CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7283|Reply: 4

Destinasi migrasi

[Copy link]
Post time 5-12-2023 08:22 PM | Show all posts |Read mode

EMPANGAN Babagon turut menarik burung migrasi.

Fakta menarik mengenai burung migrasi adalah keupayaan spesies unggas itu terbang ribuan batu demi kelangsungan hidup selain cuaca sejuk.

Meskipun terbang dalam kelompok besar dan terdiri daripada beberapa spesies burung terbang serentak, tidak pula kedengaran insiden perlanggaran sesama haiwan itu.

Ini didorong faktor setiap burung mempunyai keupayaan tersendiri ketika terbang. Sesetengah spesies terbang pada altitud rendah dalam julat penglihatan manusia, manakala yang lain terbang pada altitud tinggi.

Sebagai contoh, burung murai atau spesies berkicau biasanya terbang pada ketinggian 152 meter hingga 610 meter, manakala burung yang lebih besar seperti angsa atau burung pelikan boleh mencapai ketinggian antara 8,839 hingga 11,278 meter.

Melihat kemampuan burung yang luar biasa, tidak hairan ia menarik perhatian peminat burung menjejak spesies migrasi terbabit.

Malah, baru-baru ini seramai 35 peminat burung yang menyertai Bengkel Burung Helang Sabah: Kemahiran Pengenalan dan Pengamatan di Empangan Babagon, Donggongon, Sabah turut meninjau spesies migrasi di lokasi terbabit.

Aktiviti anjuran Persatuan Pemerhati Burung Sabah dengan kerjasama Universiti Malaysia Sabah (UMS), Tourism Malaysia dan Jetama Sdn Bhd itu menampilkan Pengerusi Kumpulan Unggas, Persatuan Pencinta Alam Singapura, Tan Gim Cheong sebagai pakar helang berkongsi pengetahuan mengenai unggas terbabit.

Kata Cheong yang juga seorang daripada pakar corak migrasi burung helang di seluruh dunia, pendedahan diberikan kepada komuniti burung tempatan menerusi aktiviti bengkel dan aktiviti memerhati burung penting dalam meningkatkan pengetahuan lebih mendalam mengenai tingkah laku burung helang, terutama jenis migrasi ketika musim sejuk utara.

"Ada sekurang-kurangnya lima spesies helang di sekitar Empangan Babagon yang memainkan peranan penting dalam mengimbangi ekosistem setempat.

"Empangan Babagon menjadi kawasan penting bagi spesies helang di sini dan tidak mustahil menjadi tempat persinggahan bagi helang migrasi dari luar negara.

"Saya berharap Persatuan Pemerhati Burung Sabah dapat bekerjasama dengan Jetama Sdn Bhd membuat pemerhatian migrasi burung helang dari luar negara secara berkala,'' katanya.

Mengenai spesies helang yang ditemui antaranya Crested Serpen Eagle atau burung lang kuik dan Crested Go Hawk yang turut dikenali burung lang sikap yang menghuni di kawasan takungan air terbabit.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-12-2023 08:23 PM | Show all posts

CRESTED Goshawk Eagle antara helang yang menghuni Empangan Babagon.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pemerhati Burung Sabah, Ron Pudin melahirkan kekagumannya terhadap keindahan Empangan Babagon yang kini menjadi 'tumpuan' burung migrasi.

"Sebagai perbandingan, pengalaman menyusuri empangan ini seperti berada di Sungai Kinabatangan.

"Kita selalu diberikan gambaran bahawa empangan akan merosakkan alam semula jadi, tetapi Empangan Babagon menunjukkan sebaliknya.

"Penemuan burung pekaka bukit juga selain burung helang atau burung lain yang migrasi dan tinggal di sini, memberi penunjuk kualiti air di sini bersih.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-12-2023 08:24 PM | Show all posts
WHITE Bellied Sea Eagle atau helang laut putih antara dapat dilihat peserta.



"Ekosistem mengadaptasi perubahan dan ia kini ia menjadi tempat perlindungan penting bagi burung-burung di sini," katanya.

Sejajar dengan komitmen terhadap kelestarian alam sekitar, Pengurus Besar Bahagian Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG), Jetama Sdn Bhd, Ahmad Zaki Abu Bakar berkata, pihaknya sentiasa komited menjaga kawasan empangan berkenaan.

"Kami memberi tumpuan kepada inisiatif kelestarian hijau selaras dengan agenda 'Halatuju Sabah Maju Jaya'. Kami berharap wujud lebih banyak kerjasama dengan agensi kerajaan dan pihak swasta pada masa hadapan.

"Program yang dilaksanakan adalah komitmen kami untuk memelihara alam sekitar dan mempromosikan pelancongan lestari di Sabah.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-12-2023 08:25 PM | Show all posts

CRESTED Goshawk Eagle antara helang yang menghuni Empangan Babagon.

"Sekali gus membuktikan pembinaan empangan tidak menjejaskan persekitaran semula jadinya, bahkan boleh menjadi ekosistem yang berkembang dengan baik sekiranya ditadbir urus dengan mengutamakan kelestarian hijau," katanya.

Fakta tambahan mengenai Empangan Babagon yang siap dibina pada 1997 ialah empangan terbesar di Sabah dengan ketinggian 70 meter mampu menakung sehingga 23,780 juta liter air pada satu-satu masa daripada jumlah yang mengalir melalui Sungai Babagon ke Sungai Moyog.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-12-2023 08:27 PM | Show all posts



PEMINAT burung meninjau spesies helang di Empangan Babagon, Donggongon, Sabah.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:35 AM GMT+8 , Processed in 0.054055 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list