View: 5275|Reply: 0
|
Nadal tak letak harapan tinggi
[Copy link]
|
|
NADAL tidak meletakkan sasaran tinggi selepas kembali daripada kecederaan. FOTO Reuters
Paris : Bekas pemain nombor satu dunia, Rafael Nadal berkata bahawa dia tidak mengharapkan 'apa-apa' daripada dirinya sebelum kembali ke gelanggang bulan depan.
Nadal, 37, sudah sembuh dari kecederaan pinggul sejak Januari lalu akan beraksi di Brisbane dalam tempoh terdekat.
Pemain kelahiran Sepanyol itu akan menggunakan kejohanan itu sebagai pemanas badan di Terbuka Australia di Melbourne selepas merosot ke tangga ke-663 dunia sebelum memulakan tahun terakhirnya.
"Saya rasa saya sudah bersedia dan percaya serta berharap semuanya berjalan lancar. Ia juga memberi saya peluang untuk berseronok di gelanggang.
"Saya juga tidak mengharapkan apa-apa daripada diri saya sendiri," kata pemenang Grand Slam 22 kali itu.
Sejak rehat akibat kecederaan Nadal sudah dipintas bagi pungutan trofi Grand Slam dengan pemain nombor satu dunia dari Serbia, Novak Djokovic kini mempunyai 24 gelaran.
Nadal akan cuba kembali ke peringkat tertinggi di Australia dengan matlamat untuk bersaing di Terbuka Perancis yang sudah dimenanginya sebanyak 14 kali.
Dia berada dalam barisan untuk musim akhir yang sibuk dengan Grand Slam dan Sukan Olimpik, di mana dia memenangi emas perseorangan di Beijing pada 2008 dan emas beregu di Rio pada 2016.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... etak-harapan-tinggi |
|
|
|
|
|
|
| |
|