CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 30345|Reply: 3

[Jenayah] Kes bunuh Zayn Rayyan: Polis kesan barangan, objek bantu jejak pembunuh

[Copy link]
Post time 13-12-2023 06:50 PM | Show all posts |Read mode
Kes bunuh Zayn Rayyan: Polis kesan barangan, objek bantu jejak pembunuh


Pasukan forensik membuat pemeriksaan di Blok R malam tadi. Foto oleh SADDAM YUSOFF/ KOSMO!


PETALING JAYA – Polis mengesahkan telah mengesan beberapa barangan serta objek berpotensi membantu siasatan dalam menjejak pembunuh kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin,6.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, barangan dan objek terbabit ditemui hasil daripada emeriksaan rumah ke rumah kali kedua yang dilaksanakan Blok R Apartmen Idaman, Damansara Damai di sini, malam tadi.

“Bagaimanapun, analisa perlu dilakukan terlebih dahulu terhadap bukti-bukti yang diperoleh.

“Setakat ini, tiada perkembangan positif dalam usaha menjejak pembunuh Zayn Rayyan.

“Kita perlu analisa terlebih dahulu semua penemuan-penemuan ini dan masih berusaha mengumpul bukti secukupnya,” katanya ketika dihubungi.

Mengulas lanjut mengenai pergerakan keluar masuk penduduk, beliau berkata, penduduk apartmen berkenaan dibenarkan melakukan rutin harian seperti biasa.

“Jika kita lakukan pemeriksaaan, mereka tiada di rumah atau berada di luar kawasan kita akan tunggu dan panggil mereka untuk mass DNA screening’ (ujian DNA beramai-ramai),” jelasnya.

Terdahulu, hasil pemeriksaan pasukan Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) selama kira-kira dua jam di setiap rumah di Blok R Apartmen Idaman, Damansara Damai, dilihat dua kotak dibawa keluar.

Jelasnya, kotak berkenaan dipercayai berisi bahan bukti bagi membantu siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autistik itu yang sebelum ini ditemui di sebatang anak sungai kira-kira 200 meter dari blok R.

Lebih 25 anggota daripada Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor melakukan pemeriksaan itu bermula pukul 8.40 malam tadi dan berakhir kira-kira 10.30 malam.

Pemeriksaan malam tadi tertumpu di tingkat dua dan tiga blok terbabit. – KOSMO! ONLINE.

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/12 ... ntu-jejak-pembunuh/

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-12-2023 07:13 PM From the mobile phone | Show all posts
"Tiada perkembangan positif"
Sedihnya... Nape i pun rasa makin lama makin jauh je chance nak tangkap
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2023 07:17 PM From the mobile phone | Show all posts
I harap polis sengaja ckp mcm tu sbb tak nak reveal lg utk elakkan siasatan terganggu dan biar pembunuh rasa confident tak boleh terima kalau jd cold case
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2023 09:47 AM | Show all posts


ya allah bantulah pasukan pulis yg handle kes ni ...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 12:15 AM GMT+8 , Processed in 0.068183 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list