CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4470|Reply: 2

[Jenayah] Jadi Laki Pun Dah Tak Selamat. Mangsa Gangguan Seksual Dalam Kalangan Lelaki Meningkat

[Copy link]
Post time 6-12-2023 09:31 AM | Show all posts |Read mode



KUALA LUMPUR, 5 Dis (Bernama) -- Aduan berkaitan mangsa gangguan seksual melibatkan golongan lelaki yang diterima menerusi Pusat Sokongan Sosial Setempat (PSSS) semakin meningkat.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Aiman Athirah Sabu berkata kementeriannya menerima sebanyak 1,486 kes aduan berkaitan gangguan seksual menerusi PSSS sepanjang tempoh 14 siri Program Jerayawara Kasih KPWKM@Advokasi Antigangguan Seksual diadakan.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 411 kes (27.7 peratus) melibatkan mangsa lelaki,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.

Pada 29 Okt lepas,  beliau berkata PSSS menerima 1,213 laporan daripada mangsa gangguan seksual sepanjang 12 siri Program Jerayawara sejak dilancarkan Mei lepas dengan 351 orang atau 28.9 peratus merupakan golongan lelaki.

Dalam pada itu, menjawab soalan Senator Datuk Husain Awang mengenai sejauh mana keberkesanan Program Jerayawara mampu mengelakkan gangguan seksual di rumah dan tempat kerja, Aiman Athirah berkata berdasarkan maklum balas 97.6 peratus peserta program itu menunjukkan peningkatan terhadap tahap kesedaran dan pemahaman berkaitan gangguan seksual.

“Bagi memastikan gangguan seksual difahami dan meningkatkan kesedaran, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) telah melaksanakan Program Jerayawara Kasih KPWKM@Advokasi Antigangguan Seksual di 14 negeri melibatkan 19,423 peserta terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat,” katanya.

Beliau berkata pelbagai program advokasi diadakan bersama pihak swasta dan badan bukan kerajaan bagi pencegahan dan meningkatkan kesedaran gangguan seksual di premis masing-masing.

“Sebanyak 54 program advokasi telah dilaksanakan dengan pelbagai pihak termasuk Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam dan Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) melibatkan 9,354 peserta.

“Selain itu, promosi serta hebahan juga diperluas melalui media sosial dan media massa melibatkan seramai 3.5 juta pendengar, penonton dan pembaca,” katanya.

Sumber: BERNAMA

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2023 09:33 AM | Show all posts
lelaki juga menjadi mangsa ramasan tetek oleh lelaki lain
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-12-2023 10:02 AM | Show all posts
ifanonline replied at 6-12-2023 09:33 AM
lelaki juga menjadi mangsa ramasan tetek oleh lelaki lain



dan ponggong
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 01:01 AM GMT+8 , Processed in 0.055797 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list