CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5704|Reply: 0

Usahlah permainkan hukum ditetapkan Allah

[Copy link]
Post time 8-12-2023 08:25 AM | Show all posts |Read mode
Usahlah permainkan hukum ditetapkan Allah


HAK poligami hanya ada kepada lelaki walaupun bukan kewajipan tetapi dibenarkan menerusi syarak.


Tular satu tangkap layar yang memaparkan tentang andaian bahawa 'katakanlah perempuan boleh berpoligami' dengan memaparkan imej berbentuk kartun wanita diapit oleh dua lelaki yang dilabel sebagai 'suami pertama' dan 'suami kedua'.

Jika dilihat kepada kiriman status berkenaan, maka berdasarkan kepada penama akaun, ramai golongan wanita memperkatakan tentang perkara itu dalam ruangan komen.

Tindakan itu sebenarnya boleh menggugat akidah penuturnya dan penutur atau pembikin kiriman berkenaan digalakkan untuk mengucap semula syahadah kerana perbuatannya itu seolah-oleh mempermainkan hukum agama.

Pendakwah bebas, Ustaz Mohd Izuddin Mohd Kassim berkata, jika ia sengaja serta sedar tentang silapnya bertutur, maka wajib untuk bertaubat dan mengucapkan kembali dua kalimah syahadah.

Beliau berkata, seharusnya penutur lebih berhati-hati dengan perkara yang berkaitan dengan hukum hakam agama kerana sesuatu hukum itu tidak sewenangnya diletakkan melainkan mempunyai hikmah yang besar.

Seorang lagi pendakwah bebas, Syed Mohd Bakri Syed Ishak Benyahya atau lebih dikenali sebagai PU Syed berkata, hak poligami berkenaan hanya ada kepada lelaki walaupun bukan kewajipan tetapi itu dibenarkan menerusi syarak.

"Hukum itu diletakkan kepada lelaki jika diletakkan bagi wanita terdapat pelbagai mudaratnya khususnya tentang nasab anak kandungan itu, kepada siapa hendak dinasabkan.

"Oleh itu, sesuatu hukum berkenaan tidak sewenangnya dibuat melainkan mempunyai hikmah yang besar, oleh itu berhentilah dengan pemikiran yang songsang," katanya.

Rasulullah SAW sabdanya: "Barangsiapa yang mengajak kepada petunjuk maka baginya pahala seperti pahalanya orang-orang yang mengikutinya, tidak mengurangi pahala tersebut (yang diberikan kepada pengajak sebuah petunjuk) daripada pahala mereka sedikitpun dan barangsiapa yang mengajak kepada kesesatan maka ia mendapat dosa seperti dosanya orang yang mengikutinya, tidak mengurangi dosa tersebut (yang dikenakan kepada pengajak sebuah kesesatan) daripada dosa-dosa mereka sedikitpun." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Firman Allah SWT dalam al-Quran iaitu Surah An-Nahl ayat 43 yang bermaksud: "Dan kami tidak mengutus sebelum kamu kecuali orang-orang lelaki yang Kami berikan wahyu kepada mereka, maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan jika kamu tidak mengetahui."

Selain itu, terdapat juga golongan yang mempermainkan hukum Allah. Sebagai contoh dengan mudah mengumumkan dia sudah murtad di khalayak ramai terutama dalam media sosial akibat daripada kesilapan diri sendiri. Ia berlaku dalam kalangan golongan yang merasakan mereka popular dalam masyarakat. Walaupun kelakuan mereka itu pelik dan bertentangan dengan tabii manusia, tetapi mereka berasa bangga untuk memberitahu semua orang bahawa mereka telah keluar daripada Islam. Imam al-Zarkasyi menyatakan bahawa: "Sesiapa yang berkata perkataan yang membawa kepada kufur secara sengaja tanpa niat untuk kufur maka beliau dikira murtad." (rujuk  al-Mansur fi al-Qawaid Fiqh Syafie,  jld. 2, m/s 112)

Di samping itu, ada juga golongan tertentu yang mempertikaikan hukum Allah seperti hukum hudud dan juga hukum jenayah syariah yang termaktub dalam al-Quran. Ada juga yang menghebahkan bahawa mereka telah membuka aurat mereka dengan menggunakan alasan tidak bersedia serta pengaruh orang lain. Pakaian yang dahulunya sopan itu kononnya hanya desakan orang lain dan bukan kerelaan mereka sendiri.

Allah SWT menyuruh menjauhkan diri daripada golongan tersebut. Firman Allah SWT: "Dan jauhkanlah diri daripada orang-orang yang menjadikan agama mereka sebagai permainan dan hiburan dan mereka pula telah diperdayakan oleh kehidupan dunia."  (Surah al-An'am; 70)

Perbuatan mempersenda agama adalah dosa besar dan bagi mereka azab yang amat perit.

Firman Allah SWT dalam ayat yang sama: "Mereka itulah orang-orang yang dijerumuskan (ke dalam azab neraka) dengan sebab apa yang telah mereka usahakan. Bagi mereka disediakan minuman dari air panas yang menggelegak dan azab seksa yang tidak terperi sakitnya, disebabkan mereka kufur ingkar (semasa hidupnya)." Wallahualam.

Penulis wartawan Harian Metro

Sumber:https://www.hmetro.com.my/addin/ ... um-ditetapkan-allah

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 07:05 AM GMT+8 , Processed in 0.901788 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list