CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22134|Reply: 6

[Tempatan] Pesalah seksual diburu kes bunuh Zayn Rayyan

[Copy link]
Post time 10-12-2023 01:44 PM | Show all posts |Read mode
Pesalah seksual diburu kes bunuh Zayn Rayyan


PEGAWAI dan anggota dari Unit Forensik Polis menjalankan siasatan di lokasi penemuan mayat Zayn Rayyan (gambar kecil) berdekatan Apartmen Idaman, Damansara Damai semalam.


PETALING JAYA – Polis melancarkan operasi khas dengan menapis setiap individu yang mempunyai rekod jenayah lampau termasuk kesalahan berkaitan seksual bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6.

Siasatan menyeluruh itu akan memberi fokus kepada kumpulan penduduk dan penghuni yang mendiami Aparmen Idaman di Damansara Damai di sini selain penduduk di kawasan berhampiran.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, tapisan besar-besaran juga akan dibuat melibatkan data cap jari orang yang mempunyai rekod jenayah terutama mereka yang terlibat dalam kesalahan seksual.

“Selain itu, mereka yang dalam perhatian pihak polis melibatkan penduduk tempatan atau di luar kawasan, semua kita akan beri perhatian,” katanya pada sidang akhbar di sini kelmarin.

Mengulas lanjut, beliau memaklumkan setakat ini kesan cap jari dan asid deoksiribonukleik (DNA) dipercayai milik suspek kes berkenaan telah dihantar ke jabatan kimia bagi mengenal pasti individu yang terlibat.


ANJING Pengesan (K9) dibawa ke lokasi penemuan mayat Zayn Rayyan berhampiran Apartmen Idaman, Damansara Damai semalam.
– FARIZ RUSADIO


Bagaimanapun, beliau mengakui kerumitan yang perlu dihadapi pihaknya bagi merungkai perkara sebenar yang berlaku dalam usaha membawa mereka yang bertanggungjawab ke muka pengadilan.

“Mengambil kira kes ini bukan straightforward (mudah), jadi pihak polis ketika ini mempu­nyai keterangan yang agak terhad untuk kita melakukan sebarang tangkapan dalam masa yang terdekat ini.

“Jadi ada dua fasa siasatan, pertama berkaitan penca­rian dan mengumpul keterangan fizikal di tempat kejadian dan sekitar kawasan kejadian.

“Kedua melibatkan siasatan dari rumah ke rumah di mana kawasan ini ada lebih kurang 18 blok melibatkan 2,400 buah rumah,” katanya.

Hussein berkata, keputusan ujian cap jari dan DNA dijangka diperoleh dalam tempoh dua atau tiga hari lagi dan ia diharap dapat membantu bagi mengenal pasti suspek yang terlibat.

“Kita sudah menghantar beberapa barang kes yang diperoleh semasa bedah siasat kepada Jabatan Kimia Malaysia untuk mendapatkan maklumat forensik.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abd Hamid pula memaklumkan, setakat petang semalam, tiga daripada 18 blok perumahan di Apartmen Idaman di sini telah diperiksa bagi mengumpulkan segala maklumat berkaitan kematian Zayn Rayyan.

Katanya, ia melibatkan sebanyak 540 unit daripada 18 blok yang me­nempatkan 2,484 unit rumah.

“Siasatan juga masih dijalankan dengan memeriksa saliran air berdekatan Apartmen Idaman di sini yang menjadi lokasi penemuan mangsa,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Ahad semalam.

Dalam pada itu, siasatan polis kini turut dibantu dua anjing pengesan dari Unit Anjing Pengesan (K9) iaitu Jimmy dan Ruby bagi melakukan penjejakan se­mula terutama di sepanjang kawasan saliran air semalam.

Kedua-dua anjing pengesan itu dilihat berada di lokasi kejadian mayat Zayn Rayyan ditemui selain beberapa pegawai dan anggota forensik dari Bukit Aman.

Terdahulu, negara digemparkan dengan kisah pembunuhan tragis Zayn Rayyan pada Khamis lalu yang mayatnya ditemui di kawasan anak sungai selepas beberapa jam dilaporkan hilang.

Hasil bedah siasatan kemudian membongkar punca kematian kanak-kanak malang itu adalah disebabkan dibunuh dengan beberapa kesan jerut di leher.

Kejadian itu turut menyebabkan penghuni kediaman Apartmen Idaman kini hidup dalam ketakutan berikutan belum ada suspek yang ditahan berhubung kejadian itu.

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/12 ... -bunuh-zayn-rayyan/

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-12-2023 02:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada isi rumah yg menyorok pembunuh ni. Melainkan pembunuh tu duk sorang2
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2023 02:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Pesalah seksual maknanya pedo kn? hasil postmortem haritu pun xbgtau lebih kn cuma kesan jerut..
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2023 04:18 PM | Show all posts
Edited by capwayang at 10-12-2023 04:20 PM

..terdahulu, negara digemparkan dengan kisah pembunuhan tragis Zayn Rayyan pada Khamis lalu yang mayatnya ditemui di kawasan anak sungai selepas beberapa jam dilaporkan hilang.

Bukan beberapa jam tapi 1 hari 9 jam 30 minit. Itu kiraan masa dari dilaporkan atau lebih tepat disedari kehilangannya pada 5 Dis 12:30PM hingga dijumpai pada pukul 22:00PM 6 Dis..
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2023 04:23 PM | Show all posts
iols dapat rasa kes ini akan ambik masa utk selesaikan, akan jadi mcm kes2 budak hilang kemudian ditemui mati dibunuh lps kena liwat/rogol mcm kes arwah nurin dll tu.. nampak mcm pembunuh ni clean buat keje. macam dah ada pengalaman. mungkin pembunuh bersiri yg sama, tp mungkin skrg dah berumur. tapi ketagihan pada hubungan seks dengan budak2 kecik sukar dibuang
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2023 04:34 PM | Show all posts
Maknanya ada kena liwatlah kan? Ari tu tak nak cakap, now terpaksa juga kasi hint dengan pesanan orang ramai dilarang membuat spekulasi.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-12-2023 05:00 PM | Show all posts
Decaffeinated replied at 10-12-2023 04:34 PM
Maknanya ada kena liwatlah kan? Ari tu tak nak cakap, now terpaksa juga kasi hint dengan pesanan ora ...

liwat tu = memasukkan zakar dlm lubang dubur. berat tuduhan tu. ada pesalah sexual tak berminat intercourse tapi suka masukkan benda2 asing dlm dubur atau vagina sesambil seksa mangsa ala2 bdsm. maybe tak jumpa air mani kot tu pasal tak guna term "liwat" tapi mungkin ada trace sexual assault.


cerita pasal bdsm, teringat kisah di syurga nnt kita boleh bdsm sama bidadari sambil diperhatikan bidadari yg lain. apa2 pon jgn la buat spekulasi. ahhgittewwww


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 07:40 AM GMT+8 , Processed in 0.042980 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list