CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 30388|Reply: 108

[Tempatan] Wanita kiciwa layanan acuh tak acuh pegawai imigresen ketika perbaharui pasport anaknya disebabkan tidak fasih Bahasa Melayu.Netizen berbelah bagi

  [Copy link]
Post time 30-11-2023 11:58 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 30-11-2023 11:59 PM

Difahamkan, wanita itu dan anaknya menerima pendidikan di Singapura.

Baru-baru ini, tular posting di Facebook yang memaparkan seorang wanita berbangsa Cina dakwa dihina semasa memperbaharui pasportnya



Wanita itu didakwa pernah dihina sebanyak dua kali termasuk insiden baru-baru ini. Dia ingin memperbaharui pasport anak perempuannya di salah sebuah cawangan UTC berdekatan negeri Johor.

Dia dan anaknya tiba di pejabat imigresen pada jam 8 pagi, kemudian setelah menunggu untuk mengambil nombor giliran, akhirnya mereka berdua dipanggil pada jam 9 pagi.

Salah seorang pegawai lelaki bertugas bertanya berapa umur anaknya, disebabkan anaknya tidak fasih berbahasa Melayu kerana menerima pendidikan di Singapura, dia menjawab dalam bahasa Inggeris. "Fourteen", katanya. Difahamkan, wanita itu dan anaknya menerima pendidikan di Singapura sebab itu mereka tidak berapa fasih dalam BM.

Pegawai itu kemudian berkata "Fourteen dalam bahasa Melayu apa? Sini Malaysia, awak orang Malaysia ke? Kalau ya, kena cakap bahasa Melayu" kepada anaknya.

"Awak tahu kan dekat sini Malaysia? Tau cakap BM tak? Sekarang pergi luar negara seperti Taiwan pun penting BM ni, korang PR ke? PR atau warganegara pun, kalau ada IC Malaysia taktau cakap BM lebih baik consider untuk jadi PR Singapura, jangan dekat Malaysia, sini tak cakap Inggeris", kata pegawai itu lagi.  

Wanita itu cuba jelaskan kepada pegawai dengan sopan

Sebaik saja wanita itu menjelaskan mengapa mereka tak fasih dalam BM kerana sejak kecil menerima pendidikan di Singapura, pegawai itu terus memarahi mereka.

"Lepas itu, nak renew ke tak? Tak nak boleh keluar"

Dua beranak itu merasa terhina kerana dimarahi teruk semasa mengambil nombor giliran. Walaupun mereka akhirnya mendapat nombor giliran, tetapi mereka merasa malu untuk duduk di situ.


Wanita itu turut mendakwa sekali lagi
mendapat layanan 'buruk' daripada pengawai di kaunter

Sampai ke kaunter, seorang pegawai wanita melayaninya dengan sopan santun. Namun, apabila anaknya ditanya tentang nama, umur, nama ibu dan nama ayah, anaknya tidak dapat menjawab.

Hal itu disebabkan dia telah bercerai dengan suaminya sejak anaknya kecil lagi, jadi anaknya itu tidak diberitahu nama suaminya.

Kemudian, pegawai meminta dokumen seperti surat cerai, surat hak penjagaan tetapi wanita itu pula tidak membawa kerana sebelum ini proses membuat pasport anaknya tidak begitu rumit.

Kesudahannya, pegawai itu tidak memberi keizinan kepada wanita itu untuk memperbaharui pasport anaknya.

Mujur, akhirnya wanita itu memberitahu, pasport anaknya selesai diperbaharui dengan bantuan rakannya yang mengenali pegawai di imigresen.Mujur, pengakhirannya pasport anaknya selesai memperbaharui atas bantuan rakannya yang mengenali pegawai di imigresen.

Sumber Cover image via Christine Ng (Facebook)

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-12-2023 12:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Amoi din do any research ka before renewing your paspot?
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2023 12:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Aiols husnuzon imigresen cuma mahu berhati2 takut amoi original PRC. Sebab tu meka susahkan amoi. Amoi aaa, open secret kot, you want better, friendlier service anywhere in the world? Speak the language of the people who give service to you. Ha. Kau.
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2023 12:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Dokumen tak cukup. Zmn dulu mak bapak bercerai, anak nak buat pasport kena cari bapak dulu walau di mana dia berada. Kalau tak, kena buat surat sumpah.

Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2023 12:14 AM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 1-12-2023 12:11 AM
Aiols husnuzon imigresen cuma mahu berhati2 takut amoi original PRC. Sebab tu meka susahkan amoi. Am ...

