CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22133|Reply: 1

[Tempatan] Najib mohon lepas tanpa bebas, kes SRC RM27 juta lebih 5 tahun tergantung

  [Copy link]
Post time 2-12-2023 12:42 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Pada Mac lepas, Najib gagal dalam usaha terakhirnya untuk menyemak sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta atas kesalahan menyeleweng dana SRC International. - Gambar fail/ Bernama

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memohon dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) daripada tiga lagi pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International Sdn Bhd (SRC) berjumlah RM27 juta yang dihadapinya di Mahkamah Tinggi di sini.

Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, mewakili Najib membuat permohonan itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Mohd Ashrof Adrin Kamarul memaklumkan Hakim K. Muniandy bahawa keputusan representasi yang dihantar pihak pembelaan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) pada 31 Julai lepas masih belum diperoleh.

"Kes telah dikemukakan lebih lima tahun sejak 2019 dan telah beberapa kali disebut di mahkamah ini. Oleh itu, untuk tidak memprejudiskan kedua-dua pihak terutamanya anak guam, saya mohon mahkamah memberikan perintah DNAA mengikut Seksyen 173 Kanun Prosedur Jenayah kerana kes langsung tidak berjalan.


"Sekiranya pendakwa raya ada keputusan berlainan di masa akan datang, pihak pendakwaan boleh membuat keputusan untuk kes dikemukakan semula di mana kita berhenti...kes ini sudah tergantung begitu lama," kata Muhammad Shafee.

Hakim Muniandy kemudian bertanya kepada pihak pendakwaan mengapa AGC terlalu lambat untuk membuat keputusan berhubung representasi berkenaan.
Mohd Ashrof berkata kes itu membabitkan individu berprofil tinggi yang melibatkan banyak dokumen untuk diteliti selain masih terdapat kes lain, International Petroleum Investment Company (IPIC) dihadapi Najib yang masih belum dibicarakan.

"Semua pihak sebelum ini juga bersetuju bahawa tiga tuduhan itu hanya akan dibicarakan selepas kes penyelewengan dana SRC International berjumlah RM42 juta diputuskan dan semakan kes itu berakhir pada 31 Mac lalu di Mahkamah Persekutuan.

"Mengikut rekod saya selepas 31 Mac, hanya ada tiga sebutan kes termasuk prosiding hari ini. Oleh itu, saya mohon satu tarikh pengurusan kes akhir bagi mengetahui perkembangan berhubung representasi tersebut," katanya dan menambah beliau mendapat arahan untuk memohon masa tambahan tiga bulan bagi AGC meneliti kandungan representasi.

Hakim Muniandy menetapkan 19 Jan 2024 sebagai tarikh akhir untuk Peguam Negara membuat keputusan berhubung representasi itu.
Pada 3 Feb 2019, Najib mengaku tidak bersalah terhadap tiga pertuduhan menerima wang berjumlah RM27 juta hasil kegiatan haram menerusi tiga akaun bank AmPrivate Banking miliknya di AmIslamic Bank Berhad, Bangunan Ambank Group, Jalan Raja Chulan pada 8 Julai 2014.
Pertuduhan mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM5 juta atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Pada 31 Mac lepas, Najib, 70, gagal dalam usaha terakhirnya untuk menyemak sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta atas kesalahan menyeleweng dana SRC International dan beliau sedang menjalani hukuman itu di Penjara Kajang.

Bekas Ahli Parlimen Pekan itu juga sedang dibicarakan bagi kes penyelewengan RM2.3 bilion dana 1MDB dengan pihak pendakwaan telah memanggil seramai 48 saksi di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah (kini Hakim Mahkamah Rayuan).

Najib juga berdepan satu lagi kes pecah amanah jenayah berjumlah RM6.6 bilion berhubung pembayaran kepada IPIC di hadapan Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin, yang kini masih di peringkat pengurusan kes.
-- BERNAMA

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-12-2023 12:52 AM | Show all posts
Rindu kencing Najib...??
KUALA LUMPUR: The government has to pay off a US$3 billion loan taken by 1MDB to fund the Tun Razak Exchange (TRX) project, a former senior official in the finance ministry told the High Court in Najib Razak’s 1MDB trial.

Siti Zauyah Mohd Desa, the Treasury’s former deputy secretary-general, said the government served as the guarantor for the loan.

“The prime minister signed a letter of support in 2013 for this loan. 1MDB has failed to repay this US$3 billion as stated under the loan’s terms,” she said.

The court heard that 1MDB entered into a joint venture with Aabar Investment PJS in 2012 to develop TRX. Goldman Sachs helped 1MDB raise the US$3 billion through bonds.

The prosecution contended that part of the US$3 billion, or US$681 million, was transferred to Najib’s bank accounts between March 21 and April 10, 2013.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
SUHAKAM dimaki netizen, 'Meh aku seterika telor kau'
maklukpenggodaSUHAKAM dimaki netizen, 'Meh aku set
Views : 21495 Replies : 71
Uji Minda :)
yoanaUji Minda :)
Views : 93500 Replies : 1263
My Sweet Mobster (2024) – JTBC
heythere123My Sweet Mobster (2024) – JTBC
Views : 22673 Replies : 472
Supermodel Katanyeee
URUHASupermodel Katanyeee
Views : 12779 Replies : 98
Pinjaman ASB terbatal tanpa sebab, peguam desak bank bertanggungjawab, khuatir wujud unsur scam
ultra78Pinjaman ASB terbatal tanpa sebab, pegua
Views : 13947 Replies : 5
PENGUMUMAN!!! Forumer boleh rate/donate credit pada forumer lain berkuatkuasa hari ini
admin6PENGUMUMAN!!! Forumer boleh rate/donate
Views : 9762 Replies : 92
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 121239 Replies : 1642
Kerugian Starbucks tahap kritikal- CEO
maklukpenggodaKerugian Starbucks tahap kritikal- CEO
Views : 31437 Replies : 58
Guru lelaki Pendidikan Jasmani ditahan lakukan amang seksual beberapa murid lelaki sekolah rendah team bola sepak
mojarean_XGuru lelaki Pendidikan Jasmani ditahan l
Views : 15645 Replies : 2
Puteri Sultan Brunei,Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah curi tumpuan netizen
YgBenarPuteri Sultan Brunei,Pengiran Anak Puter
Views : 88586 Replies : 227

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 03:24 PM GMT+8 , Processed in 0.055477 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list