CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 31222|Reply: 1

Instagram Kim Kardashian diserang Swifties, penuh emoji ular

[Copy link]
Post time 9-12-2023 06:06 PM | Show all posts |Read mode


LOS ANGELES: Laman sosial milik selebriti, Kim Kardashian diserang peminat Taylor Swift sejak semalam.

Serangan bermula selepas Swift dalam satu wawancara menamakan Kim sebagai individu yang bertanggungjawab menyebabkan dirinya  kemurungan teruk beberapa tahun lalu.

Penyanyi Cruel Summer itu juga menamakan Kim sebagai dalang yang menyunting panggilan telefonnya bersama Kanye West dan tidak memohon maaf atas kerja kotornya itu.

“Kim merakam perbualan telefon secara haram dan menyuntingnya. Dia juga mengatakan kepada semua orang bahawa saya seorang pembohong.

“Kejadian itu membuatkan saya mengalami masalah psikologi yang serius. Saya pindah ke luar negeri.

“Saya takut menerima panggilan telefon bimbit, menjauhi orang dan tidak mempercayai sesiapapun. Saya sangat hancur,” kata Taylor kepada majalah TIME.

Hasil tinjauan Utusan Malaysia mendapati hantaran media sosial Kim dipenuhi desakan peminat Swift yang mahu bintang rancangan realiti itu tampil memohon maaf atas perbuatannya.

Selain itu, ruang komennya juga dibanjiri dengan emoji ular sinonim bagi menggambarkan seseorang yang licik dan cakap berbelit.
https://www.utusan.com.my/terkin ... s-penuh-emoji-ular/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-12-2023 07:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Batak2 retis ni mmg annoying nak mampos.tak kisah la dlm atau luar negara.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:11 AM GMT+8 , Processed in 0.535894 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list