CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8323|Reply: 2

Cantik tapi sensitif

[Copy link]
Post time 5-12-2023 08:30 PM | Show all posts |Read mode

OBOR-obor 'blubber' biru sesuai dibela dalam akuarium.

Obor-obor antara hidupan marin yang menarik dan memiliki 'unsur' misteri yang boleh menarik kita untuk terus 'ralik' memerhatikannya.

Tidak ramai tahu, obor-obor juga dipelihara beberapa negara luar bagi mencantikkan dekorasi 'marinscape' iaitu akuarium air masin.

Namun, perlu diketahui obor-obor adalah spesies sensitif dan memerlukan persekitaran tangki yang khusus untuk terus hidup seperti berada di habitat asalnya.

Berdasarkan kajian berkenaan spesies marin itu supaya mampu bertahan dalam persekitaran akuarium, ia memerlukan ekosistem keseimbangan garam yang terbaik, tahap asid air tertentu dan mineral halus.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-12-2023 08:32 PM | Show all posts
Edited by tari at 5-12-2023 08:34 PM

Justeru, berdasarkan saranan pakar berikut antara langkah-langkah perlu dipatuhi peminat marin itu jika ingin memelihara obor-obor di rumah.

1. Memilih tangki

Cari tangki akuarium yang bersaiz sederhana dan pastikan keadaan dalam akuarium sudah disteril serta bersih.
Satu tangki boleh menyimpan satu hingga tiga obor-obor kecil. Tangki akuarium bersaiz sederhana boleh menampung bilangan obor-obor yang lebih tinggi.
Cari tangki dengan bentuk bulat atau yang tinggi dan nipis. Tangki bulat dengan bahagian bawah rata adalah bagus kerana ia membolehkan obor-obor terapung dalam air tangki.Jika mahu pelihara obor-obor dalam akuarium ikan, perlu persiapkan perkakas tambahan antaranya pam udara tambahan, plat penapis batu (dasar akuarium, tiub udara, saluran tiub udara, medium untuk bahagian bawah tangki (seperti manik kaca) dan lampu.

2. Menambah dan mengitar semula air akuarium

Isi akuarium dengan air garam. Disebabkan obor-obor adalah spesies air masin, hanya air masin yang perlu digunakan dalam akuarium.

Anda boleh hasilkan air masin sendiri atau membeli air garam pracampuran dari kedai haiwan peliharaan.

Garam akuarium atau garam ionik juga boleh digunakan untuk menghasilkan air masin dalam akuarium.

Gunakan air botol dan bukan air paip kerana ia mengandungi bahan yang mungkin mencederakan obor-obor.

Selepas anda menambah air garam, guna tangan untuk meratakan manik kaca di sekeliling tangki. Kemudian baru sambungkan lampu LED dan pam udara.

Sekurang-kurangnya 12 jam diperlukan untuk persiapan akuarium dan kitaran air masin. Paras ammonia, nitrit dan nitrat semuanya perlu diperiksa.

Paras ammonia dan nitrat yang ideal dalam tangki ialah 0.0ppm.

Pastikan tahap nitrat serendah 20ppm sebelum menambah obor-obor ke akuarium.



OBOR-OBOR antara hidupan marin unik.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-12-2023 08:36 PM | Show all posts

AKUARIUM khas memenuhi karakter diperlukan obor-obor.

3. Memilih dan memelihara obor-obor

Lakukan kajian awal spesies obor-obor sesuai untuk akuarium. Antaranya obor-obor bulan dan obor-obor 'blubber' biru kerap didapati di kebanyakan kedai haiwan dan ikan hiasan.

Cari obor-obor yang mempunyai saiz dan diameter serupa. Oleh kerana tangki obor-obor adalah sistem tertutup, elak penuhkan akuarium dengan obor-obor saiz yang berbeza-beza atau terlalu banyak.

Obor-obor yang lebih besar akhirnya akan mengatasi dan menimpa obor-obor yang lebih kecil. Ini menjejaskan perkembangan obor-obor yang lebih kecil.

Sebaiknya membeli satu jenis obor-obor untuk akuarium.

Mengelak obor-obor terkejut ketika dipindahkan letakkan plastik bungkusan (dari penjual) yang mengandungi obor-obor pada permukaan akuarium selama 10 minit. Ini akan membantu menyesuaikan suhu air di dalam beg kepada suhu air akuarium.

Sebaik zip plastik dibuka, gunakan cawan bersih untuk mengeluarkan separuh air daripada plastik dan kemudian diisi dengan air akuarium. Pastikan jumlah air tangki sama dengan jumlah air yang dikeluarkan.

Lepaskan obor-obor dalam tangki selepas 10 minit lagi dengan menggunakan jaring. Jangan tuang terus dalam akuarium kerana boleh menyebabkan haiwan itu terkejut. Pastikan obor-obor anda dalam tangki bergerak.

Obor-obor perlu dikekalkan dalam air dengan suhu antara 24 dan 28 darjah Celsius. Untuk menjamin air mempunyai jumlah ammonia, nitrit dan nitrat yang betul, mungkin perlu mengubah suai suhu dan mengujinya sekali lagi.

sumber

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 11:14 PM GMT+8 , Processed in 0.090206 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list