Tapi tu la surat cerai tak bawak.


Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2023 12:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Ingatkan dia lupa bawak sijil lahir.. lain kali buat passport kat imi kukup.. sedesup siap.. staff pun berbudi bahasa
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-12-2023 12:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Tapi betul pon apa officer tu ckp. Kalau tak reti ckp melayu dah, baik pi apply pr singapore je. Actually ramai je student dari jb yg sekolah kat sg apply pr sana. 1. Senang tak payah apply white card hari2 3. Tak payah ciq sg nak check passport hari2 2. Yuran sekolah pon lebih murah
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2023 01:13 AM | Show all posts
ekceli memang tugas diorang pon nak identify orang tu betul2 lokal atau tak. Salah satunya ofcoz kena tahu asa BM, ASAS ye.

dah kalau benda basic pon dia tak pass, sah2 menimbulkan keraguan. So, iols husnuzon itulah antara tugas hakiki imigresen.

rasanya kalau nak apply kerakyatan USA misalnya, pon kena tahu pasal latar belakang negara USA jugak, kalau tak buta2 kena rejek dengan pegawai imigresen tu. aagittewww...

maybe dalam kes ni, dia rasa terhina sebab dimalukan dikhalayak...but still, chuols kena tahulah asas BM.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-12-2023 01:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Walaupun kesian kena sembur... But ada betulnya kata pegawai tu... Basic nombor pun failed??? Selayaknya ditegur mcm tu...
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2023 02:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Btl la pegawai imigresen Tu. Ntah2 ko warga china dpt ic terbang Ke. Semua tu possible guys Dan mmg btl2 terjadi di msia ni. Tp pikir2 balik kalo dpt ic terbang pun yg bg tu sapa? Dr org dlm imigresen jugak.

So nak ckp kat sini rasuah tu sgt teruk Dlm negara kita ni.
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2023 02:58 AM | Show all posts
padan muka

bangsa ni memang ada yg pandang rendah pada BM,
sebab takde value kata nya

terutama chinkies racist di penang dan sarawak
tapi kat sarawak untong ler, can keep being kiasu and racist
sebab kat opis gomen sana pun guna english
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2023 03:03 AM | Show all posts
tarik balik jer kerakyatan bangsa asing yg pandang rendah BM nih

muka tak tahu malu
cakap bahasa rasmi pun tak tahu

try buat kat negara lain
tak fasih bahasa lokal jangan harap la dapat kerakyatan

lagipun ada 1 juta lebih chinkies prc yg masuk sini hilang tak keluar
ini jer cara kesan pemegang dokumen palsu
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2023 05:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Plot twist, dia mmg warga prc.. sbb tu tak apply pr singapura, sbb sana lagi ketat check.. jeng jeng jeng..
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2023 05:55 AM From the mobile phone | Show all posts
brego replied at 1-12-2023 02:58 AM
padan muka

bangsa ni memang ada yg pandang rendah pada BM,

Ingatkan sarawak negeri terpaling majmuk, harmoni,terpaling tak racist
Bukan ke tu yg dorang selalu ckp.
So iols pikir sana mesti guna BM, sekali ha kau guna BI rupanya.
Kat KL pun opis gomen tak guna BI
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2023 06:08 AM | Show all posts
betul la tindakan pegawai imigresen tu, sekarang ni kena berhati-hati lebih sebab ramai yang tipu masa buat passport gitu..

takut ic beli ke apa ke..
karang depa plak yang kena nanti kalau luluskan passport tanpa check betul2 gitu..
hadap je la..kita pi office orang kan..nak lancarkan urusan ikut je SOP depa...dah dapat balik le..tak payah nak kecik ati bagai gitu..
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2023 06:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau tgk cina yg sekolah cina swasta dkt JB lepastu sambung belajar dekat kolej university cina swasta dkt JB & Taiwan mmg hauk ckp BM.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-12-2023 06:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa tak jadi warganegara singapura terus?
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2023 06:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Mcm tu pun kata hina?
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2023 06:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Mat saleh yg baru dtg sini pun tau cakap melayu. Baik bagi kerakyatan kpd yg appreciate. Bukan asyik nak ngutuk aje. Semak
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2023 07:13 AM | Show all posts
kalau play victim bagi la kat dorang piala tu

apa nak berbelah bagi pulak
dah mmg betul tindakan pegawai tu
tak reti cakap melayu ada hati nak claim malaysian
nyah kau


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

1-3-2024 03:18 PM GMT+8 , Processed in 0.083026 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list