuh akhir Piala Dunia tahun ini di Perancis - kempen mereka berakhir dengan kekalahan menyayat hati 16-15 kepada juara, Afrika Selatan.
Dalam ketiadaannya, dan selepas persaraan antarabangsa Courtney Lawes, prop Bristol, Ellis Genge berkemungkinan bakal pengganti sebagai kapten manakala George Ford dan Marcus Smith dijangka bersaing untuk peranan fly half.
Ketua jurulatih England, Steve Borthwick memuji keberanian Farrell untuk berkongsi masalah mengenai kesihatan mentalnya.
"Beliau adalah pemain teladan, kapten dan pemimpin dan sentiasa memberikan yang terbaik untuk negaranya," katanya.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ntuk-kuatkan-mental |
|
|
|
|
|
|
| |
|