CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6853|Reply: 4

[Jenayah] Kes mayat disimen: Punca kematian akibat tekanan pada leher

  [Copy link]
Post time 7-12-2023 07:31 AM | Show all posts |Read mode
Kes mayat disimen: Punca kematian akibat tekanan pada leher


LAPORAN portal Harian Metro sebelum ini.


Klang: Polis masih belum dapat mengenalpasti identiti mayat wanita dewasa yang ditemukan dalam keadaan disimen di kolah mandi rumah di Kampung Pendamar, di sini.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, pakar forensik juga tidak dapat memastikan jangka masa kematian mangsa.

Menurutnya, ini berikutan proses pereputan mayat menjadi lambat bagi mayat yang berada dalam persekitaran seperti mana ditemui.

"Hasil bedah siasat yang dijalankan di Hospital Shah Alam hari ini mendapati, umur si mati dalam lingkungan 20 hingga 30 tahun.

"Siasatan mendapati punca kematian mangsa adalah tekanan pada leher (compression to the neck).

"Setakat ini identiti mangsa masih belum dikenalpasti" katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bagaimanapun katanya siasatan masih berjalan, setakat ini 10 individu sudah diambil keterangan.

"Sehingga kini, pegawai penyiasat sudah merakam percakapan 10 orang saksi dan siasatan dijalankan bagi mengenalpasti individu yang terbabit dan boleh membantu siasatan.

"Bantuan kedutaan dan Interpol juga dipohon bagi mengesan dua suspek lelaki warga asing yang dikenalpasti iaitu Ranjit Singh dan Manjeet Singh.

"Semalam, seorang lelaki warga asing berumur 53 tahun ditahan reman selama tujuh hari sehingga 11 Disember ini," katanya.

Beliau juga meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini supaya menyalurkan terus kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan di talian 03-33762222 atau mana-mana Balai Polis berhampiran.

Media sebelum ini melaporkan penemuan mayat wanita dewasa disimen di kolah mandi sebuah rumah selepas pemilik rumah membuat laporan polis.


Sumber:https://www.hmetro.com.my/utama/ ... -tekanan-pada-leher

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2023 07:34 AM | Show all posts
mangsa bunuh nampak gayanya.
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2023 07:37 AM From the mobile phone | Show all posts
pokokmeranti replied at 7-12-2023 07:34 AM
mangsa bunuh nampak gayanya.

logiknya gitulah. Kalau natural death, takkan lah disimen, kann.
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2023 07:41 AM | Show all posts
Naftalena replied at 7-12-2023 07:37 AM
logiknya gitulah. Kalau natural death, takkan lah disimen, kann.

mangsa bunuh tu sbb laporan awal forensik kata ada kesan tekanan pada bahagian leher. mungkin kena cekek atau jerut. to sbb I kata mungkin mangsa bunuh. yg kena tanam dan disimen x semestinya mangsa bunuh, mungkin mangsa itu warga asing yg masuk secara haram, bila meninggal x tahu nak uruskan macam mana, jadi tanam begitu sahaja.
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2023 07:46 AM From the mobile phone | Show all posts
sblom ni ada trbaca ckp dh lebih setahun mayat tu..
mmg wow gakla sbb kondisi mayatnya masih elok utuh berdaging bentuk manusia ..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 01:54 AM GMT+8 , Processed in 0.049805 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list