CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15039|Reply: 5

[Dunia] Pelitup muka untuk kanak-kanak memudaratkan dari segi psikologi- kajian

  [Copy link]
Post time 8-12-2023 02:15 AM | Show all posts |Read mode
Edited by JoyahMengayah at 15-12-2023 05:29 AM


Kajian sistematik terbaharu telah diterbitkan oleh Arkib Penyakit dikalangan kanak-kanak, salah satu jurnal Jurnal Perubatan British oleh Sandlund et al.

Memandangkan tiada ujian rambang yang dijalankan ke atas mandat pemakaian pelitup atau topeng kanak-kanak, pengarang secara sistematik menyemak kajian dan memasukkan 22 analisis akhir: 6 didapati mandat pemakaian topeng kanak-kanak dikaitkan dengan kadar jangkitan yang lebih rendah; 16 yang lainnya tidak.

Tidak hairanlah para penyelidik tidak mahu berkongsi data sebenar.

Menariknya, semua kajian pro-pelitup muka adalah berat sebelah yang dilakukan di Amerika Utara (lima di A.S.; satu di Kanada), kajian  terendah dilakukan di Eropah.

Kajian di Finland membandingkan kadar jangitan untuk kanak-kanak dengan dan tanpa mandat pelitup muka berumur 10-12 tahun dan pengarang mendapati tiada pengurangan kadar kes jangkitan COVID-19 apabila pengesyoran topeng dilanjutkan untuk memasukkan kanak-kanak yang berumur 10-12 tahun.

Kesimpulannya, Sandlund et al. mengesyorkan bahawa, "Orang dewasa yang ditugaskan menguruskan kanak-kanak harus dididik tentang fakta yang jelas dan potensi bahaya menutup muka kanak-kanak".

Walaupun sudah terlambat, alangkah baiknya jika kerajaan di seluruh dunia yang memaksa kanak-kanak untuk memakai pelitup muka mengikut cadangan ini. Sungguh memalukan kerana mereka tidak melakukannya.

Ini bermakna sample Sandlund et al.  tidak dapat disangkal lagi bahawa "keberkesanan mandat pemakaian pelitup muka untuk kanak-kanak di seluruh dunia bagi mengurangkan penularan atau jangkitan SARS-CoV-2 tiada bukti yang sahih".

Tetapi isu mandat pada kanak-kanak ini bukan hanya mengenai keberkesanan, ia juga mengenai potensi bahaya seperti kesan negatif terhadap pembelajaran dan komunikasi mereka.

Pemakaian topeng menyebabkan pengecaman perkataan berkurangan dan menghalang keupayaan untuk mengajar dan menilai pertuturan kanak-kanak.

Terdapat kaitan antara pemerhatian mulut dan pemprosesan bahasa dan semua peringkat umur menumpukan perhatian pada mulut apabila  seseorang bertutur.

Pelitup muka juga mempunyai kesan psikologi negatif kepada kanak-kanak.

Terdapat bukti pelitup muka menghalang pembelajaran sosial-emosi dan perkembangan bahasa/celik huruf pada kanak-kanak kecil.

Kanak-kanak dengan keperluan pendidikan khas dan autisme mungkin terjejas secara kerana mereka sangat bergantung pada ekspresi muka untuk mengambil isyarat.

Salah tafsiran ekspresi muka meningkatkan kebimbangan dan kemurungan pada individu.

Persekitaran sekolah yang mempunyai mandat memakai pelitup muka juga didapati meningkatkan sindrom 'anxiety' berbanding sekolah yang tidak mempunyai mandat itu.

Di samping itu, ia juga dikaitkan dengan bahaya dari sudut fisiologi yang kerap dilaporkan pada kanak-kanak berbanding orang dewasa.




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-12-2023 08:24 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2023 01:12 AM | Show all posts
Jobian mask senang putus tali tersenyum sinis



Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2023 01:13 AM From the mobile phone | Show all posts
manopBKK replied at 15-12-2023 01:12 AM
Jobian mask senang putus tali tersenyum sinis

Simply k pun asyik terputus getahnya.


Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2023 07:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Usahkan budak,kita yang dah bangka ni pun susah nak faham bila berurusan di kaunter yang ada penghadang cermin.suara perlahan,gerak mulut tak nampak.
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2023 11:26 PM | Show all posts

....
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 02:32 PM GMT+8 , Processed in 0.096281 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list