BEKAS vokalis kumpulan popular era 1980-an Medicine, Ijam berharap dendangan berunsur cinta sesama insan yang pernah disampaikan dulu tidak dimainkan apabila dia sudah meninggal dunia nanti.
Pemilik nama sebenar Norhizam Shair, 58, yang kini penceramah bebas itu berkata, pesanan tersebut sudah dimaklumkan kepada isteri, Nor Suhaila Abdul Karim serta rakan seperjuangan dan sahabat terdekat agar memenuhi permintaan itu kecuali andai lirik lagu terbabit telah diubah.
“Memang saya ada maklumkan kepada isteri dan kawan-kawan yang masih lagi dalam arena muzik, kalau saya meninggal dunia nanti jika boleh jangan lagi mainkan lagu nyanyian saya yang lalu.
“Tapi kalau karya cinta yang telah digubah seni kata kepada pengisian kerohanian serta kemanusiaan saya saya tak halang.
“Saya tahu lagu itu bukan dendangan saya seorang, sebaliknya bersama Medicine dan saya pun tak boleh kawal untuk tidak dimainkan, tapi sekurang-kurangnya ada usaha hijrahkan lagu itu,” katanya selepas pelancaran Umrah I’tikaf Ramadan 2024 anjuran AsShams Travel & Tours Sdn. Bhd, baru-baru ini.
Pada masa sama, Ijam meluahkan kesyukuran apabila orang terdekat menghormati pendiriannya yang mahu mengelakkan individu tanpa ikatan terbuai perkara kurang manis.
“Tuan guru saya ada cakap, boleh terus menyanyi untuk dijadikan salah satu medium kita berdakwah kepada orang lain, namun lirik kena diubah.
“Kita tak mahu ketika lagu berkenaan dinyanyikan, pendengar masih terkenang kisah cinta lalu atau hadiahkan kepada kekasih kerana rasa sayang, tapi belum berkahwin.
“Saya nak elak lagu yang saya nyanyikan menjadi asbab kepada ke arah maksiat sekali gus membuatkan saya rasa berdosa,” ujarnya.
Menurutnya, atas sebab itu pendakwah bebas yang mendapatkan tauliah dari Negeri Sembilan dan Sarawak mengakui bersama dua rakan membuat gubahan lirik seleksi popular Medicine, Tika Dan Saat Ini.
Katanya, ini adalah permulaan supaya pendengar yang pernah mengikuti dendangan ini menghayati pula seni kata baharu berunsur kerohanian ” ujarnya.
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
Post time 8-12-2023 01:54 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by AWEKSAMURAI at 8-12-2023 01:57 PM
lucky_peace replied at 8-12-2023 12:50 PM
So dia ni atuk syasya dolla ke? Atau bekas atuk tiri?
Bukan lah ..dia bkn kwen rozi nenek syasya dolla tu dia kwen dgn rozi rashid yang berlakon janda meletup dlu tu ..nenek syasya tu rozie othman rasanya ..ni poc rozie rashid
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register