CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6027|Reply: 9

Saintis kesan 50 bilion planet

[Copy link]
Post time 23-2-2011 11:09 AM | Show all posts |Read mode
WASHINGTON 22 Feb. – Para saintis menganggarkan terdapat sekurang-kurangnya 50 bilion planet di dalam galaksi Bima Sakti dengan lebih kurang 500 juta daripadanya terletak di zon Goldilocks yang mempunyai iklim sesuai untuk hidupan.

Jumlah planet itu dikenal pasti melalui pemerhatian awal menggunakan teleskop Kepler milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) selama hampir dua tahun walaupun misi tersebut dijangka mengambil masa selama tiga tahun setengah dan mencecah kos sehingga $600 juta (RM1.86 bilion).

Ketua Sains Kepler, William Borucki berkata, kiraan oleh saintis itu dibuat berdasarkan jumlah planet yang ditemui pada tahun pertama untuk mencari satu bahagian kecil di langit, sebelum menganggarkan kewujudan planet berdasarkan bilangan bintang yang mempunyai planet.

Kepler mengesan planet ketika ia mengelilingi laluan antara Bumi dan bintang yang diorbitnya.

Sehingga kini, Kepler telah mengenal pasti 1,235 planet dengan 54 daripadanya berada dalam zon Goldilocks dan misi utamanya bukanlah untuk mengenal pasti planet mana mempunyai hidupan namun ia sekadar petunjuk kepada ahli astronomi mengenai planet yang berpotensi untuk hidupan.

Sementara itu, Borucki dan rakan saintis lain mengumumkan pihaknya telah mengenal pasti 200 bintang yang mempunyai planet dalam zon boleh didiami pada Sabtu lalu semasa persidangan tahunan Sains Lanjutan Persatuan Amerika di Washington.

“Itu adalah jumlah maksimum kerana bintang-bintang yang ditemui ini boleh mempunyai lebih daripada satu planet dan Kepler masih membuat pemerhatian terhadap planet yang jauh dari bintang, seperti Bumi,” kata Borucki.

Saintis mengambil masa bertahun-tahun bagi mengenal pasti terdapat 100 bilion bintang di dalam Bima Sakti namun pada tahun lepas di Yale, saintis mendapati jumlah tersebut menghampiri 300 bilion bintang.

Tambah Borucki, jumlah tersebut hanya melibatkan galaksi Bima Sakti sahaja dan terdapat 100 bilion galaksi.

“Pertambahan jumlah bintang yang ditemui menimbulkan persoalan adakah terdapat hidupan lain di alam semesta dan jawapannya tidak diketahui,” ujar Borucki. – Agensi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-3-2011 12:07 AM | Show all posts
jumah planet berpuluh puluh kali ganda lebih ramai daripada umah manosia kat donia ni... total human population ~8 billion jer
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2011 09:19 PM | Show all posts
masa kat sekolah belajar ada 9 je
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2011 09:02 PM | Show all posts
entah betul ke tidak. planet ke 10 dengan 11 pun tak pasti lagi planet apa.
inikan pula planet2 yang lain2.
cubaan nasa untuk tempatkan manusia di planet marikh pun dah gagal.

sebagai seorang muslim kita perlu hayati petikan al-quran surah yusuf ayat 4 yang bermaksud ----> (ingatlah peristiwa) tatkala Nabi Yusuf berkata kepa bapanya : " Wahai ayahku! Sesungguhnya aku mempi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku ".

huraian : sebelas bintang yang dilihatnya dalam mimpinya itu ialah sebelas orang saudaranya sedang matahari dan bulan itu pula adalah melambangkan ayahanda dan bondanya.
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2011 07:07 PM | Show all posts
banyaknya planet...
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2011 01:01 AM | Show all posts
suma imposibel nak pi duduk.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-5-2011 02:05 PM | Show all posts
jumah planet berpuluh puluh kali ganda lebih ramai daripada umah manosia kat donia ni... total human ...
HaMiZiE Post at 27-3-2011 00:07



   membaca yg ini menambah getar hati
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2011 12:57 AM | Show all posts
baru dlm satu bimasakti...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-2-2012 09:19 PM | Show all posts
u.s kenkadang auta jer lebih...planet nun jauh juta ribu cahaya konon boleh detect...tapi astroid yg cuma 60 000 km dari bumi pun termissed...sib baik tak langgar bumi....!
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2017 11:21 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 09:35 PM GMT+8 , Processed in 0.062130 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list